Wednesday, March 9

tergoda kerana digoda


salam semua. ini merupakan julung kalinya aku mula menaip secara pantas di sini. dua minggu sudah terlepas. jadi, peluang minggu ini tidak akan dilepaskan lagi! yeahh... oh, tiba-tiba pula bersemangat!

"kerjakanlah apa yang patut kau siapkan hari ni. mengapa perlu tunggu esok?"
mengapa ya? selalunya kebanyakan dari kita ini gemar menangguhkan kerja? termasuklah individu yang sedang menaip ini. adakalanya, sikap untuk melaksanakan tugas dengan segera ini boleh mendatangkan rasa rimas dan tidak selesa. lebih-lebih lagi sekiranya tindakan itu seolah-olah membebankan orang lain. tapi, jika dilihat dari sudut positif, individu yang sering menyiapkan tugas dengan cepat dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna. disebabkan telah menyiapkan tugas dengan cepat, hasil kerja mereka akan menjadi lebih sempurna biarpun sebelum itu banyak masalah yang perlu diperbaiki.


sangat beruntung bagi mereka yang mempunyai disiplin yang sangat kuat seperti ini. ini menunjukkan mereka memiliki daya untuk menahan diri daripada segala macam godaan atau pemikiran jahat untuk melewat-lewatkan kerja atau tugasan mereka.

paling biasa berlaku,  kalau hari ini sudah boleh menyiapkan xsignment yang diberikan oleh lecture, mungkin kebanyakan akal jahat dalam diri kita akan menerjah keluar.. paling koman pun, hati akan berbisik... "sikit je lagi nih.. besok pagi-pagi mesti siap" oh, akal jahat... mengapakah engkau selalu keluar?

kamu! kamu yang sangat berdisiplin itu, saya mau beri tabik hormat kerana berjaya menangkis segala macam godaan itu..

sekian, terima kasih

tinta jemari :)) semoga aku tidak buat kerja bertangguh lagi!





Mengenai Penulis Entri Ini :
gomok9endek juga penulis untuk blog GP. Anda boleh mengikuti beliau di
sini pada setiap Rabu dan di gomok9endek. Untuk membaca semua hasil
penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label gomok9endek.
Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah stamina tiada, minat bertebaran di angkasa, macam nih kau nak main hoki???.

1 comment:

risa said...

hehehe..keja kalo bertangguh memang takkan siap2 le kann..kalo saye yg dok opis ni jawabnye tinggi menggunung le:)