Wednesday, March 9

Tema Jamuan Makan Malam: Malam Gema Rimba

Kadang-kadang rasa bosan dengan tema jamuan makan malam - Arabian Night, Black Rose, Black Pearl, Retro, Masquerade… Acap tahun tema yang sama digunapakai. Penganjur makan malam umpama mengamalkan prinsip 'reuse and recycle' dalam memilih tema.

Jangan salah faham. Bukan tak bersyukur dengan jamuan yang diadakan. Cuma saja nak melontarkan idea. Mana tahu ada insan-insan yang bakal jadi Ahli Jawatankuasa Jamuan Makan Malam membaca penulisan ini. Boleh lah mempertimbangkan cadangan saya.

Tajuk Tema: Malam Gema Rimba, Suara Rimba, Animal Instinct, Where the Wild Things Are… (Ikut kreativiti sendiri)

 
[Google]


Cadangan Kod Pakaian: Pakaian dengan corak/paten kulit binatang atau gambar binatang contohnya burung, harimau, ular, beruang kutub, burung unta, merak dll. Ataupun lebih mudah lagi, padankan apa-apa pakaian dengan aksesori berupa binatang contohnya rantai dengan loket kepala gajah/burung hantu. Kalau berani dan inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain, mungkin boleh mengenakan kostum binatang liar.
[Tapi seeloknya, janganlah pakai barang-barang yang diperbuat daripada kulit haiwan sebenar. Sayangi haiwan! :)]

  
[Google]


Cadangan Perhiasan Dewan: Lebih kurang sama dengan tema pakaian. Kalau dewan gelap, mungkin boleh buat replika mata kucing yang 'glow-in-the-dark' ala-Night Safari.

[Google]

Cadangan Persembahan: Nyanyian/tarian/teater bertemakan alam contohnya alunan lagu Hijau (Zainal Abidin). Sambil-sambil tu boleh berkempen kepada semua untuk memelihara haiwan lebih-lebih lagi sekarang dah banyak keluar cerita tentang penderaan haiwan.


Inilah lebih kurang ide untuk tema majlis makan malam. Apa pendapat anda? Agak-agak berminat tak nak menghadirkan diri ke majlis makan malam bertemakan Malam Gema Rimba?

Mengenai Penulis Entri Ini :
nn juga pemilik blog nn meows!, nn spends! dan nn sells!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nn. Entri terbaru di blog beliau ketika ini ialah The Apartment

6 comments:

chenta said...

tetiba rasa weird plak tengok..ngee

nn said...

haha. weird. tapi lain dari lain lah kan. bosan dengan tema lebih kurang sama setiap tahun. tak ada variasi.

g0m0k9enDek said...

macam... lain macam lah plak... haaa..

nn said...

ala. yang biasa bosanlah. tak rasa bosan ke? balik-balik hitam merah, hitam putih, hitam purple, retro, arab. :P

Hotnida Muslim said...

Mcm mana nk dpt bj ala2 safari tu ye

Hotnida Muslim said...

Mcm mana nk dpt bj ala2 safari tu ye