Thursday, May 26

Kalau aku 'kaya'



Kalau aku kaya, aku mahu beli jam DKNY seramic yang berharga 175pound itu, dicampur didarab harga Ringgit Malaysia nya RM875. Hanya kerana satu jam tangan aku rela. Dan aku juga mahu handbag DKNY, dan kalau boleh disertakan wangian Fresh Blossom atau Be Delicious DKNY mungkin akan lebih mengasyikkan. Teruskan bermimpi, sebab kenyataannya ia hanya lah sebuah KALAU.

'Kalau' itu akan terus kekal sebagai 'kalau' sekiranya kita tidak selitkan dengan usaha yang setimpal. Macam mana nak kaya kalau hidup asyik mengeluh. "Arghh, penat belajar!" "Penat kerja!" dan "Aku penat berdoa!". Hidup mahu kaya tapi malas belajar bersungguh-sungguh. Bak kata Sepah "Nak ni student tapi stupid nak..."  Orang yang berjaya, orang yang kaya, mereka itu punya ilmu. Dan nak dapatkan ilmu bukan senang, kena rajin belajar. Ye dak? Jadi kesimpulannya belajar jangan tak belajar!

Nak kaya lagi? Kerja la jawapannya. Ini tak, kaya nak tapi hari hari sibuk goyang kaki. Duduk rumah menghabiskan duit Ibu Ayah. Ibu Ayah yang nak kaya pun tak sempat nak kaya. Mahunya tak, baru je nak cukupkan RM 10,000 , si anak pulak mintak RM10. Dah tinggal RM 9,990. Abang pernah cakap "Nanti dah kerja, tahu la susah ke senang nak cari duit. Nak beli makanan pun rasa sayang guna duit sendiri". Ibu Ayah nak mengimpikan jadi kaya raya tu memang jauh la, cukup la hidup dapat bagi anak-anak makan, minum dan segala keperluan yang lain lagi. 

Belajar dah rajin, kerjaya dah ada tapi kita lupa DOA. Senjata para mukmin yang paling berharga. Doa lah kalian. Jangan berhenti. Tengah nak tidur pun doa, tengah masak pun doa, atau tengah jalan-jalan pun doa. Tak bermakna Allah lambat makbul doa kita, kita dah tak dapat apa yang kita nak. Mungkin Allah dah sediakan yang lagi baik untuk kita. Ada la kot sebabnya kita tak kaya. Sebab kita akan riak mungkin? Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang. 

Kesimpulannya, tak kisah la kaya atau tidak. Yang penting kita kena cuba hidup bersederhana. Sedekah mana yang mampu, zakat mana yang perlu dan teruskan berbuat kebaikan. Rezeki itu milik Allah, kalau dah Allah nak bagi dekat kita, usaha macam mana pun rezeki itu akan tetap sampai kepada kita. InshaAllah. 


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "A story of a child and her Mom | Part 3".

2 comments:

Fyzal said...

kata seorang penulis - terus bermimpi dan bercita-cita kerana dari situ kita dimotivasikan utk melakukan sesuatu yang hebat.

Aida Ismail said...

@Fyzal

betul betul =D sebab tu setiap mimpi itu perlu disertakan dengan usaha =)