Saturday, July 30

Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis - Discontinued

Seperti yang diketahui pembaca, cabaran menulis telah terhenti setakat minggu ke-8 sahaja. Berikut adalah sebab-sebabnya :

1) Admin 100penulis telah bertukar. Admin baru (saya) tidak berminat untuk menyambung cabaran tersebut

2) Mengedit links sangat memenatkan untuk admin baru

3) Melihat sendiri kepada sambutan pembaca yang dikira kurang memberangsangkan (kerana admin lama malas promosi hehehe)


Friday, July 29

tips menjauhi perceraian


salam jumaat, salam penghulu segala hari

 tadi pagi, awal2 lagi aku dah bangun, sume sebab nak kena hantar anak jiran aka anak kawan aku pegi tadika, mak dia takde, pegi sarikei...sempatlah aku singgah gerai tepi jalan, beli nasi lemak...mmmm...first time makan nasi lemak kat sini seawal jam 7.30 pagi...kul 8, ada meeting tergempar plak...
dalam menikmati breakfast tadi pagi, sempatla aku layan cite "bersama dato" fadilah kamsah tuh...tajuk dia, sangatlah hot, berkaitan perkahwinan, dan masalah berkaitannya...sempatlah aku mencilok tips menjauhi perceraian

Semangat Jiran Tetangga dan tolong menolong sesama manusia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh.... tak jawab salam dosa...
Bertemu kita kembali di pagi pagi Rabu ini. Semoga hari ini diberkati Allah Insyaallah.

Mingu nie tak produktif langsung. Blog sendiri pun jarang update kalau ada pun buat contest2 jek. Hehehe.... Tak sempat nak bukak lama lama sebenarnya tu yang jarang tinggal komen kat sini macam selalu. Anak anak tak berapa sihat sebenarnya...

So apa topik kita hari nie?  Semangat Jiran Tetangga dan tolong menolong sesama manusia. Halamak topik pun macam makcik2 sebab tu kena bahasakan diri akak.. Walaupun sebenarnya akak nie takde lah tua mana.


Ayam

aku copy lirik lagu ayam dr jalil hamid...

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kaki ayam kais pagi makan malam
makan cakar ayam sakit gigi siang malam

tapi kalo makan kepala ayam dlm kotak mcnugget happy meal caner????





Nak tengok 'Ustaz dalam TV'


Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas, kecoh pasal rancangan Adik & Al-Quran yg diterajui Ustaz Zamri dihentikan gara2 gambar Ustaz Zamri di perhimpunan Bersih 2.0 tersebar luas. Kerana sekeping gambar, TV9 mengambil keputusan untuk menghentikan rancangan tersebut dan akan menyiarkannya kembali selepas Ramadhan. Gara-gara sekeping gambar...

Pada pandangan SiTukangTulis, rancangan Adik & Al-Quran terlalu banyak manfaatnya kepada generasi muda kita yang akan datang. Sebelum ni, selalu gak tengok Adik & Al-Quran, ia banyak membantu menyegarkan semula ilmu tajwid yang dipelajari masa sekolah dan semasa mengaji dahulu. Setiap kali menonton rancangan tersebut, pasti terasa banyak benda yang kita belajar dulu kita dah lupa...malu pun ada gak bila salah jawap soalan yg Ustaz Zamri lontarkan kepada anak2 kecil dalam rancangan tu.


Mana platform untuk anak muda Malaya?


Anak-anak muda di Malaysia, 

Pendapat anda diketepikan? 
 Hak anda dicabul?
(yang ni saje je nak wat gempak.. hahahaha)

Thursday, July 28

perkara memalukan diri sendiri

pernah tak tergelak sendiri bila teringat pasal apa-apa kes yang pernah korang create atau terjadi kat diri sendiri? dan bila diingat-ingat balik rupanya banyak sangat kes memalukan diri sendiri. siap jadi bahan gelak kawan walaupun 2 atau 3 tahun selepas tu. T____T maksudnya dah beranak pinak pun kawan masih boleh gelakkan kita pasal kes zaman muda remaja dulu. haih.

kalau bercakap pasal diri saya, dah banyak sangat dah contoh kawan-kawan saya bongkar sikit-sikit. meh saya bagi contoh pernah terjadi pada diri saya tapi mungkin tak pernah terjadi pada anda:


Entri Kena Plagiat?

