Monday, May 16

Tips : Antara perkara yang anda perlu tahu sebelum memakai contac lens


Salam semua..bertemu lagi bersama jaa :D
sebagai seorang yang telah memakai contact lens lebih setahun, jaa nak bagi beberapa tips kepada sesiapa sahaja yang baru nak belajar atau mula-mula nak cuba pakai contact lens ni, semoga bolehla membantu korang yee..


  • kalau nak beli contact lens,pastikan beli yang elok,yang disarankan oleh doktor..jangan main redah aci tak aci je beli..baik beli kat kedai,lebih selamat sebab kadang-kadang beli online yang atau mana-mana sale yang kita tak tahu kualitinya bahaya jugak..xpe berbelanja lebih sedikit,janji mata ok..nak kena infection??haaa...mencegah lebih baik dari mengubati xD


  • perkara paling penting la ialah kebersihan..pastikan tangan tu bersih,basuh biar cuci-cuci dulu baru boleh main dengan mata..jangan main redah je,tangan bekas main pasir ke,lepas makan sambal belacan ke..mak oii..tu namanya nak merosakkan mata..tapi basuh tu xpayahlah nak guna sabun banyak-banyak sampai satu bekas kan..xelok jugak nanti bahan kimia tu masuk juga xelok untuk mata kita..



  • letakkan lens di hujung jari telunjuk dan pastikan bentuknya betul-betul macam huruf 'u'..bukak mata luas-luas baru senang nak masuk dan terus melekat pada mata..kalau ada xbetul,kelepet kat tepi tu maknanya kedudukan salah dan cuba betulkan dulu sebelum pakai..kalau korang betul-betul ikut cara yang betul,buat apa nak takut pakai kan??
betul
salah
  • pastikan buang lens sebelum tidur nanti kering dalam mata susah!pedih wooo...tak pun nanti bila kering akan jatuh sendiri..tu pun kalau korang tidur bukak mata la..angin kuat-kuat pun boleh jatuhkan lens..aku pernah jatuh lens time bawak moto laju-laju...xpun masa nak bas perjalanan jauh,ketiduran dan bila bangun mata akan pedih bila lens dah kering..pastikan lens korang tidak kering ok :)


  • takutlah apae2 hal terjadi kan,baik bawak je selalu bekas lens dan mps(multi purpose solution)..senang la..kalau korang rasa pedih je tetiba dan air mata keluar mencurah-curah tanpa dipinta cepat-cepat keluarkan dari mata dan rendam seketika..sebenarnya air mata tu ada 'digestive enzyme' dan keluar bila ada kuman dalam mata..dan sebab tu la air mata kita keluar sebab nak keluarkan kuman tu sekali..


  • bila buang lens,terus sahaja rendam dalam multi purpose solution for protein removal and moisturising at least 4 hours...bekas tu pastikan bersih dan tutup ketat-ketat..pastikan jangan guna solution yang sama untuk rendam,bila dah pakai,buang dan rendam dalam solution yang baru okeyy
bila pakai contact lens ni confidence level pun tinggi kan,terutama nak pergi interview atau apa-apa function...xdela nampak macam skema sangat(bagi aku laa)lagipun bila pakai lens,nampak lagi muda..heeeeeee xD

If you experience eye redness, eye pain, or develop other unusual symptoms,immediately see your doctor :D


    rasanya tu je, kalau ada tambahan, bolehla komen kat bawah ni..satu lagi boleh tak doakan Jaa dalam peperiksaan A-level yang bermula hari ni sampai hujung bulan 6..dan jaa akan berhenti sekejap dalam blogging selama dua bulan..kita jumpa lagi di entry akan datang. wish me all the best..thanks ^^



    jaa64 juga penulis untuk blog Jaa's Story. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label jaa64. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah offline selama dua bulan, doakan saya yee.

    8 comments:

    nn said...

    contact lens ni kalau tak jaga betul-betul berhabis duit kat hospital pulak nanti. ada my friend pernah sampai 3 days tak bukak lens. gila kan? end up kena operate -_-

    Gee said...

    betul2..gee da pakai lens dalam 2 taun..alhamdulillah xda pa..asal pandai jaga..x susa pn..itu je..confidence pn lbeh bila kita nak kne present n especially time bersukan..hehe

    Q said...

    pernah dulu cuba nak pakai. sampai berair mata. last2 give up. haha

    jaa64 said...

    @nn- wahhh..until 3 days??memang carik nahas bahaya la tu..huhuuh..

    xyah buat kerja gila cmtu..

    @gee..yup...confidence level da naik sikit..hehe ^^

    @-memula memang camtu...lama-lama ok la..hehe

    Raihan storylicious ! said...

    saya nak tanya , saya kalau baru beli contacts lens , nak pakai tapi bekas tu tak beli lagi :) lps tu , nak ambik contacts lens drpd kotak mcm mana eh ? nak masuk kan balik dalam bekas tu balik boleh ?

    syapik naser said...

    macamane kalaua contect lens kite dah kering ! multipurpose solution tu tak beli lagi,,contesc lens tu akan rosak tak?

    shieyra said...

    kalau contact lens masuk dalam mata macam mana ?

    UniMeOw said...

    bpe harga standard contact lens yg ada power ek...