Friday, April 1

Memori Sekolah Lama...SMKAS

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Apa khabar sahabat semua. Lama tak kerja kat sini...hehehe. Sorry Boss :) Ni dah free sikit, tp pasni akan kembali sibuk. Untuk makluman semua, kini Si Tukang Tulis da berkampung di Sydney :) Dalam usaha menyambung PhD di sini. Doaakan Si Tukang Tulis dipermudahkan segalanya. Nak cite kat sini belum cukup bahan lagi sebab baru seminggu lebih sampai. Jadi kali ni Si Tukang Tulis nak cite sebelum SI Tukang Tulis pergi...Memori di Sekolah Lama :)

SMKAS...sekolah yang telah mendidik Si Tukang Tulis dengan nilai2 yang tak terkira harganya. Sekolah yang mendidik Si Tukang Tulis untuk menjadi insan sepertimana sekarang. Didikan guru-guru yang tak pernah kenal erti putus asa...merekalah guru sejati dan selamanya Si Tukang Tulis akan terhutang budi dengan mereka. Bila masuk pintu pagar sekolah, bagaikan kembali memusingkan masa ke belakang...mengenang sejarah kembali di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS)...


Memang seperti di rancang, masa Si Tukang Tulis sampai, ramai guru2 lama yang ditemui. Di mulakan dengan 3 orang ustazah tersayang, Ustazah Normah Hitam yang mengajar BM, Ustazah Mariatul Kaptiah dan Ustazah Sarmi Ponijan. Banyak kenangan yang tak sepatutnya dibangkitkan. Ngehehe...Sebahagian cikgu kenal Si Tukang Tulis sebagai pelajar yang suka tidur dalam kelas, tidur masa pekse, tidur masa ceramah dan sebagainya. Hahahaha...Dulu masa menengah atas, Si Tukang Tulis tak minat fizik...tapi taktau apa yang Ustazah Sarmi ajar sampai markah fizik lagi tinggi dari markah bio. Pelik...tapi memang ajaib. Hohoho...lepas tu dia tak bagi Si Tukang Tulis masuk kelas tambahan khas dia...sedih...dia suruh Si Tukang Tulis belajar subjek lain. Haha

Lepas tu, pergi bilik guru. Kat sini jumpa beberapa orang Ustazah dan ustaz yang pernah mengajar Si Tukang Tulis dulu, Antaranya Ustazah Norizan yang mengajar BI daripada Si Tukang Tulis tingkatan 1, Ustazah Lailiyati yang mengajar addmath...subjek killer sekolah dan ustaz Nazom. Lama gak ngumpat dan bergosip kat situ, cikgu2 lain buat muka pelik je masa Si Tukang Tulis masuk mengadap. Hehehe...sape la mamat ni masuk bilik guru serabai semacam pastu bual ngan cikgu veteran macam kawan sekolah. Hohohoho... 

Paling lawak masa mula2 masuk, terkial2 cari diaorang...yela, bilik guru baru, besar dan luas. Pastu ustazah norizan ngah bual ngan sape ntah, terpandang Si Tukang Tulis yang senyum lebar kat tepi dinding. Terkejut...terlopong dan terjerit jap dia. Ngehehehe...macam nak keluar air mata pun ada gak. Lama la gak Si Tukang Tulis update status ngan diaorang. Hohohoho...pastu galak la diaorang bergelak ngan kisah2 lampau SI Tukang Tulis...lagi2 bab kena cubit ngan Ustazah Norizan...auww! Ustazah Lailiyati lak antara cikgu yang paling sabar melayan karenah kami dulu dengan result addmath rendah memanjang. Ntah camne bole dapat A2 time SPM. Hahaha...

Pastu berangkat ke pejabat sekolah, jumpa lak dengan Zaid Akhtar... YA! Penulis yang mengarang novel Rona Bosphorus dan beberapa novel cinta islamik adalah cikgu BA Si Tukang Tulis! Jangan tak caya lak :p  sekali pandang memang tak perasan dia penulis, tapi itulah hakikatnya :) Sebelum balik, Jumpa kaunselor sekolah, Ustaz Ashari...dia ni dulu macam ayah kedua Si Tukang Tulis di sekolah. Antara cikgu pertama dan paling kenal dengan Si Tukang Tulis masa awal2 masuk sekolah berasrama...kenapa?Paham2 je la kalo jumpa kauselor masa tingkatan 1...tak sanggup nak mengaibkan diri sendiri. Hahahaha...

Kesimpulannya, objektif melawat sekolah berjaya...kepada rakan yang tak puas hati Si Tukang Tulis pergi sendiri...jangan marah...tak rancang papepun masa nak pergi td. hehehehe. Si Tukang Tulis mengaharapkan doa dan nasihat dari rakan2 yang mengenali Si Tukang Tulis secara bersemuka atau sekadar blog ini sahaja...Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt.



Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

2 comments:

humbleyat said...

wah!saya pun baru berjumpa cikgu sekolah dulu..rindu sangat2...

tempat jatuh lagi dikenang kan?

chenta said...

dah lama tak jumpe cikgu sekolah...mcm ramai dah tak mengajar lg kat sekolah tu je..huuu