Ramai blogger mengadu yang entri mereka kena plagiat. Menggunakan bahasa yang  mudah, plagiat entri blog ini disebut “salin dan tampal” ataupun “copy and paste”. Mudah sahaja untuk lakukannya. Hanya salin entri berkenaan dari blog tertentu dan tampalkan semula di blog anda tanpa menyatakan sumber dan link asal blog yang anda salin itu. ini bermakna, pembaca blog anda ingatkan apa yang dipaparkan itu hasil tulisan anda, sedangkan hakikatnya anda hanya salin dari tempat lain.Hak Cipta dalam Penulisan . Bukan susahpun untuk iktirafkan sumber rujukan, apalagi kalau secara maya. Linkkan sahaja.

--sukati lah kalau aku nak pakai bomoh!!--

salam 1 malaysia semua~

apa pendapat kamu-kamu semua tentang perigi cari timba??perempuan yg terhegeh2 dengan seorang lelaki??uishh,panas jugak tajuk entri ni kan.ok,abaikan..cheese!


'

Di Sini Permulaan Hidup

Agak lama juga tinggalkan sawang dalam belog sendiri :) Al-maklum lah baru mulakan kerjaya selepas tamat belajar.. Banyak yang dipelajari, tapi banyak jugak masalah yang dapat hehehe.. Tak mudah dapatkan permulaan yang baik dalam hidup.. Tapi tak semestinya susah untuk mencari yang baik itu.. Hailaa lama tak serlahkan skill menulis di sini.. But I TRY!

Wednesday, July 27

Ikan Penyet

Salam perkenalan dari saya kepada semua, first time terserempak dengan blog 100penulis ni, buatkan saya terfikir untuk join. Kadang-kadang terdetik gak, mampu ker saya nak ikut semua yang telah di tetapkan? Tapi semuanya dah ikut jadual kan? Just perlu ikut masa masing2 je. Walau apapun, saya nak cuba jugak, pantang menyerah sebelum mencuba. Betul? Jadi andai kata ada salah silap yang saya buat dalam ni. Kiranya, sahabat2 dalam ni boleh tolong tegurkan?

Sebelum ni, kewujudan blog saya atas sebab suka suki jer. Takde niat nak berkecimpung terus pun dalam ni. Dah lama, saya makin jatuh cinta pulak dengan blog kan? It's addictive, that's all i can say. Saya pasti semua yang dah lama tu setuju. (Itu pendapat saya jer). Sila2 jugak singgah kat blog saya ek, tapi blog saya tu fully dalam bahasa sarawak. InsyaAllah nanti saya buat dalam dwibahasa ke ok? hehe

Nak di pendekkan cerita, baru tadi saya terima email daripada 100 penulis ni. Nasib la ada internet connection sekarang ni, boleh saya terus buat apa yang telah di suruh. Idea ni datang tiba-tiba setelah saya baca beberapa entri pertama dalam blog ni tadi. Entry Nasi katok.


#4 Wordless Wednesday - Laptop Percuma


Apa itu Wordless Wednesday? "Blogger akan post entri bergambar tanpa sebarang patah perkataan.."


cerita MALUUU aku

sedang aku blogjogging, tetiba aku DItarik oleh satu contest ni. contest apa? contest 'AKU MALUUU' by kila.
aku teringat pada 1 situasi yang demmmm memalukan dalam hidup aku, mengalahkan kemaluan yang ini.

sebelum tuh, aku nak tanya, korang pernah tak berangan or terbayang or  terpikir yang korang akan melalui satu situasi yang mana korang terjatuh or terduduk atas seorang lelaki HENSEM dalam bas or LRT or monorail or mana2 tempat pon lah. (pergh! sekali lepas!) pernah tak?? pernah tak?? ala2 dalam cerita dalam buku novel cintaN gitu~ hak hak! bukanlah aku nak kata aku pernah terbayang or terpikir or TERberangan pasal situasi ni..tak pernah okeyh! 

Tuesday, July 26

Kenapa sakit?


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Baguslah kalau anda semua dalam keadaan yang sihat walafiat. Aku agak kurang sihat beberapa hari ni. Doakanlah kesihatan aku ye.

