Wednesday, April 13

Cadangan Masjid Dilengkapi WiFi

.Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. (^^,)

Mungkin ada antara pembaca belum pernah jumpa masjid dengan kemudahan WiFi. setakat ini, hanya masjid di Institut Perguruan Tun Abdul Razak Kota Samarahan yang saya temui mempunyai kemudahan ini. mungkin masjid di IPTA dan IPTS sudah mempunyai kemudahan WiFi secara menyeluruh, namun tidak di semua masjid-masjid umum lain di seluruh Malaysia.

Gambar Masjid Bahagian Kuching di Sarawak. saya tak pasti samada masjid ni ada wifi atau tidak. belum pernah try. hehe..

Kalau tengok masjid-masjid kat Malaysia, jarang sangat jumpa ada ramai jemaah selain hari Jumaat. orang guna alasan bekerja, boleh terima la. tapi waktu malam pun kurang. guna alasan penat kerja siang, boleh terima jugak la. tapi hari cuti pun takde orang. hurmm..

Jarang jumpa orang yang betul-betul cari alasan nak datang ke masjid. yang selalu saya jumpa, orang datang masjid semata-mata nak guna toilet free. [err.. actually, saya pun pernah buat. tapi masa travelling jalan jauh. hehe..]
Di Malaysia, ramai remajanya rela duduk berjam-jam di kafe ber-WiFi semata-mata nak online. sekarang warung mamak pun ber-WiFi. terkejut beruk saya tengok budak-budak bukak facebook kat Mamak Cafe Desa Ilmu. ingatkan guna broadband, sekali terpampang besar "Di Sini Ada WiFi". maju ke hadapan seyh!

Kalau lah masjid kat Malaysia pun ada WiFi, mungkin peratusan ahli jemaah boleh meningkat. alang-alang kat masjid, takkan tak join tok bilal solat sekali kot? lagi meriah ajak geng lain buat discussion. haaa.. tak wujud dah masjid sepi tanpa penghuni. (^^,)
Jadi Lagi best, dah buat WiFi, terus ada kafe masjid. daripada order kopi starbucks tambah kaya orang lain, baik beli kopi kafe masjid. boleh tambah dana masjid. tapi orang jaga kafe masjid tu kena pandai bancuh air la. jangan ambik pekerja cikai.

Blogger yang selalu lepak kedai kopi lepas solat tu, boleh lah bawak laptop sekali. lepas solat, sambil bersembang dapat blogwalking. siap dapat topik hangat untuk dibincangkan lagi. tak perlu risau dah kalau internet kat rumah problem, kat masjid ada WiFi. (^^,)
Walau apa pun.. setiap perkara ada baik dan buruknya. akan tetapi, jika dilaksanakan dengan betul dan berhemah, insyaAllah yang baik tu tak tergugat. tapi kalau dah sah-sah buruk, memang payah la nak ulas.


Nota Kaki :
Masa kat Jeddah dulu, ramai yang solat jemaah kat surau Asrama Tabung Haji (Madinatul Hujjaj). kena buat dua tiga round sebab tak cukup space. yang bestnya surau tu ada WiFi!! nak online kena turun surau. haha..


Mengenai Penulis Entri Ini :
ASaDa RyutaRo juga penulis untuk BLOG BUDAK MALAYSIA. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ASaDa RyutaRo. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Diserang Perompak Bersenjata.

5 comments:

ayiez said...

mungkin ko ni org kampung kot???
kalau kt area masjid putrajaya semua ad wifi maen cakap jew masjid seluruh malaysia xde wifi..!!!

ASaDa RyutaRo said...

@ayiez :
hahaha.. saya memang duduk kat kampung pun. tu yang nak bagi cadangan kat YB sarawak, supaya diorang bagi dana lebih kat masjid2 kampung plak.

pembahagian dana masih tidak sama rata, kat kampung tak plak dia buat. padahal sama je duduk dalam malaysia.

*saya tak maksudkan masjid seluruh malaysia takde wifi, saya maksudkan tidak secara menyeluruh masjid ada wifi.

ASaDa RyutaRo said...

@ayiez :
minta maaf kalau ayat saya tu buat jadi salah faham.

nn said...

hehe baru nak cakap kat masjid jamek KL ada wifi. rasanya if kat tempat-tempat yang tempat amek wudu' or toilet pun tak berapa nak ok baik guna peruntukan betulkan yang itu dulu. wifi ni tahsiniyyat je. bukan daruriyyat or hajiyyat. :)

shandye. said...

rasanya kalau masjid dilengkapi wifi kebaikannya makin ramailah orang akan datang berkunjung sbb convenient. cthnya businessman yg datang nk beribadat masih tetap boleh berhujung dengan klien sbb boleh periksa emel dengan mudah. tp yg negatifnya kalau dh ada wifi tendency utk org leka asyik berFB atau bertwitter tu tinggi la plak sampai dh azan masuk waktu pn sibuk dok poke2 org lg. lps tu... sure tak best pny tgh khusyuk solat tetibe dengar bunyi 'plop2' chat message kat FB org sblh. kan? hehehe...

lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit