Monday, April 4

Blog Ada Macam-Macam - Pelbagaikan Bacaan Kalian


Ini entri kedua untuk Isnin ini. Niat saya membayar hutang minggu lalu waktu saya tidak menulis untuk blog ini. Blog itu bahan bacaan, kalau sekarang bukan lagi bahan bacaan alternatif. Bacaan utama barangkali dalam dunia hari ini tetapi jangan tinggalkan buku.

Buku punya nilai klasik tersendiri.


Berbalik kepada blog, jangan "confine" diri anda apabila membaca blog. Baca pelbagai tema, pelbagai rasa, pelbagai pemikiran, pelbagai perspektif. Itu membuat kita berfikir dan memilih. Blog-blog serius kita baca, blog jenaka kita baca, blog ber"ideologi" tertentu kita baca, blog politik kita baca, blog kesihatan kita baca, blog picisan bacalah juga.

Lalu kita akan belajar betapa banyak perkara yang sebelum ini kita tidak tahu. Saya dulu begitu, membaca blog tertentu sahaja. Sekarang saya mahu buka minda buka hati - baca macam-macam. Baru-baru ini saya ketemu blog-blog yang hebat tulisannya walau kecil bilangan follower nya. Itu blog "power".

Kalau suka politik, baca semuanya cuba kenali semuanya. Kerana pelbagai bendera itu pelbagai fahamnya - ada benar ada salah - pilih elok-elok. Tiada yang sempurna pasti ada cacat celanya. Kita tidak tahu semuanya jadi kena baca dan baca pelbagai sumber supaya nanti kita tidak mudah termakan janji atau terpengaruh oleh pemikiran tertentu sahaja.

100 penulis ini baiknya kerana ramai penulisnya dan pelbagai ragamnya. Saya suka, barangkali kamu suka juga. Kalau kamu tidak menulis pun, bacalah pemikiran kami yang tidak seberapa dan komentar anda barangkali akan membantu kami menambahbaik cara menulis.

Siapalah seorang blogger kalau bukan kerana audiens nya. 


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Menulis Kerana Trafik? Fak!!

5 comments:

Sam Posmen said...

sangat setuju. senang cerita bacalah semua jenis blog. bukan isu blog itu politik, serius, jenaka, personal, gadjet, etc.

yang penting apakah input yang kita dapat. jangan hanya pandang pada satu sudut perspektif saja. baca semuanya dan nilai sendiri yang mana terbaik.

chenta said...

ayat terakhir saya paling suka!fuh~~!

Fyzal said...

@sam posmen
lagi banyak baca lagi banyak kita tahu. macam-macam kita baca, macam-macam kita tahu :)

@chenta
terima kasih. kita menulis mahukan pembaca. pembaca sikit pun tidak mengapa asal ada impaknya.

Aida Ismail said...

semoga terus menjadi blogger yang berdedikasi dan punya matlamat, bukan semata-mata mengejar wang ringgit. hehe. biarlah blogging kerana minat. =)

setuju jugak dengan ayat last =D

Fyzal said...

@aida ismail
terima kasih. masih banyak yang aku perlu belajar untuk jadi blogger berdedikasi dan bermatlamat. masih banyak lagi kena menuntut dan masih banyak entri dan blog yang bagus aku kena baca.

sama-samalah kita berusaha :)