Okay, hari nie aku nak tanya korang semua dan nak share juga sebab musabab kenapa kita sakit. Aku share tiga sebab sajalah ye. Sebabnya, aku sendiri pun tak cukup sihat nak share banyak-banyak. :)

Jom pergi NZ!

Assalamualaikum & Salam 100 penulis:)
tiba-tiba rasa nak buat entri ala-ala rancangan jom pergi jalan-jalan.

ada siapa-siapa pernah terfikir nak melancong ke NZ?jomlah jomlah.tetiba excited.ye saya tahu.habiskan round satu Msia dulu baru fikir nak pergi tempat lain bukan.melancong di dalam negara lebih baik.gunalah barangan buatan Malaysia.tetiba.saya tulis ni in case ada orang teringin nak honeymoon dekat NZ ke apa kan.tapi kalau tak ada orang teringin, still saya nak sambung tulis jugak.kakaka~

di NZ, biri-biri lebih ramai dari manusia.haha.pelik tapi benar.kadar pencemaran di NZ ialah paling rendah + kadar jenayah terendah di dunia.but still, mana ada tempat dekat dunia ni yang tak bahaya kan.beringat sebelum kena.ingatlah orang yang tersayang.iklan lagi.hahaha.siapa nak datang NZ jangan lupa roger saya.saya boleh jadi tour guide.ecewah padahal kau baru habis round North Island je izzati.tak apelah.boleh travel sama-sama kan?ceh berangan.haha.


Keajaiban Manusia dan X-Ray

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera semua...

Maka hari ini bermulalah giliran aku, azmihamin untuk menulis di blog 100penulis ini. Tapi untuk permulaan ini, aku nak berkongsikan beberapa gambar menarik dengan semua pembaca... (Malas menulis sebab keletihan baru balik dari kelas.. huhu)

Gambar ni merupakan x-ray di wajah seorang wanita rakyat China. Dia tertembak di muka pada tahun 1967, Tahun 1975 dia mendapatkan rawatan dan hanya pada tahun 2010 Baru dia keluarkan peluru tu daripada mukanya...

Lagi gambar tekan read more

Apabila Pompuan Ajak Couple/Kahwin.. Apa???

Hah, zaman skarang nie, macam-macam dah berubah..
Dulu, main surat, skarang sms jer...

Dulu, jalan kaki jer, dari Borneo nak ke Semenanjung, hmm terpaksalah berenang, sebulan-dua sampai lar, hehe..

Dulu, pompuan duduk jer kat dapur, skarang da jadi menteri, tukang masaknya -lelaki..


Monday, July 25

kenapa wanita sgt istimewa.

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

I Give Blood, Will You?

I was finally able to donate blood on last Monday. Lepas iftar terus p HUSM *ecece semangat!* Blood donation is often considered as a benevolent act. But actually it has noteworthy health benefits to the donor as well. I list out 2 advantages of donating blood, hehe ada banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat nak tulis semua. Ask Mr Google for more info ea :)

Write with heart not keyboard.

Having an epilogue of thoughts,
minded with tempest,
on the aisle of broken boulevard,
I stand,
yet to be shattered,
battered yes,
to extent my limit
cannot hold,
at end,
I lament to God.
I'm back with a piece of monologue/poem I wrote sometime early this year. I always tell people that you should always write with heart never with your keyboard/pen/pencil. Let yourself free from constraint of the rigidness of the so-called writing format. Life is always at its peek when you let yourself go.
p/s: If you need a heed of some real-life bites, hope on the bus and take a ride to my blog: Dreams are made on Cotton Candy, Sweet yet fragile.

Friday, July 22

Good Wasted Times vs Wasted Good Times

 
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kembali mendapat peluang untuk berkongsi. Minta maaf kepada boss 100penulis ye, SiTukangTulis agak sibuk minggu2 sebelum ni. Setakat ni, SiTukangTulis punya study agak merangkak-rangkak sedikit. Walaupun dah ada projek, tapi masih belum boleh dikatakan lancar. Harap sebulan dua lagi boleh mulakan eksperimen dan sebagainya. Buat sementara waktu, SiTukangTulis nak berkongsi sedikit dapatan beberapa minggu lepas...da macam nak bentang hasil eksperimen la pulak.

