Friday, April 29

anda bukan guru? baca ini


kali ni, aku nak kongsi pengalaman aku berkaitan perbuatan memperlekehkan sesuatu, seseorang dan sebagainya...key word dia, perlekeh...tak kisahlah perlekeh hape pun...

tatau maksud perkataan perlekeh? sekeh tau? huh...yang penting, perlekeh ngan sekeh tu dua entiti yang berbeza...perlekeh ni merujuk kepada perbuatan memperkatakan tentang sesuatu perkara tanpa menggunakan bukti2 yang kukuh lagi sahih...

ari isnin lepas, aku yang masih lagi mengalami kesakitan di bahagian belakang, plus ngan demam, plus ngan muntah darah, terpaksala aku ke klinik, amek ubat pape yang patut, takut sakit getting worse, susah, takde orang nak jaga kita, terpaksala jaga diri sendiri kan....thanks kat kawan aku sebab sudi drivekan aku ke klinik...



dah jumpa doktor bagai, check sana sini, last sekali...doktor nak kasik aku nye mc...aku tak mintak pun, tp ok jugak kalu dia bg, bleh aku rehat, sebab seriously aku rasa tak sihat especially area dada dan perut...

tapi aku tetibe sentap ngan ayat doktor tu, lebih kurang mcm ni la ye, aku pun da ingat2 lupa mcm mana

cikgu kita ni mahu mc la nurse, ala...cikgu la kerja paling senang, perlu mc2 jugak ke, bukan susah kerja cikgu ni, pegi sekolah, masuk kelas, mengajar, habis masa, keluar, sangat senang, sangat simple, buat apa la mc, tugas cikgu bukan berat mana pun, kerja nurse mcm nurse2 saya ni lagi teruk, datang pagi balik malam

aku sebenarnya time tu, terus berubah air muka, nak je aku sound dia time tu,

senang kau cakap? kalu ikut stail kau mcm tu, masuk kelas, habis masa, keluar, memangla senang, orang gile boleh jadi cikgu kalu mcm tu, tp kalau kau sekelas ada dalam 40,50 orang, mcm2 perangai, ajar kat depan, bleh ajar ngan suara bisik2 ke? nak kena pastikan semua 50 orang ni dengar dengan jelas, ajar dorang satu2, pastikan dorang memahami, pastikan keselamatan dan kesejahteraan dalam kelas, takde yang bertumbuk, nak layan karenah sorang2 lagi, yang tanya soalan, yang nak ke tandas, yang nak pinjam pen, yang buat kerja sekolah subjek lain, kau tak fikir semua tu? tu baru satu kelas, belum lagi kerja kerani, nak handle kelab, nak handle sukan, nak handle borang pelajar tu, pelajar ni, kau tak fikir semua tu? nak kena attend meeting, jadik su tu, ajk ni, nak kena jumpa ibu bapa, nak kena kawal disiplin pelajar, nak kena carik students mana yang ponteng, kenalpasti apa masalah students...ah, tak perlu aku nak mention sume kerja cikgu, tak perlu...sebab orang mcm kau ni, tau duduk dalam bilik mcm ni, pesakit datang, kau check degupan jantung, tekanan darah, pastu kau bagi ubat, senang...kalu dia tak sihat lagi, jumpa kau lagi...kau tak fikir sume tu, kau fikir tugas guru, kalu sesi pagi, keje kul 6.30 pagi smpai 12.30 tengah hari, kalu sesi petang, 12.45 tengah hari smpai 6.15 petang...kau ingat sampai situ je ke kerjanya? kami guru, tak pernah sekalipun kami dedahkan kat mana2 pihak betapa luasnya skop kerja kami, sebab kami tahu, takde sape yang akan memahami melainkan guru itu sendiri...kau sedap2 mulut je cakap kami mcm tu...kau tak fikir, sebab kau cakap bukan guna otak...aku simpati ngan siapa guru yang pernah ajar kau sampai ke hari ni, sebab guru tu lupa nak ingatkan kau, betapa hidup orang lain berbeza ngan hidup kita, dan kita tak akan sesekali memahami orang itu selagi kita hanya memerhati dari jauh...

aku bukan nak emo, tapi aku kecik ati ngan ayat doktor tu...aku ingatkan sekali lagi, aku bukan nak merungut tentang kerja yang aku kena buat as a teacher, tp aku harap takde mulut2 jahat yang cakap mcm ni tentang kerjaya kami...even aku sendiri tak pernah cakap kerja pelukis tu mudah, senang...sebab aku tahu, setiap kerjaya ada cabaran yang tersendiri....setiap antara kita perlu saling menyokong dan memahami, bukan memperlekehkan orang lain...

ini bukan sekali dua aku tak puas hati ngan isu kerja sebagai guru, banyak kali dah, kenapa kita mesti memperlakukan golongan guru sebegitu sekali? apa yang telah guru anda lakukan sebenarnya? ada tak guru anda peras ugut anda smpai anda lebam2, patah kaki, tak boleh nak belajar, smpaikan bila anda dah besar, anda tak dapat nak bekerja ngan jayanya?

aku tak nafi, ada kes2 melibatkan guru salah guna kuasa, biasalah tu, guru ni pun manusia biasa, sama tahap je ngan orang lain, jadi, tak ada yang specialnya...tapi berhak kah anda yang bukan guru memberi komen tentang apa yang guru perlu alami? itu soalan aku...

berhak kah anda yang bukan guru untuk memperkatakan sesuatu yang berkaitan bidang perguruan???

notakaki : renung2kanlah...kerja surirumah pun bukan mudah...



Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Selamat berkenalan dan selamat mengomen entry ini.=)

11 comments:

isabelle said...

laa... nape x sound je balik dr sengal tu?

mia Olive said...

kerja cikgu senang?hahaha..cuba try r..apa punya doktor r..tak pikir punya...

mia Olive said...

kerja guru senang? try r dulu ajar bdk skolah..pastu judge sndiri k!..(apa punya doktor r!)

therosputih said...

isabelle
tak larat nak sound dr tu sebab badan lemah2 je ari tu....

therosputih said...

mia olive
tatau lah, penat dah dengar ayat2 mereka yang cakap "keje guru senang"

entahla...hanya jauhari mengenal manikam....

Anitafasha said...

Sy pon baran kalau kat tempat awk dan walaupun sy bukan cikgu. Tapi Insya-Allah saya bakal jadi cikgu nanti. hikhik

therosputih said...

anitafasha
selamat menjadi guru...biasakan diri awal2 ngan situasi mcm ni...percayalah, awak akan mengalaminya juga kalu punya masayarakat sekeliling just like me...

QUE ADAMS said...

bila kita memperlekehkan org laen , kita x sedar pd masa yg same kita memperlekehkan diri kita sendiri , budi bahse kita .. pemikiran kita ..

therosputih said...

QUE ADAMS
kan best kalu ada orang cakap mcm tu kat dia...

Anonymous said...

secara tak labgsung cikgu therosputih pon perlekehkan kerja doktor.. cuba cari root cause kenapa ramai sgt org dengki ngan kerja cikgu sekarang.. sebab cikgu sekarang mata duitan.. terlalu manja.. mindset kerja halfday (sebab tu ramai cikgu merungut kerja byk)..

therosputih said...

anony
maaflah kalau rasa mcm sy dah perlekeh kerja orang lain...

terus terang kita memang tak layak nak cakap pape pasal kerja orang lain sbb kita tatau pape psl mereka...

kerja cikgu? tatau nak komen pape, nak tau, kenalah rasa sendiri...

=) peace...