Tuesday, May 31

Terima Kasih PAK HAJI!





Assalamualaikum semua. Rindunya nak menaip di sini lagi seperti dulu-dulu. Eh, nampak macam dah lama sangat tinggalkan 100penulis nie kan. Bukan apa kawan-kawan semua, musim exam melanda. Memang kekeringan idea ditambah dengan kekurangan masa. Kombinasi terbaik yang tiada tolok bandingannya. Terasa pula satu kehilangan dan kekurangan apabila rutin setiap selasa untuk post entri hilang dek kerana tiada berkesempatan. Alhamdulillah, aku dipanjangkan usia untuk terus menulis lagi hari ini. Harapnya, aku ada peminat yang menanti tulisan aku ini. :)

Monday, May 30

tips mengenali jejaka jenis heartbreaker



kalau kita cakap playboy mesti ramai orang tahu..tapi macamana nak mengenali jejaka'heartbreaker'??playboy tidak sama dengan heartbreaker sebab heartbreaker ni tak semestinya suka bercinta lebih dari seorang dari satu masa,tapi biasanya mereka ni suka melayan perempuan dengan begitu manis ala-ala gentleman gitu..diorang ni nak bercinta untuk kepuasan,keseronokan bukan untuk masa depan...

kenalilah ciri-ciri heartbreaker ini sebelum anda terpedaya dengan mereka..jom!




Saturday, May 28

Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis - Topik 6

Kita dah sampai ke minggu ke 6 cabaran menulis. Masih bersemangat atau dah give up?

Ini adalah topik untuk minggu 6:
Tutorial _______

Susunkan satu tutorial untuk pembaca anda. Tanda blank di atas menandakan anda boleh menamakan ia mengikut tutorial anda, seperti Tutorial Buat Kek, atau Tutorial Kemaskan Blog dan sebagainya. Apa yang penting tutorial itu diolah sendiri.

Untuk menyertainya sila ikuti arahan WAJIB di entri ini :
http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html
(Syarat #1 sehingga #6 perlu dibuat kalau target markah penuh! Syarat #4 iaitu tagging, tidak perlu dibuat lagi untuk minggu ke-6 ke atas)

Submit LINK ENTRI SAHAJA di bawah. Jika ada soalan/komen kemukakan di sini

Berikut adalah senarai peserta yang menyahut cabaran :


Friday, May 27

Frodo dan dunia


Hidup bukan lah sesuatu yang mudah. Hidup di dunia fantasi pun menggambarkan betapa peritnya perjalanan hidup yang perlu kita lalui untuk sampai ke plot happily ever after tu. Bagaimana susahnya Frodo nak bawa naik the one ring pergi gunung dekat Mordor tu, macam tu lah jugak atau lagi susah perjalanan hidup kita. (Analogi Lord of The Rings, kes Obses dengan LOTR) 


selamat bercuti dan berkahwin


wah...sedar tak sedar, kalu tgk kalendar betul2, ari ni merupakan ari last sekolah bagi penggal 1 tahun 2011...mak suka nyah...yang mak tak suka satu je, mak nak kena tanda kerta jawapan budak2, sebab minggu ni minggu exam, habis sume budak2 pakat duk tembak sana tembak sini, pendek kata, habis peluru yang dijual kat kedai tu nyah, depa sume pakat beli...

so, nak le amek kesempatan ni nak ucap selamat bercuti kepada semua guru dan bebudak sekolah yang lain, best la korang kan, cuti 2 minggu tu...ai...cuti2 jugak tau, buku tu nnti jangan dibiar sampai berabuk, kang nnti bukak sekolah, mula ah, otak tu berkarat ijo, payah nak start belajar balik...


Thursday, May 26

Week 03- A picture of you and your friends

Assalamualaikum.

Cabaran minggu ketiga, kena letak gambar dengan kawan-kawan.


