Saturday, July 30

Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis - Discontinued

Seperti yang diketahui pembaca, cabaran menulis telah terhenti setakat minggu ke-8 sahaja. Berikut adalah sebab-sebabnya :

1) Admin 100penulis telah bertukar. Admin baru (saya) tidak berminat untuk menyambung cabaran tersebut

2) Mengedit links sangat memenatkan untuk admin baru

3) Melihat sendiri kepada sambutan pembaca yang dikira kurang memberangsangkan (kerana admin lama malas promosi hehehe)

Maka dengan pengumuman ini diharap anda semua maklum bahawa cabaran itu tidak diteruskan dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun kelapan-lapan topik tersebut masih dibuka dan entry anda akan diterima masuk senarai. Sila beri masa untuk admin baru memberi kunjungan balas ke entri anda. Banyak yang perlu diselesaikan oleh pengurusan baru 100penulis.com. Topik untuk minggu ke-9 seterusnya akan disambung kelak.

Namun jangan risau, buat masa ini, saya akan menganjurkan satu aktiviti baru untuk anda semua. Diharap mendapat sokongan anda. Kalau tidak, bungkus jugak jawabnya.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1432H/2011M.

3 comments:

d_tieah said...

SOKONG.. Harap 100penulis boleh maju lepas ni..

izfanora said...

hahaha.. admin baru, cayok !

Tupai Karan said...

@d_tieah
yup.. up up blog kita nih

@izfanora
semangat baru menjelma :)