Tuesday, April 19

ENTRI SERBA RINGKAS: Single eksklusif Yuna yang hanya dirilis di US - 'Fears and Frustrations'


Aku benar-benar bangga dengan artis kegemaranku, Yuna. Tanggal 15 Mac yang lalu dia telahpun melungsurkan album sophomore-nya 'Decorate' untuk pasaran Amerika Syarikat. Ya, you heard it right: AMERIKA SYARIKAT. Album susulan kepada album sulungnya yang berjudul 'Yuna' yang aku kira sangat berjaya secara lokal sudah sekian lama dipasarkan di Malaysia dan langkah bijak syarikat rakaman Yuna untuk mencuba nasib di luar negara ternyata berbaloi apabila 'Decorate' akhirnya berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.


Berbeza dengan album untuk pasaran tempatan, 'Decorate' versi US menampilkan lima lagu iaitu 'Decorate', 'Deeper Conversation', 'Someone Out of Town', 'Coffee' dan 'Fears and Frustrations'. Dua trek terakhir dalam EP ini adalah eksklusif hanya untuk pasaran Amerika Syarikat. Namun kita di tanah air masih lagi berpeluang memindah-turun lagu-lagu tersebut lewat laman sesawang rasmi iTunes iaitu di SINI.


Dengarkan single pertama yang berjudul 'Fears and Frustrations'. Yuna tampak segar dan berani, dan aku setuju dengan kebanyakan pengkritik yang mengatakan terdapat unsur-unsur pengaruh Fiona Apple dan Regina Spektor.

Oh ya. Ini hanya sekadar EP, dan Yuna bercadang untuk melungsurkan album penuh beliau di Amerika Syarikat pada sekitar pertengahan musim luruh nanti. Sesungguhnya aku tidak sabar. Kalau single sulungnya sudah sebagus ini, sudah semestinya album penuh beliau akan jauh lebih sempurna.

Di Malaysia, video klip untuk lagu 'Gadis Semasa' baru sahaja dikeluarkan. Dalam video ini, Yuna menjadi gadis ilusif yang dikejar oleh dua detektif kacak yang kononnya mahu menjejaki si Gadis Semasa ini. Saksikanlah!




Sedikit Cuplikan Tentang Makhluk Aneh Ini:
shandye juga kerap menceceh tidak tentu hala di Monyet Merah Jambu Menulis. Setiap Selasa makhluk aneh ini mesti mahu membebel di 100p. Dia juga rajin melepaskan burung-burung biru di Twitter. Klik label shandye untuk membaca semua bebelan makhluk aneh ini di 100p. Terkini, makhluk aneh ini telah menulis DMP: Pengumuman Penting!.
Kthnxbai!

5 comments:

r.k said...

dilancarkan di Amerika SAHAJA ?
kenapa tidak di Amerika dan Malaysia ?

nanti banyak pulak mulut makcik-makcik ni mengumpat yuna oit , paham-paham la , malaysia ... XD

ghua tak dengar lagi ep tu , dah dengar nanti ghua komen lagi .. ahahaha

shandye. said...

lagu 'Fears & Frustrations' dgn 'Coffee' mmg hanya eksklusif utk pasaran US. itulah kelainan yg ada dlm album Decorate pasaran sana.

tp walaupun ia eksklusif utk pasaran sana, kita sebagai peminat Yuna di Malaysia masih boleh dapatkan lagu-lagu tersebut lewat laman sesawang iTunes.

atiey azha said...

suka video klip yuna yang gadis semasa tuh . hehe

nn said...

Yuna memang bagus lah hari tu baca artikel kat kosmo pasal Yuna. dia bijak guna peluang yang ada and berani untuk lebih maju kedepan.

Hari tu pun dia dah berjaya gantikan Datuk Siti dalam ABPBH as Penyanyi Wanita Popular. Tak mustahil dia boleh jadi lebih terkenal daripada tu lagi-lagi dia pun dah ada album kat US.

shandye. said...

yup. setuju! hidup yuna!

=)

lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit.