Tuesday, April 5

Nak main ke nak gaduh??






Ini entri luahan perasaan. Harap korang semua berhati-hati dengan entri nie. Ops, terlupa pula nak bagi salam. Assalamualaikum semua. Tak menyempat nak post entri nie. Saat menaip nie, tangan aku telah berbandage kiri dan kanan, oh, sungguh menyakitkan. Sila doakan kesejahteraan aku yer kawan-kawan.

Aku bukan apa, macam yang aku bagitahu last week, kat tempat aku ada pertandingan bola jaring. Aku bukan nak cakap aku team aku nie hebat, tapi memang kami nie antara team yang digeruni lah. Tapi, pantang nenek moyang aku, bila orang main kotor sebab nak ditabalkan sebagai juara. Weh, orang tak pandanglah kalau korang menang sebab main kotor!

Tekanan sungguh aku rasa bila tangan aku dua-dua belah nie sakit sangat-sangat. 99% team member aku dikasari dengan teruk sehinggakan kami semua injured!! Pergh, memang melampaulah junior-junior nie. Mentang-mentang darah mereka masih muda, suka-suka hati lanyak kitaorang yang muda belia nie. Tapi, 99% penonton menyatakan bahawa team kami adalah team yang paling bersopan-santun di dalam court. Al-maklumlah, kami nie kena tunjuk contoh teladan yang baik.

"Nak main ker nak gaduh nie??," memang sampai tahap itu satu team junior nie di'sound' oleh satu team yang lain. Korang bayangkanlah, bila lawan jer dengan group giler kasar nie, mesti ada yang sakit bila kuar padang. Last week time liga saja, ada sorang nie masuk PPUM sebab tempurung lutut lari. Korang bayangkanlah.. Macamlah hadiah tue sebiji banglo, RM1,000,000.. Peliklah. Kesimpulannya, sampai sekarang nielah, tak bertegur sapa dan bermasam muka.

Apa yang boleh kita simpulkan? Main kotor dan menang, atau main bersopn-santun dan kalah? Aku kalah ker?? *Fikir kejap.. :P


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bersyukurkah Aku?.

1 comment:

Aida Ismail said...

semoga cepat sembuh! =)