Friday, April 1

Tengahariku Dicabar


Jumaat.tepat pukul 1.00petang.terus bersiap-siap untuk keluar makan tengahari untuk bertemu dengan seorang ejen .Baru sahaja hendak melangkah keluar, sekumpulan klien datang ke bilik saya, mahu buat perjanjian.

Wah!Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.Perut mula berkeroncong, hanya nasi goreng sahaja yang disantap pagi tadi.Aduh!tengahari itu diduga.Muka pun tidak seikhlas mana.SABAR!Mengenangkan mereka datang dai jauh sahaja, membuatkan saya bertahan untuk memenuhi permintaan mereka.Akhirnya pertemuan kami berakhir pukul 1.50 petang, dan hanya da 10 minit sahaja sebelum pejabat dibuka kembali.


Tahu apa yang saya buat dalam masa 10 minit itu? Saya memandu keluar ke bandar, membuat pusingan lebih dari empat kali walaupun pada waktu itu adalah waktu klimaks kesesakan jalan raya.Seornag pelatih menemani saya dan mendengar luahan perasaan saya ketika itu.Lepas geram kononnya.Tak pernah dalan hayat, saya berbuat begitu.Janji saya bukan berada di dalam kawasan pejabat.

Itulah kita.Terlalu lemah dan sukar untuk mencapai kesabaran, termasuk saya sendiri.Saya tahu sabar itu separuh dari iman.Tetapi keadaan membataskan segalanya.Aduh lemahnya iman saya.

Balik. merenung diri sendiri kembali.Sejauhmana keikhlasan saya telah hilang.T.T


Mengenai Penulis Entri Ini :

Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat . Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Al Fatihah: Rakan Sekuliah

No comments: