Thursday, June 23

"Motion Sickness" atau mabuk perjalanan?

14 jam penerbangan dari London ke Abu Dhabi, Abu Dhabi ke Kuala Lumpur sangat lah memenatkan. Sungguh. Dengan pengalaman 'kemuntahan' gaya wanita yang mendapat alahan ketika mengandung. Ke lebih teruk? Entah. Perjalanan London ke Abu Dhabi dah satu kali muntah, yang dari Abu Dhabi ke KLIA pula dah 2 kali muntah. Apabila ditambah, disama-dengan ada la dalam 3 kali muntah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan masa tu. Segala yang dimakan semuanya dimuntahkan, termasuklah anggur yang ditelan ketika dinner di atas flight.


Sebab saya tahu saya punya 'motion sickness' jadinya saya telah sediakan plastik muntah awal-awal. Pil Chi Kit Teck Aun pun dah separuh plastik ditelan. Nak telan Panadol macam tak munasabah. Jadinya saya pasrahkan sahaja. Jadinya macam itu lah, diredah sahaja rasa muntah tersebut. 

Antara langkah untuk atasi masalah 'motion sickness' ialah:

1. Makan sebelum memulakan perjalanan 

2. Banyakkan meminum air 

3. Bila rasa tidak selesa, jangan pandang ke luar kononnya nak tengok awan yang bergerak. Tak perlu, kerana ia akan menambahkan rasa ingin muntah anda.

4. Makan ubat, jika perlu

5. Lari pergi toilet.

Selebihnya, saya kurang pasti. Keadaan 'motion sickness' sering terjadi, terutamanya perjalanan yang memakan masa berjam-jam. Anda mungkin ada cara lain yang boleh dikongsi. Mana la tahu, ia nya akan membantu saya untuk mengurangkan rasa ingin muntah dan tidak selesa ini. Selamat beramal! Semoga hidup terus diberkati. Amin. =)


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "A blessed wedding in the UK: Sheida & Faez".

1 comment:

Kyra said...

boleh jugak kita atasi dengan kunyah gula-gula getah atau pun gula-gula biasa..sebaiknya kalau dah rasa loya,jangan dengar muzik..sebab tu akan menambahkan rasa loya tu :)