Setelah 4 bulan di sini, SiTukangTulis dah kenal beberapa rakan yang banyak tolong SiTukangTulis. Antaranya, seorang makcik Iran nama Fahima. Kat sini memang ramai Iran, lab SiTukangTulis je dah ada dekat 7 orang. Ok, Fahima ni orang pertama SiTukangTulis kenal sebab duduk sebelah meja SiTukangTulis sebelum SiTukangTulis kena tukar tempat. Fahima ni dah nak habis PhD dia. Sekarang tengah menunggu review thesis dari pemeriksa. Sementara tu, dia rajin membuang masa dengan SiTukangTulis. Sorang lagi namanya Negar, juga dari Iran. Dia ni labmate SiTukangTulis. Sekarang banyak training kat lab sesama. Sorang lagi nama Peter. Dia ni macam mentor SiTukangTulis kat lab. Dia yang banyak uruskan training SiTukangTulis ngan Negar selama ni.

OK, kenapa tajuk en3 ni "Good Wasted Times vs Wasted Good Times"? Ada sesiapa jelas tentang perbezaan dua terma ni? Sebenarnya ni terma yang SiTukangTulis dan Fahima guna bila kami banyak bincang tentang projek SiTukangTulis. 'Good Wasted Times' bermaksud masa yang kami 'bazirkan' untuk berbincang benda research. Fahima banyak berkongsi pengalaman pasal research dia dan banyak bagi tips untuk apa yang patut dilakukan. Kat sini tak macam kat Malaysia, agak2 blur, buntu pasal projek, hilang semangat dan sebagainya, kita boleh rujuk kat keluarga atau rakan2 yang rapat. Sini lebih sikit 'nafsi2' dia. Tapi Fahima ni lak rajin tanya pasal perkembangan research SiTukangTulis. Jadi banyaklah benda yang kami bincangkan...dan biasanya perbincangan berlaku kat koridor, tangga dan pantri. sebab tu keluar istilah 'Good Wasted Times'.

Istilah 'Wasted Good Times' ni sepatutnya semua orang dah faham. Membuang masa secara nyata. Sesekali kita tanya pada diri kita, berapa banyak masa yang berharga telah kita sia2kan?pernah tak kita kira sebelum tidur?Apa yang kita buat seharian yang bermanfaat dan sebaliknya,berapa jam kita dah gunakan sebaiknya dan berapa jam kita dah gunakan sebaliknya. Mungkin kita rasa perkara kecil je, tapi bila kita tambah untuk seminggu, sebulan dan setahun, bape hari yang kita dah siakan?

Tapi macam mana nak tahu masa tu dah kita sia2kan? Pada SiTukangTulis, bila perkara yang kita lakukan tak diniatkan kerana Allah, maka apa yang kita buat automatik jadi sia2. Sebab apa yang kita buat tu terus tak dikira sebagai ibadah. Maka sia2lah perkara yang kita lakukan. Makan, minum,berjalan,buang sampah dan sebagainya, jika kita selitkan dengan bismillah atau detik hati kerana Allah, InsyaAllah apa yang kita lakukan menjadi ibadah.Jadi sama2lah kita ingatkan diri kita.

P/S: Hari terdetik...apa yang telah daku buat untuk Agama, Negara dan Keluarga tercinta?

Wednesday, July 20

#3 Wordless Wednesday - Tumbang


Apa itu Wordless Wednesday??? Setiap hari Rabu, blogger akan post satu gambar dalam entri tanpa sebarang patah perkataan pun.. Ini bermakna,, hanya gambar tersebut yang menceritakan keadaan/situasi sebenar..~ Gambar #3 saksikan..

Tuesday, July 19

Popular segera




Assalamualaikum. Semakin sunyi blog nie. Ke mana menghilang semua? Oh, sungguh menyedihkan sehingga kadang-kala aku juga berputus asa. Kenapa?

Berbalik kepada tajuk aku, popular segera. Apa yang anda semua faham? (Adakah lagi orang yang akan komen entry ini. Mungkinkah?) Kenapa sesetengah blog, walaupun tidak di'update' berbulan-bulan, tetapi still lagi mencanak-canak follower masuk dan komen entry basi mereka? Adakah kerana banyak gambar cantik-cantik tertampal di blog tersebut? Oh, sungguh tak patut.