Berjuang Melawan Takdir: Aku Kian Merelakan Kepergianmu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



Aku ada seorang kawan
katanya “Kaulah sahabat aku dunia akhirat”
bodohnya aku sangat percaya
manakan tidak
setiap kali dia pulang ke kampung
datangnya bersama buah tangan
kalaupun tidak keropok lekor
sekurang-kurangnya keropok keping
yang sedap
kala memasak juadah istimewa
aku tidak terkecuali dapat merasa
kesedapan masakannya
atau masakan bondanya
dan dia sentiasa hadir waktu gembiraku
sentiasa ada
saat aku ketawa
sentiasa di sisi mengharung waktu ceria


Kalau aku 'kaya'



Kalau aku kaya, aku mahu beli jam DKNY seramic yang berharga 175pound itu, dicampur didarab harga Ringgit Malaysia nya RM875. Hanya kerana satu jam tangan aku rela. Dan aku juga mahu handbag DKNY, dan kalau boleh disertakan wangian Fresh Blossom atau Be Delicious DKNY mungkin akan lebih mengasyikkan. Teruskan bermimpi, sebab kenyataannya ia hanya lah sebuah KALAU.

'Kalau' itu akan terus kekal sebagai 'kalau' sekiranya kita tidak selitkan dengan usaha yang setimpal. Macam mana nak kaya kalau hidup asyik mengeluh. "Arghh, penat belajar!" "Penat kerja!" dan "Aku penat berdoa!". Hidup mahu kaya tapi malas belajar bersungguh-sungguh. Bak kata Sepah "Nak ni student tapi stupid nak..."  Orang yang berjaya, orang yang kaya, mereka itu punya ilmu. Dan nak dapatkan ilmu bukan senang, kena rajin belajar. Ye dak? Jadi kesimpulannya belajar jangan tak belajar!

Tuesday, May 24

Virus M-pop?


Greeting Malaysians :)

I don't know where I've been,maybe the final exam is too long or something but tiba tiba, out of nowhere muncul sort of fenomena or disease(yes,I can put it that way) well known as M-pop. 

*gelak kejap*
Gambar ihsan from haters 

I found out from this one blog, and obviously these groups tak lah seperti yang aku expect. Well, takkan nak expect orang local boleh buat sejibik macam Koreans,kan? Oh yes, sebab first review pasal 2 group mpop ni sangatlah mencerminkan tahap ke-meluat-an orang- orang kita, mindset aku dah memang,

mpop = disaster/rebecca black/wannabe

but then, ada lah pula orang sokong?Pelik. Jangan risau,aku dah siap siasat untuk korang.^^



Monday, May 23

Presentation is Not Reading Out Loud

Presentation.
It's not reading.
It's a channel of communication. It's a form of explanation.
My teacher once said this to me, "A presentation is a journey."
Yeah, it's so true. It supposed to bring your audience to a journey, which they are involves in.
So, hopefully with this "journey", they'll understanding the message that you are trying to convey.

Penyakit Blogger


Nak jadi blogger popular? Nak tingkatkan mutu penulisan? Maka elakkan dari penyakit-penyakit sebegini

1) COPY PASTE INSTEAD OF SHARING
Bila terbaca artikel yang menarik di mana-mana, maka hangpa rasa patut sampaikan kepada pembaca hangpa.

Jadi dengan sewenang-wenangnya artikel itu hangpa copy dan paste dalam blog. Tu dah jadi satu penyakit yang tak mustahil akan sebati dengan diri hangpa. Lama kelamaan ia akan bagi kesan negatif kepada kualiti penulisan hangpa.

Sebaliknya kalau hangpa selitkan link ke artikel tersebut dalam entri hangpa, pembaca akan lebih hargai kesudian hangpa berkongsi. Come on, everything on the net ada URL kan?

Contoh ayat yang diselitkan link :

Saturday, May 21

Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis - Topik 5

Topik minggu ni lain sikit. Satu pesanan untuk golongan manusia yang tidak berhati perut, maka tak layak digelar manusia lagi.

Ini adalah topik untuk minggu 5:
Wahai Pembuang Bayi, Bacalah Ini..

Tuliskan satu mesej kepada pembuang-pembuang bayi di luar sana. Manalah tahu ada yang terbaca. Walaupun anda marah dan geram, kawal emosi dan tulislah dengan tenang.

