Wednesday, March 2

Umpan Tekak

Sapa suka makan benda di bawah ini angkat tangan tekan butang like????Hehehehe 

Emmm... or sapa yg tak pernah rasa walau sikit pun?? Musykil. Anyway, kalau sapa2 yang berasal dari Johor atau memang tinggal di Johor mungkin kenal benar dengan kicap kipas udang nie. Memang bak kata pelekat kat botol tu Umpan Tekak. Kalau takde kicap nie nak makan  nasi memang tak sah. Bukan nasi jek... mee rebus Haji Wahid, nasi lemak, telur separuh masak, mee goreng dan makanan seterusnya.

Masa kecik keck dulu kalau nak balik kampung(kitorang tinggal kat JB tapi nak balik Pahang) mak ayah akan siapkan at least 2 botol besar kicap, satu masin dan satu manis tuk kami sekeluarga nak makan nasi kat kampung. Eh keji sungguh. Tapi serius time tu mana ada jual kicap nie kat negeri lain. Kicap tamin adalah.. tapi tak sama... hehehehe Nie kisah 20 tahun dulu ye.... hehehe

Bukan tu saja. Dulu masa mula mula nak datang Ireland(nie sebelas tahun dulu punya citer) pasal tak pernah dok negeri orang putih jadi mak ayah MummyNana pun siapkan lah bekalan apa yang patut untuk ke mari. Selain dari pakaian dan barang2 penting yang lain sudah tentulah makanan. Salah satu nya ialah kicap Kipas Udang. Berbotol botol lah MummyNana sanggup hangkut salin dalam botol mineral water, bungkus elok2 bawak datang sini. Eeeii jakun kan... tapi kalau takde kicap nie tak selera pulak nak makan nanti. Macam kehilangan sesuatu. Dah lah jauh di perantauan. Home Sick lak tu. Waaaaaaaaaaaa

Tapi tdak lagi, sekarang bukan sahaja dah ada dijual di seluruh semenanjung Malaysia, kat Ireland nie pun dah  boleh didapati. Kagum sungguh. Nie syarikat usha gigih orang Melayu. Kagum kan? Dengan hanya kicap jek mesti Keluarga kicap nie dah kaya raya. Barang elok, sedap dan bagus memang tak musthail boleh pergi jauh. 

So apa kata korang semua? Suka makan kicap ke? Atau nak invent benda baru macam kicap nie supaya boleh jadi pengusha berjaya mcam diorang nie??? Tapi kalau tak pun meh lah singgah singgah ke blog nie.
  

Mengenai Penulis Entri Ini :
Mummy Nana juga penulis untuk blog Mummy Nana. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu InsyaAllah. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Mummy Nana. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah How to Make Ice Cream with the KitchenAid Ice Cream Maker.

7 comments:

KeCiK said...

First!

Definitely it is a must for rumah bujang. Dulu memang pakai kipas udang. Tapi sekarang dah pakai Jalen. Lagi ekonomi. Beza singgit lebih.

Kicap FTW.

:)

chenta said...

kicap??teringin nak pergi kilang buat kicap kipas udang ni sebab member2 yang pergi inspection kilang kicap jenama lain, balik terus tak lalu makan kicap..heheh

nn said...

kicap ni memang best kot. dah try macam-macam tapi suka yang kipas udang. kalau tak pun, kicap lemak jalen tu. hehe.

nn said...

kicap ni memang best kot. dah try macam-macam tapi suka yang kipas udang. kalau tak pun, kicap lemak jalen tu. hehe.

anyss said...

AsSalamualaikum,
Saya penah bawak kicap kipas udang ke Beijing hu hu hu pi seminggu habis 1 botol...siap ramai ikut belakang nak join sama

Di german, Paris ada tak benda ni? ujung bulan ni nak pi sana


“Ngendap SI Ensem Walkwagon Merah”

“Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”

Fina Sophie said...

tak pernah kot jumpa dekat sbh.. kitorang guna kicap lain. buatan sabah. theehehe

Mummy Nana said...

Kecik: Heheheh rumah tak bujang pun sangat wajib..... emmmm Jalen? Xpernah rasa tu... balik mesia kena cari and try...

Chenta: Tulah dgr jugak.. kebanyakkan kilang kicap nie org kata ewwwwww.. tapi bagus jugak idea tu... mari kita beramai ramai gi kilang kicap kipas udang......

NN: Kipas Udang Terbaek... tulah xpernah rasa yg Jalen tu...

Anyss: Tulah wajib dibawa kemana mana... Mmmm.. xthu pulak kat german and paris ada ke tak.... nantilah akak try tanya sesapa yg tahu...

Fina: Ye ke xsampai Sabah??? Musykil.... Org Sabah xsuka Kicap Kipas udang kot.... hehehe