Orang Asli VS Orang Melayu


Huwaaaa..mengantuknya...eh!!lupa pulak..Assalamualaikum kawan2...huh!!sudah lma tidak menziarahi ruangan 100penulis ini..bukan apa,kemudahan internet adalah terhad bagi aku sekarang..ni pun aku bpeluang guna tenet sebab nak cari bahan untuk study subjek automotif...
Ingin aku berkongsi sedikit mengenai kewujudan orang asli dan orang melayu di negara kita...

Orang Asli
Mengapa kita memanggil mereka sebagai orang asli atau "aboriginal people" sedangkan mereka manusia sama seperti kita??itu yang membuat aku tidak faham sampai sekarang..orang asli juga manusia..Apa perbezaan mereka dengan kita??? Mengapa perlu kita "cop" kadangkala memandang sinis terhdap orang asli??? Banyak kali juga aku tanyakan hal ni kepada kawan-kawan tetapi mereka tidak dapat mmberikan jawapan yang memuaskan hati aku. Lalu,aku mula meminta pertolongan En.Google untuk mendapatkan jawapan diatas pertanyaaan aku itu.

Apa yang aku temui..orang ASLI adalah penduduk peribumi tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat(berdasarkan wikipedia) . Dan apa yang membezakan mereka dengan kita...mereka ditakrifkan sebagai penduduk asal sesuatu tempat, yang dipercayai merupakan bangsa Austronesian. Apa itu Austronesian???Sabar..nanti aku bagi link kat korang sekejap lagi. Kita pula adalah penduduk yang sudah bercampur dengan bangsa lain. Sebab itu kita tidak dipanggil orang asli..rite???
Orang asli ini dikelaskan kepada 3 kategori yang mempunyai 18 sub kategori :
a) Negrito (Kintaq,Lanok,Kensiu,Jahai,Mendriq, dan Bateq) -
b) Senoi (Temiar,Semai,Mah Meri,Che Wong,Ja Hut,Semoq Beri)-tinggal dalam hutan, bertani dan mencari hasil bumi sebagai mata pencarian.
c) Malayu Asli (Orang Selatar,Jakum,Orang Kuala,Orang Kanaq,Temuan dan Semelai)- tinggal berhampiran dengan laut dan of coslah bekerja sebagai nelayan.
Mengenai agama pula kebanyakan orang asli ni mempercayai kepada semangat dalam pelbagai objek. Tetapi sekarang, sudah ramai memeluk agama Islam dan Christian. kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai orang asli ni korang bolehlah ke wikipedia Orang Asli dan juga klik sini.

Si Anak Kecil

Sedang asyik wa termenung sementara menunggu giliran daddy wa bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan, wa terdengar suatu bunyi yang seakan-akan tepukan.

Wa toleh, terlihat sepasang suami isteri. Masih muda lagaknya, jika dilihat dari paras rupa. Si isteri sedang memegang erat tangan si anak sebelum wa melihat dia menampar pipi anaknya yang masih kecil. Bukan sekali. Dua tiga kali. Si suami cuma melihat, kemudian mengalih perhatian ke arah iPad yang sedang dipegang.

Si anak menjerit kecil. Menangis dan tidak dipedulikan. Kemudian, si anak kecil itu berlari-lari, menganggu jururawat yang sedang bertugas. Si isteri lantas mendapatkan anaknya sebelum mencubit lengannya serta menggunakan kata-kata kasar, memarahi anaknya.

Mungkin anaknya nakal dan si isteri tidak larat menegurnya lagi. Wa simpan pendapat peribadi wa mengenai situasi itu. Siapa kita untuk mengadili sedangkan mereka lebih mengetahui?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Jue juga penulis untuk blog Let The blog Do The Talking, Aight!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Selasa.

Friday, July 15

seni itu indah


penat lah menjalani hari2 ngan masalah duniawi jer...hidup pun jadik terumbang ambing cam kapal karam...nak cakap hal2 bukan duniawi, idokler bape nak reti plak...kot tersalah cakap kang, dianggap penyebar fahaman salah plak...jadik, jalan selamat...cakap je lah pasal apa yang ada depan mata...

intro kemain gempak lagik cakap2 psl duniawi, ingatkan minggu ni ada pembaharuan dalam pengisian entry...sekalik hentry....huh...duniawi sekali lagik la beb...

layan jo lah...zassss...

Thursday, July 14

Diet Itu Bukan Bermakna Tidak Makan



Assalamualaikum. Salam sejahtera.


Entri kali ini masih lagi tentang diet
Huh! aku memang tengah fokuskan tentang hal ini
kurangkan berat
kurangkan aras kolesterol
hari-hari makan oat hu hu hu
Oppsss! oat tu kalau buat biskut rasa lagi sedap sebenarnya
la la la dah hilang fokus pulak kan?
lari diet aku!


Tuesday, July 12

Kerana dirimu begitu berharga





Assalamualaikum semua. Apa khabar korang hari nie? Untuk kesekian kalinya, hampir seminggu flu aku tak baik-baik dan ia sangat mengganggu aku, terutamanya bila nak tidur. Nasib tak ada suami nak dilayan, kalau tidak? Oh, sila jangan berfikir yang bukan-bukan. Aku hanya nak berkata, kalau tidak, suami aku pasti akan berjangkit flu juga. *sila fikir positif okay. =)

Alang-alang dah cerita bab 'melayan' suami, aku tertarik hati untuk mengulas sedikit tentang apa yang telah ditulis oleh r.k pada jumaat lalu pasal love guy that love his loves love.

Aku sangat bersyukur sebab masih ada lagi lelaki yang berfikiran macam r.k ni. Dan aku amat berharap, masih ramai lagi yang begini. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya:

Friday, July 8

Love a guy that love his love's love

Ini entry dewasa dan agak panjang , harap maklum .

Dulu ghua ada beberapa teman rapat berjantina gadis . Kami rapat sehingga boleh cerita masalah peribadi tanpa ada rasa 'love connected' ataupun 'sexual connected' , setidak-tidaknya pada ghua .

 Pada satu ketika , seorang dari teman ghua beritahu yang beliau tidak suka susuk tubuh beliau kerana mempunyai payudara yang agak KeciK . Mula-mula ghua tersentak dengan kenyataan itu tapi masa tu ghua muda lagi , mana tahu nak cakap apa , kang salah cakap , naya . Ghua dengar saja lah tanpa berikan sebarang kata .
 
Selang beberapa masa , ada pula teman yang lain beritahu yang beliau inginkan tubuh ramping , ada yang inginkan badan agak berisi dan ada juga yang inginkan tubuh cekeding . Well , masa ni ghua dah selang beberapa besar tapi masih enggan membuat apa-apa kenyataan .

Baru-baru ni ada dua tiga kes yang kembali membuka fail 'tubuh badan yang dibenci' . Maka , sebagai lelaki yang sudah layak berumahtangga , ghua ingin kongsi sedikit pendapat tentang isu ini .


Bila Menulis Secara Maya

Selamat Hari Malaysia. Bermula 16 September 2010, sambutan Hari Malaysia menjadi cuti umum. Sambutan pertama setelah mendapat cuti umum itu dilangsungkan di Dataran Merdeka, Kota Kinabalu Sabah. Itu hanya intro. Kali ini saya nak tulis tentang penulisan secara maya.

Apabila menulis, walaupun menulis secara tidak rasmi di blog, facebook, twiter atau laman web pribadi, setiap orang di Malaysia sebenarnya perlu mematuhi beberapa perkara. Pematuhan ini sama seperti pematuhan yang perlu dilakukan oleh setiap penulis tanpa mengira genre yang diceburi (penulisan ilmiah, rencana popular, karya sastera dan sebagainya). Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis adalah;


behind therosputih


salam semua....lama sungguh aku tak bersiaran kat sini, satu je alasan utk semua yang berlaku dalam hidup aku, masalah jiwa yang melampau di samping terlalu mengejar due date tugasan....

walau apa yang berlaku, life must go on...

kat sini aku nak talking2 empty about life must go on...aiyyak....my english beri the broken la....


Rasa Macho bila Merokok?