Untuk menyertainya sila ikuti arahan WAJIB di entri ini :
http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html
(Syarat #1 sehingga #6 perlu dibuat kalau target markah penuh!)

Submit LINK ENTRI SAHAJA di bawah. Jika ada soalan/komen kemukakan di sini

Berikut adalah senarai peserta yang menyahut cabaran :


Friday, May 20

benci lelaki


walamak....mati aku kali ni, tajuk entry perghhh....habis sume blogger lelaki yang lain boikot aku kali ni...ahaks....takpelah, aku nak teruskan jugak psl isu ni....tak kira tak kira...

sebelum tu, bagi amaran awal2...bukan sume lelaki mcm apa yang aku nak cakap, daripada 5 orang yang aku jumpa, adalah sorang yang kurenggg...yang lebih 4 orang tu okay what...

aku tulis ni based on apa yang aku baca, pengalaman sendiri, pengalaman mereka di sekeliling, dan dari tv...so, takkan kerana nila setitik, kita nak cop lelaki2 yang lain mcm tu jugak, sabar2....baca dulu isu aku...


Thursday, May 19

Week 02- The meaning behind your Blog name

Assalamualaikum.
Cabaran minggu kedua, mencari maksud disebalik nama blog. Nama blog saya adalah Everything For You. Kenapa Everything For You?

Sebuah Catatan yang Huru Hara

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Lama jugak aku terbabas tulis entri. Bukan sahaja rakan-rakan yang nak baling aku dengan kasut, tapi Bapak Admin yang katanya “sentiasa hensem” itupun rasa macam nak baling kulit durian je kat aku kan? Betul tak? Baik Bapak Admin yang sentiasa hensem itu buat pengakuan hu hu hu

Kalau kalian baca entri kat blog aku, mesti perasan tentang sesuatu. Perasan tak? Mana nak perasannya kalau kalian tak pernah pi baca hu hu hu …aku tahulah aku bukannya blogger popular seantario alam yang boleh ber alasan yang kukuh untuk kalian serbu blog aku. Tapi…mana tahu kan, kot-kot adalah jugak peminat misteri yang terjatuh cinta dengan ayat-ayat POWERRR dalam blog aku tu, dok rindu dendam sakit mental dan gila bayang sesorang kat blog aku ha ha ha ayat tak boleh blah! Eh…mana tahu kan…kot ler ada peminat misteri yang “tak mampu untuk teruskan kehidupan di alam maya ini” kalau tak baca blog aku hu hu hu


Tuesday, May 17

Nota Buat Sahabat


Assalamualaikum.
Rasanya dah berkali-kali aku mengeluarkan entri tentang sahabat. Dan aku tak pernah jemu. Kali ini aku cukup rindukan seorang sahabat yang sentiasa membuat aku gembira. Cukup aku gelarkan nya sebagai Mr. H. Aku mengenalinya sejak aku memasuki Tingkatan 1 disebuah sekolah. Hubungan persahabatan kami bertambah rapat apabila kami memasuki tingkatan 3. Apa sahaja kami kongsi bersama-sama. Malah, dia selalu juga lepak kat rumah aku. Walaupun dia seorang “playboy” kat sekolah..aku tak kisah,yang penting aku selesa berkawan dengannya. Kadang-kadang aku juga menjadi orang tengah mengatur date dan memujuk awek dia. Sungguh,aku amat gembira berkawan dengannya. Dia buat aku lupa tentang segala masalah. Ketawa dan ketawa..Malah, aku dapat berkongsi apa sahaja dengannya. Pernah sekali, aweknya menyuruh aku memujuk dia untuk berjumpa,menyelesaikan masalah mereka. Aku pergi ke rumah si H dengan aweknya. Pada masa itu, pertama kali dalam persahabatan kami, aku melihat dia benar-benar marah. Tetapi tidak pula dia memarahi aku…aweknya yang menjadi mangsa..aku betul-betul rasa bersalah. Walauapapun, hubungan kami bertambah rapat semasa kami berada ditingkatan 5. Kehadiran aku sebagai sahabat disisi H banyak menimbulkan salah faham terhadap awek-awek yang meminatinya. Kadang-kadang aku terasa hati gak. Tetapi H tetap mahu berkawan dengan aku. Family aku juga sudah menganggap dia sebahagian daripada keluarga kami. Sebelum menerima keputusan SPM,aku telah bekerja disebuah kilang di Bandar. Pertama kali juga aku jauh daripada family dan H. ketika aku mendapat gaji yang pertama, H meminta aku membelikannya seutas jam tangan yang berharga RM10 sahaja sempena harijadinya. Dia terus-terusan berkeras mahukan jam yang berharga RM10. Sedangkan dia tahu aku mampu membeli harga yang lebih daripada itu. Aku bingung. Tetapi aku tetap tunaikan permintaannya. Hingga saat ini,aku masih teringat wajahnya menerima jam tersebut. Senyumannya melebar. 

