Wednesday, April 20

Aku Bukan Mat Rempit!!

.
Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Apa plak kisahnya hari ni dengan tajuk mat rempit??? ini kisah benar yang terjadi kepada si penulis suatu ketika dahulu. yang pasti, kisah ini menjadi sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan. geli hati bila diingat kembali. hahaha...


Sadis jer bunyi tajuk. ya! aku bukan mat rempit.. aku hanyalah penunggang motosikal tanpa lesen. hehehe..

bukan aksi aku tapi aksi mat rempit pro!
*jangan tiru aksi ini di mana pun anda berada tanpa pemerhatian ibu bapa*

Aku bukan nak cerita pasal kisah mat rempit, tapi ini kisah aku. kisah berlaku bulan November 2002. tak ingat tarikh, cuma aku ingat itu hari ke 4 puasa! kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi.

Mak ayah takde kat rumah, dengan nekad aku bawa motor honda ayah aku pegi jumpa Anip dan Bull. kitorang plan nak pergi cc.. (zaman budak sekolah menengah, asal cuti je pegi cc) kitorang memang baik, takde buat keje jahat. hahaha..

Nak pegi cc tu kena ikut jalan belakang (jalan kilang) sebab aku takde lesen. tambahan pulak kitorang naik moto bertiga. takde helmet plak tu!

Aku tak bawa laju. takde benda nak cepat-cepat pun. tengah khusyuk bawa moto tu, tiba-tiba kereta kancil putih keluar dari simpang kat depan. POLIS!! hah?! aku dengan gabra terus tarik minyak, pecut beb. aku tengok side mirror, polis tu buat U-turn ikut kitorang.. hah! sudaah.. kantoi ngan polis pulak dah!

Terus je ke depan aku ambik corner baik punya. masih lagi dalam keadaan memecut.. break sikit, pastu masuk lorong kecik nak masuk kampung, hampir-hampir terkucil. sampai kat simpang depan aku jadi blur. nak lurus ke nak belok kanan.. ahh! aku decided belok kanan je! tapi malangnya.. aku buat keputusan lambat sangat. aku ambik corner bukan takat makan jalan.. makan rumput sekali dengan semak terus beb!

Aku bangun, polis dah sampai dekat tempat aku accident. sorang je polis. nama dia suhaili.. aku tak boleh lupa nama ni. dia panggil kitorang bertiga. suruh berbaris depan dia. mintak lesen, aku mana de lesen! hah?! kena pegi balai! dia suruh anip dengan bull masuk kereta, aku lak kena heret motor sampai balai. kunci motor polis ambik. dia ugut, kalau tak datang balai, anip n bull masuk lokap!

Balai Polis dalam 3km dari situ. tapi bagusnya moto honda tu boleh hidup tak perlu guna kunci pun. so aku takyah la heret.. sampai depan balai baru aku pura-pura heret motor. hehehe..

Sampai kat balai, hadoi.. dengar ceramah suhaili panjang lebar. dia ingat kitorang curi motor. kena interview. pastu dia call rumah bagitau yang kitorang ada kat balai. mak ayah aku ngan anip takde kat rumah. ayah bull je yang ada. so tunggu ayah bull datang ambik kitorang. pukul 3 petang ayah bull datang. tapi motor tak boleh keluar dulu, kena ayah aku jugak datang ambik.

Nak tau.. masa tunggu tu, suhaili bawa kitorang melawat balai polis. hahaha.. mula-mula je dia garang. pastu ok. sebab kitorang bukan buat benda jahat pun. aku lak tak kena saman. sebab.. aku kan baik.. hehe..

so moral cerita ni.. ingatlah orang tersayang.. berhati-hatilah di jalan raya.. kehkehkeh

*sampai rumah.. teruk kena marah ngan mak.. tu la.. degil sangat.. org dh cakap jangan bawa motor tu. tak dengar..


Mengenai Penulis Entri Ini :
ASaDa RyutaRo juga penulis untuk BLOG BUDAK MALAYSIA. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ASaDa RyutaRo. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Satay Kajang.

3 comments:

g0m0k9enDek said...

hahaha! yer2 jer aku baca.. ak ingt kenalah apa ke kan?

anyss said...

AsSalamualaikum,
hu hu hu lawatan sambil belajar kat balai polis hu hu hu hu


Terkini di blog saya;

Aku Gila SEO?

shandye. said...

sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman ke balai polis. tak gitu?

lol. =)

lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit.