Monday, April 11

Pergerakan Dalam Solat.


Assalamualaikum readers :)

Benarkah pergerakan tiga kali dalam solat secara berterusan boleh membatalkan solat? Usah terkejut. Tiada nas yang menyatakan jumlah pergerakan tersebut. Sebaliknya, apa yang dibincangkan oleh para ulama ialah sama ada pergerakan yang dilakukan itu boleh menyebabkan orang lain yang memandang membuat persepsi, orang itu tidak berada dalam solat, maka ketika itulah terbatal solat yang dilakukan. 

Imam Nawawi menjelasakan, perbuatan yang tidak termasuk dalam  perbuatan solat, sekiranya banyak, maka perbuatan itu membatalkan solat. Justeru, ia kembali pada uruf atau adat masyarakat setempat yang melihat sama ada perbuatan itu difahami sebagai membatalkan solat atau tidak. Misalnya, melakukan pergerakan sedikit demi sedikit, kemudian berhenti, hatta mencecah 100 langkah, itu tidak  membatalkan solat.

Tetapi pergerakan yang dilakukan secara melangkah berterusan, ia membatalkan solat. Manakala pergerakan yang sedikit dalam solat seperti menggaru, walaupun berterusan, tidak membatalkan solat.  

Sekian, perkongsian dari Majalah Al- Islam, edisi April 2011.




Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 01012011.

1 comment:

ASaDa RyutaRo said...

huhu.. bagus ni untuk perkongsian. kadang orang salah anggap jugak. sampai nak halau nyamuk hisap darah kat lengan pun takut.