Meet Meme.


I thought meme is funny,so I'd like to share :)

Apakah perasaan anda apabila Manchester United telah memenangi kejuaraan liga kali ke-19, memintas kejayaan Liverpool untuk menjadi kelab yang paling berjaya di England?

Apakah perasaan anda apabila Manchester United telah memenangi kejuaraan liga kali ke-19, memintas kejayaan Liverpool untuk menjadi kelab yang paling berjaya di England?

Answer here

Monday, May 16

Tips : Antara perkara yang anda perlu tahu sebelum memakai contac lens


Salam semua..bertemu lagi bersama jaa :D
sebagai seorang yang telah memakai contact lens lebih setahun, jaa nak bagi beberapa tips kepada sesiapa sahaja yang baru nak belajar atau mula-mula nak cuba pakai contact lens ni, semoga bolehla membantu korang yee..


  • kalau nak beli contact lens,pastikan beli yang elok,yang disarankan oleh doktor..jangan main redah aci tak aci je beli..baik beli kat kedai,lebih selamat sebab kadang-kadang beli online yang atau mana-mana sale yang kita tak tahu kualitinya bahaya jugak..xpe berbelanja lebih sedikit,janji mata ok..nak kena infection??haaa...mencegah lebih baik dari mengubati xD


  • perkara paling penting la ialah kebersihan..pastikan tangan tu bersih,basuh biar cuci-cuci dulu baru boleh main dengan mata..jangan main redah je,tangan bekas main pasir ke,lepas makan sambal belacan ke..mak oii..tu namanya nak merosakkan mata..tapi basuh tu xpayahlah nak guna sabun banyak-banyak sampai satu bekas kan..xelok jugak nanti bahan kimia tu masuk juga xelok untuk mata kita..


Saturday, May 14

Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis - Topik 4

Kelmarin, sehari suntuk blogger.com bermasalah. Mana-mana entri atau komen terkini 'hilang' tetapi telah 'kembali' dengan misterinya. Namun itu tak menghalang 100penulis menyiarkan topik untuk minggu keempat. Keep on sending in your entries. Feature tambahan sekadar suka-suka : pemarkahan. Boleh capai 10 markah tak? :D


Ini adalah topik untuk minggu 4:
Persiapan Sebelum Update Blog

Anda boleh ceritakan persiapan yang anda sendiri buat, atau persiapan yang anda syorkan kepada rakan-rakan yang membaca entri anda, dan sebagainya. Be creative!

Untuk menyertainya sila ikuti arahan WAJIB di entri ini :
http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html
(Syarat #1 sehingga #6 perlu dibuat kalau target markah penuh!)

Submit LINK ENTRI SAHAJA di bawah. Jika ada soalan/komen kemukakan di sini

Berikut adalah senarai peserta yang menyahut cabaran :


Friday, May 13

hubungan sesama manusia


dah lama aku tak bincang mengenai kisah sekeliling kita sebagai manusia...kepada pembaca entry ni yang terdiri dari segala mala haiwan dan binatang sekalian, maaflah...entry kali ni utk manusia, haiwan ngan binatang takkan paham konflik manusia...

kali ni, aku nak bincang mengenai hubungan sesama manusia...sebagai manusia, kita memang takkan boleh lari dari berhubungan dengan manusia, melainkan korang duk lam gua, takde hubungan langsung ngan dunia luar...tgk beruk, tgk orang utan, orang utan tgk kau, beruk tgk kau...senang...but, life is not that simple...