Sekarang ni, merokok macam dah jadi trend. Bukan sahaja lelaki ketagih narkotin tu, perempuan pun dah jadi makin hebat. Dah merokok secara terang-terangan di khalayak ramai. Tanpa silu. Tak rasa bersalahpun.

 

Betul ke orang kata (orang yang merokoklah kata), bila merokok mereka lebih nampak macho. Ada gaya. Stylo. Ikut peredaran zaman? Betul ke orang kata, kalau tak reti merokok maka kita akan digelar jakun, prak, ulu,  dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya?

Bagus sangat ke merokok? Sedap sangatkah telan asap dan segala bagai narkotin tu? Padahal kita semua dah tahupun manfaat rokok. Kalau kita beritahu perokok “merokook tu bahayakan kesihatan…” dia orang memang dah sedia tahu. Cakap pun tak guna. Bagi yang belum tahu, bolehlah baca entri yang pernah saya tulis tentang ni di Siapa yang lebih kau sayang?.


Thursday, July 7

exercise untuk hilang mengantuk di tempat kerja

okay, this is my 1st entry di blog ni. teruja sekejap hehehehe. walaupun dah baca banyak2 pun still  buntu dan keliru dan celaru.

sedikit ilmu untuk dikongsi. 

****************************
cara hilangkan ngantuk di ofis
****************************



Pergi tak Kembali


Pagi itu seperti biasa, abah & mak sedang membersihkan kawasan depan rumah sementara menunggu aku. Abah a.k.a kawan hantar aku ke pejabat. Setiap pagi kami akan berborak2 tentang hal kerja. Abah memang seorang yg sangat2 memetingkan displin sentiasa menasihati aku  menjadi seorang pekerja yang boleh berjasa kepada negara……Buktinya abah pernah diAnugerahkan Pingat Darjah Kesatria Negara Oleh Yang Dipertuan Agong.

Aku : Rini org balik kul 2 tau abah, lepas tu abah tlg anta org kat lrt ek. Nak g jumpa kak yati & ct
Abah : em ye la…

Di pejabat segalanya berjalan dengan lancar, malah aku melakukan tugas pada hari itu dengan semangat & penuh keikhlasan. Temujanji dengan kak yati & ct membuatkan aku ingin segera masa berjalan dengan lancar. Kami sudah lama tidak berjumpa, pasti segala gossip semasa akan kami bualkan..

Pada Jam 2 petang…

Fynn bukan seorang yang gedik!




안녕하세요
annyeonghaseyo!

Ini gimik sebenarnya.Haha!Saya masih lagi rakyat Malaysia(walaupun mempunyai obssesi melampau untuk menetap di UK.)ANYWAY, here's editor baru anda reporting for duty!

Hello,name saye Fynn!(bukan nama sebenar)

Wednesday, July 6

Saya Dah Bertaubat Encik!


Sambil baca entri oleh fariehan ibrahim di 100 penulis , teringat pula saya satu kisah benar dari pengalaman bekerja saya.Kisahnya begini, seorang peguam didatangi oleh dua orang klien lelaki yang berpakaian wanita yang agak seksi kerana dituduh dalam kes penyundalan. Buat pengetahuan rakan-rakan, kakitangan-kakitangan di pejabat juga hampir keliru untuk memanggil gelaran "Encik" atau "Cik" terhadap si klien ini dan betapa "cantiknya" si klien ini. Apa saya yang dapat tahu, si tertuduh ini memang tidak bersalah kerana dia hanya berlalu sahaja di kawasan kejadian, jadi seharusnya pembelaan terhadapnya dilakukan.

Tutorial : How To Make A Password Protected Entry For Blogger.

Hai assalamualaikum, Fina Sophie here. Slot hari ini sebenarnya bukan slot saya, saya cuma menggantikan slot Gluck Yusof (link boleh diakses oleh ahli editor sahaja) untuk slot beliau minggu ini sahaja sebab saudari Gluck ada exam that needs her to pay 100% concentration dekat her notes & study. Wish her luck people! *HI GLUCK, THANKS FOR GIVING ME THIS CHANCE ;)*

Okey. I would like to go for a little tutorial this time. Been searching for it for a long time til I stumbled upon a blog, tutoring HOW TO MAKE A PASSWORD PROTECTED ENTRY FOR BLOGGER. Yes, for dotblogspotdotcom. Blog saya nama saja guna dotcom, tapi tetap guna platform Blogger. Malas berpindah randah bha. Jadi sememangnya happy bila jumpa tutorial untuk Protected Entry ni. Anggap saja ini entri untuk memanjangkan lagi ilmu berblog yang mungkin ada ramai lagi yang tak tahu.

