Saturday, April 23

Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis!

Setiap Minggu (Sabtu), satu topik akan disiarkan. Ini sebagai satu langkah melatih daya penulisan anda di samping mengatasi masalah kekurangan idea untuk menyiarkan entri di blog anda. Kembangkan topik yang diberi mengikut kreativiti anda. Cabaran ini diinspirasikan dari Cabaran 30 Hari Blogging yang mungkin pernah anda / rakan-rakan blogger anda buat, bezanya cabaran ini berlangsung selama 30 minggu (30 topik berbeza). Cabaran ini tiada tarikh tutup, anda boleh mula pada bila-bila yang anda mahu (atau boleh give-up bila-bila juga.. hehe). Dengan cabaran ini juga diharapkan dapat membantu blog anda mempunyai updates sebanyak 30 entry.

Penyertaan dari editors / bekas editors juga digalakkan.

Untuk menyertai Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis ini, anda perlu ikut syarat mudah di bawah :

1) Tajuk Entri
[Tajuk entri mestilah mengikut topik, diikuti dengan " | Cabaran Minggu x"]
[Contohnya, jika topik minggu pertama yang diberi ialah 'Beruk Kegemaran Saya' maka tajuk entri anda mungkin seperti ini : Beruk Yang Aku Suka | Cabaran Minggu 1 atau Cerita Tentang Beruk | Cabaran Minggu 1  atau Dasar Beruk! | CM1 ]. Tajuk boleh diubahsuai asalkan tidak lari dari maksud sebenar. Ini syarat wajib untuk semua topik. (1 Markah)


2) Kumpulkan entri-entri anda tersebut dalam satu label khas, contohnya Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis atau 100penulis di blog anda. Ini syarat wajib untuk semua topik. (2 Markah)


3) Sertakan kod banner ini dalam entri anda :

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;" target="_blank"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-5GOqN0v2SLE/TcY7awDTnWI/AAAAAAAAASA/FTyqEz8lJcw/s1600/250x100b+C30M.gif" /></a></div>
Langkah ini adalah untuk bertukar backlink antara blog anda dengan blog 100penulis.com. Ini syarat wajib untuk semua topik. (2 markah)


4) Tag dan link-kan 2/lebih blog rakan anda, maklumkan mereka untuk sertai (bukan paksaan - mereka ada pilihan untuk tidak sertai). Cara memaklumkan mereka ialah melalui mesej / notification di shoutbox dan sebagainya. Tujuannya semoga lebih ramai yang akan sertai dan manfaatnya akan dapat dilihat di topik-topik yang akan datang. Tag rakan-rakan yang berlainan untuk setiap topik. Ini syarat wajib untuk topik 1 hingga 5. (2 Markah)


5) Laporkan link entri anda di 100penulis.com untuk dimasukkan dalam senarai mingguan. Pastikan anda meninggalkan link yang betul di bahagian komen topik yang betul. Senarai boleh dilihat di setiap topik yang berkaitan. Link akan disusun di sini mengikut submission terbaru ke lama. Ini syarat wajib untuk semua topik. (1 markah)

6) Olah topik mengikut kreativiti anda. Anda boleh sertakan rujukan, diskusi dan sebagainya. Latih diri anda untuk mengupas tajuk yang diberi. Sertakan gambar hiasan jika perlu. Sebaik-baiknya anda elak dari kegiatan plagiarism, tingkatkan daya penulisan yang original. Panjang entri ikut suka, namun praktiskan menulis dengan mendalam. (2 Markah)

Berikut adalah link topik-topik yang disiarkan. Klik yang berkaitan untuk meninggalkan link entri penyertaan anda.


Selamat menulis! Don't givap!
Update 9/5/11 - Sistem pemarkahan (untuk topik 1 ke 10) :
Tajuk : 1 Markah
Label : 2 Markah
Banner backlink : 2 Markah
Submit Entri : 1 Markah
Effort/Olahah Entri : 2 Markah
Tag Backlink : 2 Markah
TOTAL : 10 MARKAH

20 comments:

SYAF said...

Maaf...sYaf Baru Lagi Dalam Dunia Blogger Nie.. Kalau SYaf TerSalah Pst Entry Tu Maaf YEa.. SiLa beri Tunjuk Ajar...

Afza Afreeda said...

Salam,saya berminat nak join cabaran 3 minggu tu..ini link saya

http://afzaafreeda.blogspot.com/2011/04/cabaran-minggu-1-kalaulah-saya-ada-rm.html

thanks!

100penulis said...

@afza,

tempat submit link kat sini : topik 1

aYiEn said...

saya nak joint...
nampak menarik bag saya yang masih setahun jagung dalam dunia blog ini..
tapiii....
saya x faham syarat no.4 tu...
dan, boleh ajar x mcm mana nk tag nama org tu??
x faham ^__^"

100penulis said...

@ayien,

tengok kat senarai dalam topik 1, leh visit blog diorang dan tengok cara untuk tag.

secara ringkasnya macam ni : letak link 2 blog kawan kat entri, dan maklumkan kat tuan2 punya blog tu untuk baca entri ayien.

zahidah dihaz said...

saya nak join jugak...


http://www.zahidahwahid.com



New Entry: Khamis yang blues

nur aisya humaira said...

rugi plak tk dpt join yg topik minggu 2 tu..sob3

alana zainal (miss teddy) said...

saya nak guna bahasa inggeris dan melayu..boleh tak?

100penulis said...

@aisya humaira,

aik? kenapa tak join? submit je link.. cabaran ni xde tarikh tutup pun

@alana zainal,

blh..

alana zainal (miss teddy) said...

saya masuk ya! saya guna blog ni http://alanazainal.blogspot.com/ :)

cik LaLa said...

salam..
sori nk tanya..
syarat no 2 tu mcm mn nk buat..
xfaham..tq..

100penulis said...

@cik lala,

waktu create post di blog, ada pilihan 'label' di bawah komposer (sebelah Post Options). Namakan label "100penulis" / "Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis"

hana said...

tumpang tnye..
perlu ke buat semua topik..
kalau saye nk wat topik 4 je bole ke???
means saye pilih la topik mane yg saye nak uat...

100penulis said...

@hana

blh tapi mesti ikut syarat #1-6

but by the end of 30th topik, xdapat markah penuh. tapi kalau nk join utk suka2 je apa salahnya

Siti Suriani said...

kalo nak jion.. kene start dari mggu pertama ke coz skg pun dah mggu ke 5 kan.. cane ek?

Siti Suriani said...

bile nk kuarkan tajuk untuk minggu keenam? :p

zahidah dihaz said...

banyaknya ketinggalan....sangat2 sibuk sekarang ni....huuuhuhu


New Entry: Cartoon cupcake: Taiwan Cake House

annur fitrah said...

akak suka menulis....sokong

izfanora said...

cabaran ini masih berlangsung atau tidak?

izfanora said...

bila nak keluar cabaran seterusnya? 9? 10? hingga 30?