Thursday, June 9

Aku mahu untuk terus ikhlas


Ikhlas. Tolong ajar saya cara untuk saya ikhlas. Ikhlas untuk belajar, ikhlas untuk bersedekah, ikhlas untuk berbuat kebaikan, ikhlas untuk menyayangi dan paling penting tolong ajar saya cara untuk ikhlas beribadah kepada Allah. 

Tapi awak ikhlas ke nak mengajar saya? Cuba tanya diri awak. Saya tak tahu. 

Seringkala terlintas di minda kita. Berbuat kebaikan tapi mahukan pujian. Berbuat kebaikan tapi mahukan pengiktirafan. Ikhlas itu bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh, tapi ia juga bukannya susah untuk dibentuk, untuk dididik.

Kita bukanlah seorang yang sempurna, jauh sekali seorang yang maksum. Kadangkala kita tersungkur di tengah perjalanan yang asing, kita lihat manusia semuanya mengejar sebuah penghargaan. Kononnya bersedekah untuk dipuji "Baik sungguh hati tuan hamba". Tak salah untuk tidak menyembunyikan kebaikan, dengan niat kita mahu orang di sekitar turut sama terdidik berbuat kebaikan. Tapi yang salah adalah apabila kita berbuat kebaikan tetapi dengan hati yang tidak ikhlas. Tipu lah kalau diri sendiri sepenuhnya ikhlas. Ada masa diri sendiri turut merasakan lemah, cuba untuk tidak mengungkit tapi terungkit jua. "Macam mana la hati nak ikhlas kalau asyik mengungkit sini sana". Walau bagaimanapun, aku masih sedar. Sedar bahawasanya saat aku cuba untuk ikhlas, syaitan pula cuba untuk berbisik halus. Aku cuba beristighfar, berusaha untuk bermonolog "Niatkan kerana Allah". 

Untuk ikhlas, hati perlu bersih. Untuk hati yang bersih, kita perlu perbanyakkan berzikir, mengingati Allah seterusnya mengingatkan diri mengenai amar makruf nahi mungkar. Teruskan berdoa memohon pertolongan dari Allah. Dan aku mohon, andai kiranya ke'tidak-ikhlasan' diri ini terzahir, aku minta untuk ditegur dan diberi petunjuk. 

Aku mahu untuk terus ikhlas. Ikhlas kerana Allah.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "A blessed wedding in the UK: Sheida & Faez".

2 comments:

g0m0k9enDek said...

mahu ikhlas tapi kdg kala ikhlas itu boleh bertukar dlm sekelip mate..

nn said...

insyaAllah. tulah. nak ikhlas kena bersihkan hati. tapi it's not an easy task.