Thursday, May 12

Entri Picisan

aku kembali. maaf sebab lama tak dapat post entri di sini. banyak kekangan kebelakangan ni. hehe.. ok lah aku nak cerita pasal............. Blog Berentri Picisan.
Mode: mengkritik

kosa kata pilihan:
Picisan-rendah harga, tiada mutu (Kamus Dewan Edisi Keempat.)

skop: blog peribadi,blog emosi...

isu:
blog emosi dan kisah peribadi adalah blog picisan semata-mata. langsung tiada input dan tidak mampu mencapahkan minda pembaca. ( suka perkataan "mencapah" tu.. hehe)


Week 1 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Assalamualaikum.
Cabaran minggu pertama, jom kita berkenalan dan berkongsi fakta tentang diri sendiri. Check it out 15 fakta tentang saya. Kena letak photo terbaru jugak.

Wednesday, May 11

Lunaskan Sebelum Tidur

.

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Kadang kita lupa dengan benda yang simple sebab terlalu leka dengan benda yang dianggap complicated dan nampak macam penting sangat. padahal, benda yang simple itulah asasnya.. so kena hati-hati. ini pesanan untuk diri sendiri jugak. huhu..

Tuesday, May 10

Read my mind,honey :)



Hey there!
Okay,firstly I'm so sorry that I don't come out with a good post this time since I'm going to Langkawi tomorrow.So, I will leave you guys with this immature post of mine which I took from my personal blog :)

 Teringin tak nak tahu macam mana untuk baca fikiran orang? Sebab entah kenapa suddenly i teringat balik how excited i was bila benda ni menjadi masa i try dulu. Rasa macam ada kuasa ajaib lagi wok!,macam X-MEN!
Korang seriously tak perlukan super power ke apa, just perlu fokus, and of course boleh melihat lah :)


Wa & Telefon Bimbit


Hi Semua, salam sejahtera! Hari ini, wa nak bercerita pasal pengalaman wa dengan telefon bimbit atau orang suka panggil handphone.

Dulu, sewaktu wa masih di sekolah menengah, wa akui wa cemburu dengan kawan-kawan wa yang dah ada telefon bimbit.

Monday, May 9

situasi di kedai mamak.


Assalamualaikum readers :)

Korang selalu lepak kat kedai mamak kan? Perkara biasa korang buat di kedai mamak nak tahu tak apa?

Some tips for those who cannot sleep at night (insomnia)


Hi everyone!!!


I'm sure there are a lot of people out there who suffer from this problem...who's fault????? i got some tips to share with u all...

  • clean your body or feet...don't sleep without taking bath after having class or hang out everywhere....seriously,you cannot sleep well with that condition.


Hadiah Terbaik Buat Ibu

Semalam, Hari Ibu. Pasti ramai yang menyambutnya. Dan pasti ramai yang melakukan pelbagai aktiviti menarik untuk ibu tersayang. Dan aku juga pasti, ramai ibu-ibu di luar sana tersenyum sendirian mengenangkan layanan istimewa tersebut.

Bila bercakap tentang layanan istimewa, pasti ada yang merancang melakukan pelbagai aktiviti menarik. Apatah lagi, jika ia berlaku di hujung minggu. Pasti ada yang membawa ibu mereka serta ahli keluarga yang lain ke restoran-restoran mewah dengan makanan-makanan mahal serta lazat. Bagi yang lebih suka dengan suasana tenang dan nyaman, dikelilingi dengan alam flora dan fauna, mereka akan membawa ahli keluarga pergi berkemah di pantai ataupun di kawasan air terjun di tengah hutan.


Nama Bank Sama


Sejak akhir-akhir ni banyak sangat kan website / program internet yang based on cash gifting segala benda tu. Senang cakap, money game la. Memang web / pogrem2 camni ada produk, tp lebih difokus kepada head hunting kan?


Tgk saja cara pemasaran (kah3) geng2 LOGIN FB DPT 100. Spamming, unnecessary tagging kat album gambaq duit kipas (yg of coz, hanya shared / copied from other people), dan hype yg nampak gila2 punya 'melatah' dan kejakunan yg obvious.

Saturday, May 7

Semalam



Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku tiba-tiba
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti

Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis - Topik 3

Ramai betul bakal pengarah filem berbakat rupanya. Itu untuk minggu lepas. Minggu ni kita teruskan dengan topik seterusnya. Satu senario umum yang biasa kita lihat sejak akhir-akhir ini :


Ini adalah topik untuk minggu 3:
Keghairahan Popular Di Dunia Maya

Untuk menyertainya sila ikuti arahan WAJIB di entri ini :
Submit LINK ENTRI SAHAJA di bawah. Jika ada soalan/komen kemukakan di sini

Berikut adalah senarai peserta yang menyahut cabaran :


Friday, May 6

there will be no more off on saturday


aduh...korang jangan nak gelakkan aku okeh...aku ngah bersedih ni, sobab....pasni, dah takde dah sabtu di mana aku boleh rilek2 main saidina ka, joging2 atas katil ka, apa ka...huh...takda dah sume tu...sedih...sobab...hari sabtu adalah hari bekerja....oh....

esok, sekolah aku ada hari bertemu pelanggan, mcm2 aktiviti ado...yang nan hado adalah, guru2 kena bekerja 28jam sehari, pendek kata, ekau berumah tanggolah dokek sekolah ajo jang oi, tak payah nak balik2 umah dah...ekau tido, mandi, makan jo dokek sekolah....sekolahku rumahku....


Petua Mendapat Markah Bonus dalam Peperiksaan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat membaca.


Saya memang pasti, tak ramai yang menulis tentang hal ini, bagaimana mendapat markah bonus apabila menjawab kertas peperiksaan. Petua ini tidak terdapat dalam mana-mana buku di dunia (saya agak sahaja, belum ada kajian dibuat). Namun, apa yang bakal saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang mengajar dan menanda markah untuk peperiksaan.

Sudah pasti semua pensyarah mahukan jawapan yang tepat dan betul apabila anda menjawab soalan peperiksaan. Walau bagaimanapun, pensyarah anda juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada stress terutama apabila perlu memberi markah pada musim peperiksaan. Pada waktu-waktu sebegini, mereka biasanya akan kekurangan tidur dan rehat, sekaligus sama ada sedar atau tidak turut mempengaruhi emosi sedikit sebanyak.


Thursday, May 5

Jelajah Paris-Amstardam-Frankfrut


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banyak kali benar entri aku terbabas. Ada masa, teringat tentang hari Khamis pada hari Khamis itu juga. Sebab entri belum tulis, tertundalah post entri kat sini. Ada masa yang lain, draf dah siap tulis, namun terbabas hingga hari Jumaat baru ingat. Terlambat!

Agak lama aku fikirkan, adakah pengalaman sepanjang di tiga kota ini perlu dikongsikan atau tidak di sini. Namun akhirnya, aku memutuskan untuk menulis seringkas yang dapat di sini. Hanya di sini. Tidak tertulis di blog aku pun. Kira macam ekslusif hanya di 100 Penulis sahaja hu hu hu

Kota Paris terkenal dengan jolokan Kota Cinta. Kota penuh dengan nilai romantik dan kesenian. Selain mercu tanda Menara Eifel, banyak tempat yang kita boleh pergi bila jejakkan kaki di sini. Muziumnya sangat banyak hingga tak terhitung. Tak sempat nak jejakpun.



Cabaran 30 minggu

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan? Diharap semuanya sihat walafiat. Semoga sentiasa ceria dan gembira selalu. Kali ini nak buat cabaran 30 minggu. Lebih kurang macam apa yang admin 100penulis buatlah. Rasanya ramai yang dah tahu. Benda ni sebenarnya cabaran 30 hari. Tetapi, disebabkan saya selalu je tak ada idea nak buat entry untuk 100penulis, rasanya nak buat tentang cabaran 30 minggu ni lah. Bagi yang tak ada idea macam saya bolehlah buat sekali. Bolehlah kita berkenalan dengan lebih dekat lagi kan?

