Friday, June 24

Tak Ingat Nama Kawan?


Assalamualaikum semua.Rindu sungguh nak mencoret tulisan di sini walaupun tak berbakat seperti editor-editor lain kan?Kali ini rasa nak berkongsi tips.mungkin selepas ini boleh praktis kot.:-P

Pernah tak mengalami situasi macam ni?Tengah kawan-kawan berjalan, kemudian ditegur dengan orang yang  ingat-ingat lupa namanya ataupun langsung tak pernah kenal.Bukanlah sebab kita popular ataupun "glamour".Tetapi mungkin sesetengah orang mempunyai auranya sendiri kan?.Tapi dah bersembang bukan main rancak sambil serebrum dan serebelum ligat mengingati nama rakan tadi.Tapi tetap tak ingat dan kita terus menyembang sakan untuk menjaga air muka rakan kita tadi.


Nak tahu apa yang saya buat?Ini Taktik bersih punya tau.Hmm..biasanya , meminta no telefon rakan dan buat tak tahu mengeja namanya, dan minta dia mengeja namanya satu persatu.Ha, kan dah dapat nama dia.Klik!


Mengenali nama rakan adalah perkara pertama dan yang paling penting dalam sesi taaruf.Ada juga yang berkata, kalau nak berkawan sehingga ke hati, apabila berbual dengan rakan sambil duduk, rapatlkan keduia-dua lutut kawan-kawan dan berbual.Mungkin ini banyak berlaku dikalangan rakan-rakan perempuan.:-)

Pernah juga kawan saya berkata, persahabatan hingga ke dasar hati ini umpama cinta platonik.Berkawan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.Iaitu Ikhlas!


Mengenai Penulis Entri Ini :

Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat . Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Wordless Wednesday -->1.

4 comments:

nn said...

thanks for the tips.

masa sekolah dulu tengah join larian tetiba kawan sekolah rendah (kot) tegur. serius tak ingat daripada mana kenal dia sebenarnya -_-

Nadzirah K. said...

nak try la nanti:)
hehe

Nur Sulastri said...

hehe, bagus lah tips ni. kadang2 ada jugak situasi ni. blur je nak buat apa. huhu

~nsar~ said...

tips boleh pakai.. hehe