Thursday, June 9

Ohhhhh Daku Menderita. Tolonglah!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Entri ni sepatutnya aku paparkan minggu lepas. Namun apa daya, kita tidak dapat menduga talian internet macam mana. Malam sebelumnya, talian internet sangat payah untuk dicapai, apalagi nak terbitkan entri. Akhirnya, terbabas lagi aku!

Apapun, usah membazir. Baca ajelah kan, tak basi pun...



Errrr…payah nak mengaku
berat badan dah naik entah berapa kali ganda
tak sedarpun
hinggakan semua pakaian dah ketat
macam barut nangka

tiap kali panjat penimbang
jarumnya hanya tahu melonjak naik
hingga fobia
mahu tak mahu
aku perlu diet dan kurangkan makan
terutama yang tinggi kalori

dua minggu kawal cara makan
berat turun 3kg
gembira bukan main lagi
usaha buahkan hasil
namun bila balik kampung
diet terburai
3 hari di kampung berat mendadak cecah angka sebelum diet
Ohhhhh besarnya dugaan!

minggu ini bermula lagi sekali
dietku yang asal
pagi sarapan dengan oat yang kononnya 0 kalori
tengahari cari makanan bersup sahaja
petang oat lagi
malam juga oat kalau lapar
ataupun yogourt
juga buah
2 hari sahaja dah turun semula

paling payah nak kekalkan cara makan
bila ada mesyuarat di pejabat
disediakan minum dan kuihnya
errrr…payah nak tahan selera
sebat sahaja
padahal
neskepe dah berapa kalori
dua keping kuih juga dah beratus lagi

untuk aku
pengambilan kalori tak boleh lebih
2 ribu sehari
baru dua hari tak ambil nasi
aku dah rindu
dah teringat asam pedas
tak terkenang ayam goreng
dah terbayang sup cendawan
dah teringin macam-macam

siksanya
setiap hari menyemak jenis makanan
dan kandungan kalori
tidak lagi melahap ikut sedap tekak
ikutkan hati
nak sahaja sebat cheese kek
tapi kalorinya dah 400
nak sahaja menyudu Mee Rebus
semangkuk dah 556 kalori
cekodokpun dah 180 kalori sebiji
Ohhhhhh daku menderita!
Tolong! Tolong! Tolong!
aku sangat-sangat menderita!

Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Festival Perkahwinan di Putrajaya .

2 comments:

g0m0k9enDek said...

nak menjaga pengambilan kalori tu yang paling malas nak pk! huhuhu!

anyss said...

GP: awal2 je macam pening skit nak kira, tapi slps seminggu...dah boleh agak