Wednesday, June 8

jangan lupa janji!



janji..  kita sering berjanji. kita janji itu dan ini. kita janji seribu janji. dari seribu janji... berapa banyak janji yang telah kita penuhi... ya, ada kalanya janji itu bukan kerelaan kita. janji itu bagaikan terpaksa apabila kita diminta untuk mengukirnya...


pernahkah kita terfikir apabila kita meminta seseorang untuk berjanji pada diri kita, adakah mereka ikhlas untuk berjanji atau kerana ada faktor lain yang menyebabkan mereka mengukir janji pada kita? kita sering melihat buruk pada mereka yang tidak dapat melunaskan, menepati janji mereka. tapi pernahkah kita terfikir jika sebenarnya mereka yang kita pinta untuk berjanji itu sebenarnya tidak rela untuk melafazkan janji...

apabila hati kita disakiti... pernahkah kita terfikir mungkinkah mereka yang menyakiti hati kita itu tidak sengaja menyakiti kita? atas dasar perkara yang tidak dapat dielakkan, maka kita akhirnya menjadi mangsa dalam suatu keadaan yang sebenarnya sukar untuk kita mengerti..

tinta jemari :( saya selalu lupa pada janji...



Mengenai Penulis Entri Ini :

gomok9endek juga penulis untuk blog GP. Anda boleh mengikuti beliau di
sini pada setiap Rabu dan di gomok9endek. Untuk membaca semua hasil
penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label gomok9endek. Entry
terbaru di blog beliau ketika ini ialah wordless wednesday.

2 comments:

schaze zainn said...

jngan suke janji kalo tak leh nak tepati.
janji juga mencerminkan peribadi anda
huhu. have anice day
:D

g0m0k9enDek said...

betul tu.. tapi kadang2 keadaan akan memaksa kita utk berjanji~ huhu.. tengs~!