Monday, April 4

Fikiran di Sana Sini: Undang-Undang, ABPBH dan Masa


Saya baru menulis 8 entri untuk 100penulis dan saya sebenarnya bersalah kerana sudah beberapa minggu tidak menulis untuk blog ini. Maka secara terbuka saya mahu meminta maat kepada administrator kerana kesibukan saya sedikit menghalang untuk menulis. InsyaAllah apabila cuti semester bermula nanti saya akan pastikan setiap Isnin ada entri tulisan saya.

Tidak banyak saya dapat kongsi akhir-akhir ini kerana hidup saya sekadar berputar hal-hal undang-undang, buku undang-undang, tugasan-tugasan, ujian-ujian dan seumpama dengannya. Kadang-kadang saya terfikir adakah kita sebenarnya punya undang-undang yang hebat. Seperti kata Dekan saya - ini undang-undang buatan manusia, banyak kelemahan.


Saya tidak melihat undang-undang sekarang sebagai hebat. Kalau hebat pun, "enforcement" nya tidak seperti yang kita harapkan barangkali. Tidak wajar juga jika tiada kredit langsung diberikan - memang ada undang-undang yang bagus-bagus yang "regulate" masyarakat dengan jayanya. Ah, bosan berbicara soal undang-undang.

Waktu saya menulis entri ini saya menonton Anugerah Bintang Popular "live streaming". Kena ambil tahu sedikit walau tidak minat sangat sebenarnya. Waktu ni blogger-blogger pun barangkali sedang "update" senarai pemenang dan melakukan beberapa komentar, mungkin.

Dan sekali lagi, saya memang tidak punya apa-apa untuk dikongsi kebelakangan ini. Malah saya tidak punya banyak masa juga untuk mengikut perkembangan isu nasional. Yang sudah kurang tahu hal-hal dalam negara. Masa dan masa - berlari, dan laju meninggalkan kita. Sedang kita kadang kala masih lupa, saya semestinya begitu juga.

Masa depan? Saya selalu bertanya tentangnya, bimbang, tidak tahu bagaimana rupanya. Masa yang sekarang terus bergerak menuju masa hadapan dan saya gusar adakah semuanya akan elok elok belaka?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Menulis Kerana Trafik? Fak!!

1 comment:

Aida Ismail said...

masa depan itu sungguh misteri. teruskan berdoa, inshaAllah kita punya masa depan yang diberkati dunia dan akhirat. =)