Wednesday, May 4

hidup ini bukan untuk diemosikan secara negatif.


As' salam dan salam satu malaysia!

haaaaa.... tetiba hari nih bersemangat. kenapa bersemangat? sebab pembuka bicara itu adalah di copy dari peserta pantun a.k.a pelajar yang aku bawa untuk pertandingan pantun peringkat negeri melaka tadi. hhihihi~ dan, ok sah-sah lah memang kalah kan? tak payahlah xpect tinggi-tinggi sangat kalau berlatih pun satu hari kan? kan? (ayat sejukkan hati)

tapi memang agak kasihan bila tengok student kesedihan sebab kalah pada 1st round, heh.
memang agak sedih untuk MENANGgung kekalahan kan? tapi perkara sudah berlaku. dan telah berlalu pon... relax lah. banyak lagi kejayaan lain yang perlu digapai. anggap sahaja tiada rezeki.

4th May : Star Wars Day

Bending Backwards by nn
Bila sesebuah filem jadi satu fenomena sudah tentu segala dialog jadi ikutan peminat-peminat. Kalau di Malaysia selalunya orang suka quote dialog-dialog cerita P. Ramlee. Dan baru-baru ni, mestilah cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Di peringkat antarabangsa pula, banyak filem yang jadi fenomena. Salah satunya - Star Wars.

Diambil daripada dialog yang famous daripada filem tu - "May the Force be with you" – yang selalu diajuk sebagai "May the Fourth be with you", tarikh hari ni, 4 Mei merupakan Star Wars Day.



Tuesday, May 3

Mak





Sana sini orang dah sibuk pasal sambutan Hari Ibu yang bakal disambut pada 08 Mei ini. Ketika ini, mak aku tengah menjerit kegeraman marah memanggil adik bongsu aku yang terkenal dengan sifat kenakalannya. Tapi, tanpa beliau itu, rumah kami sunyi tiada seri.

Entri ini bukan nak cerita pasal adik bongsu aku yang nakal tu, tapi pasal mak aku yang sentiasa cantik dan muda di hati aku. Aku terjemahkannya dalam bentuk puisi yang aku cipta sebentar tadi. Semoga, dapat direnung dan ditenung kalian-kalian semua. Sayangi ibu anda.


tips (berguna untuk aku) dalam kehidupan sehari-hari. lalalala... o_Ov


Untuk entri kali ini aku hendak berkongsi sedikit tips yang berguna untuk aku, tapi tak tahu lah sama ada korang semua boleh gunapakai jugak atau tak. Sebarang kemalangan yang korang alami ketika mengikut tips-tips ini adalah bukan tanggungjawab aku okay. Hehehe...

Anyways... cedidaut!



Hari Ibu


Hi semua. Salam sejahtera. Wa **bukan nama sebenar** merupakan cara wa membahasakan diri wa. Wa baru pertama kali menjejakkan kaki di blog 100penulis. Entry kali ni -May sememangnya bukan bulan yang janggal untuk dikaitkan dengan Hari Ibu. Tetapi sejauh mana kita benar ikhlas dalam meraikan ibu kita?


Monday, May 2

Good ICT Security Practice

I'm sure that you uses computer all the time.
I'm sure that you surf the internet 24-7.
But do you have what it takes to secure your information.
Do you back up your data and takes whatever actions necessary, to secure yourself from the internet threats.
Here are some things that you should do (some lessons that I have learned long time ago);

1. Use a strong password
For some, they just want to use a simple password, so that they could remember them easily. This isn't a good practice at all. I know, that for some, even myself, uses multiple passwords for multiple accounts. Facebook, twitter, email, Youtube, Google and blogs. I used multiple passwords for them. But that doesn't let my guard down in using a simple password. The best practices in creating a password, is to have numbers, lower case, upper case, signs and symbols. For advance users, they might change passwords every three months. Another note, don't use significant names or numbers as your password. For example, your name or your IC number.