Baiklah mari jangan membuang masa. Saya dah pernah post entri ni dalam blog Sufilara.blogspot.com saya, tapi blog tu saya dah privet dah. JOM.


Tuesday, July 5

Kehilangan





Salam semua. Moga sihat hendaknya. Puisi ini ditujukan khas buat seseorang yang pernah menjadi ketua di sini. Ia tertulis secara spontan, melahir rasa apa yang ada di hati. Mungkin ia hanya secebis puisi tidak bermakna. Tetapi, bagi sesetengah antara kita, ia ada makna tersendiri.


CARA MUDAH KEMPISKAN PERUT

♥♥♥♥♥

oh hello, salam semua. sebenarnye aku nak buat entry ni macam gusar gusar jugak lah.risau je salah tengok jadual.selalu mase sekolah tak tengok jadual betol betol ni lah padahnye.tak reti tengok jadual.

aku kila. ahh berapa kali lah aku nak kenalkan diri.dulu aku pernah buat entry kenalkan diri.muahahaha....sila search kat label untuk tengok entry lame..label KILA

aagag, ok kali ni aku nak kongsi dengan semua cara nak kempiskan perut cara jepun. cara yang senanggggg gile..yelah, lepas raya ni kan, kalau di ukurrrr memang sah sah naik lah perut tu.sape perut tak naik, meh jumpe aku.aku hulur jari, korang boleh kerat kuku aku.muahahahha


Kami Akan Jadi Seperti Che

Aku termenung kejap. Bukan apa tapi tengah plan dalam otak aku yang tak sebarapa nie apa yang aku nak buat malam tu. Hari Raya dah masuk hari yang ketiga. Isnin dah nak masuk balik keje. Baju untuk minggu depan nak kena gosok. Itu dah tentu. Tapi, apa yang aku patut buat untuk menghiburkan diri aku sementara menghadap helaian baju kerja dan baju sekolah anak aku?

Tanpa berfikir panjang, tangan aku mencapai remote TV aku.
Mesti ada cerita best malam ni. Takkan takde...
Lepas beberapa minit aku menukar dan menukar pilihan channel yang ada, harapan aku makin pudar. Takde pulak cerita best malam nie...


Monday, July 4

Ikan duyung

Sejak kecil gua bayangkan ikan duyung itu yang paras rupanya cantik. Berambut panjang. Berekor ikan. Sering muncul dari lautan dan landing di atas batuan.

Dan gua memang sering bayangkan yang seronok-seronok mengenai ikan duyung ini. Lebih-lebih lagi ketika gua kanak-kanak, ada tayangan 'The Little Mermaid' di kaca tv. Maka fantasi gua semakin ganas mengenai hal ini. Tapi gua buat steady je time tu. Lagipun zaman tu belum ada versi Maya Karin.


Maya The Duyung: Ala abang Pert ni, jangan cakap macam tu, malu aiii..
Tapi semua fantasi aku itu luput secara drastik selepas aku mengenal seorang pemfantasi yang juga berfantasi mengenai duyung. Namun dia lebih matang dalam hal-hal ini.

Fantasinya lebih kejam. Berjaya buat aku berfikir luar kotak.

Dialah Lambok, kartunis dalam majalah 'Apo?'. Ada satu kisah 'Bedtime Stories' dalam majalah 'Apo?' tu. Dia berjaya menyampaikan idea melalui lukisan. 

Duyung, makhluk separa ikan separa manusia.


Pengumuman kepada semua Muslim Blogger!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengumuman kepada semua blogger muslim (terutamanya yang menggunakan domain blogspot)
mari kita buat satu eksperimen...
cuba buangkan 's' yang terdapat pada URL korang masing-masing
dari Blogspot kepada Blogpot
maka akan terpaparlah