Wednesday, May 11

Lunaskan Sebelum Tidur

.

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Kadang kita lupa dengan benda yang simple sebab terlalu leka dengan benda yang dianggap complicated dan nampak macam penting sangat. padahal, benda yang simple itulah asasnya.. so kena hati-hati. ini pesanan untuk diri sendiri jugak. huhu..

Hari ni nak kongsi empat perkara yang senang je nak buat. takde keluar peluh pun. modal air liur dan keikhlasan hati untuk mendapatkan redha Allah SWT.

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :
"Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah.

Bertanyalah Aisyah RA:
"Wahai Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
Jika engkau hendak tidur,

Bacalah surah Al Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad. Alloohusshomad. lam yalid walam yuulad. walam yakul lahuu kufuwan ahad. ( 3 x )

Berselawatlah untukKu (Rasulullah) dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allahumma shollii 'alaa saidinaa Muhammad wa'alaa aaliihi saidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanallahi Walhamdulillahi walaailaaha illallaahu Allahu akbar ( 3 x )

[sumber : Tafsir Haqqi]

Keterangan sikit :

"Perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan haji dan umrah."

Bukanlah maksud kat sini lepas buat benda tu kita tak perlu dah nak pergi haji dan umrah. dalam hadith ini, ia simbolik betapa besarnya pahala yang diberikan kepada mereka yang bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir..

Amalkan membaca ayat Qursi sebelum tidur bagi mengelak gangguan jin dan makhluk seangkatan dengannya..


Nota kaki :
apa kata kepada sesiapa yang belum pernah buat, praktikkan sebelum tidur malam ni. tak susah mana pun. sambil baring pun boleh buat..

hehe.. selamat beramal (^^,)



Mengenai Penulis Entri Ini :
ASaDa RyutaRo juga penulis untuk BLOG BUDAK MALAYSIA. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ASaDa RyutaRo. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Website Karaoke Online.

2 comments:

Zulkifly Omar said...

jom amalkan sama2.. selamat beramal.. hehe thx share..

kiesya said...

sgt menarik blog anda...byk info yg sy dpt...

senang2 lawatlah ye...

duniakiesya.blogspot.com