Thursday, March 17

SuperMoon Punca Bencana di Jepun dan NZ?


Salam kasih. Hari ni saya nak jadi pengacara sebuah rancangan astronomi. Sila layan.

Baru2 ni, kita digemparkan dengan tragedi yang amat dasyat di Jepun. Gempa bumi 8.9 skala ritcher dan tsunami setinggi 10 meter itu dikatakan tragedi terburuk pernah berlaku dalam tempoh 140 tahun.

Bukan ini yang saya nak tekankan. Ini sudah kira basi. Kalau kamu ketinggalan (tak sampai hati nak label sebagai katak bawah tempurung besi) bolehlah ke blog2 lain. Majoriti bercerita tentang tsunami di Jepun. Blog saya saja tidak bercerita mengenainya...

Tapi! Jangan lupa datang sini balik ok!

Baiklah buat kamu yang sentiasa up to date hal2 semasa. Sila tepuk tangan buat diri sendiri. (Clap! clap! clap!)

Tahukah anda apa itu Supermoon? (sapa tak tau, kita sama spesies)

SuperMoon adalah nama saintifik bagi sebuah tragedi fenomena alam di mana kedudukan orbit bulan pada malam itu akan selari dengan kedudukan orbit di bumi. Maka, terjadilah sebuah bulan purnama yang kelihatan sangat besar dari bumi...

Eh kejap! Ada soalan la! Boleh ke kita nampak dengan mata kasar?

Bagus soalan tu! Untuk soalan ini, kamu tunggu saja 19 Mac 2011 ini. Countdown sekarang!

Eh? Mengapakah 19 Mac 2011?

Mengikut ahli geologi dan ahli falak, pada tarikh inilah akan berlaku fenomena SuperMoon ini. Lepas ni, akan kerap juga berlaku fenomena seperti ini. Paling cepat pun bertarikh 14 November 2016.

Sudah habis soalan kamu?

(Si pentanya soalan mengangguk perlahan sambil buat muka blur)

Menurut seorang ahli astrologi terkenal (astrologi itu bomoh ya) Richard Nolle yang pernah meramal mengenai keruntuhan PWTC pada 1993 dahulu mengatakan bahawa fenomena ini bukan sekadar fenomena semata-mata. Tetapi membawa beberapa bencana alam yang mengerikan sebelum, semasa, dan selepas fenomena ini berlaku.

Untuk membuktikan lagi hujah beliau, beliau telah memberi suatu pandangan berbentuk saintifik dengan mengatakan cahaya bulan purnama dapat membuatkan air pasang menjadi lebih tinggi berbanding ketika bulan separa atau bulan sabit. Ini kerana daya graviti bulan bersekedudukan yang sama dengan daya graviti bumi, manakala matahari pula di seberangnya.

Diterjemahkan lagi, supermoon dapat mengaktifkan perut bumi. Magma di dalam perut bumi akan mendesak untuk keluar, lalu terjadilah letusan gunung berapi dan gempa bumi yang kuat.

Saat ini, masing2 terlayar di minda kita, bencana gempa bumi di New Zealand, dan menyusul pula bencana gempa bumi serta tsunami yang serba dasyat di Jepun. Adakah ini tanda2 nya? Kata Richard Nolle, yes! SuperMoon adalah penyebab utama!

Baiklah. Ini kajian seorang ahli astrologi ternama yang cuba menterjemahkan kata-katanya dalam bentuk saintifik supaya nampak sedikit logiknya. Boleh pakaikah?

Apa kata kita menemuramah pula seorang ahli astronomi wanita, Deborah Byrd.

Saya : Benarkah 19 Mac ini akan berlaku fenomena SuperMoon yang sedang hot diperkatakan itu?

Byrd : Ya. Memang betul. Dan tarikh 14 November 2016 itu pun betul juga di mana fenomena ini akan berlaku sekali lagi. Tetapi, Supermoon pada 19 Mac ini adalah yang paling hampir dengan bumi dalam sejarah.

Saya : Kenapa namanya Super? Adakah nama ini mengiyakan tanggapan orang sekarang bahawa akan berlaku sebuah tragedi pada 19 Mac nanti?

Byrd : Oh tidak! Jangan fikir begitu. Dipanggil Supermoon hanya kerana jaraknya yang akan berada dekat dengan bumi. Kalau panggil Sailormoon nanti jadi lain pula. (sambil ketawa tutup mulut).

Saya : Bagaimana pula dengan dakwaan mengatakan SuperMoon memang ada kena mengena dengan air pasang pagi surut pukul 5.. nyonya bangun pagi.....

Byrd : Ok cukup. Memang tidak dinafikan perkara itu. Saat SuperMoon itu berlaku, bulan, bumi, dan matahari berada di dalam satu garis lurus yang sama. Jadi, itu adalah punca kenapa air pasang menjadi lebih tinggi dari kebiasaannya. Boleh saksikan gambar di bawah.


Saya : Oo.. (mengangguk perlahan dengan mata tak berkelip seperti orang bodoh).. Err. Maknanya, betul lah akan ada bencana yang berlaku seperti gempa bumi sekitar 19 Mac nanti? (bertanya dengan wajah yang cukup pucat)

Byrd : Tidak. Selama 40 tahun saya bercinta dengan bidang ini, belum pernah satu fakta pun saya jumpa mengenai ini. Kalau berlaku pun, ianya hanya kebetulan saja.

Saya : Alhamdulillah (sambil mengurut dada dan menarik nafas lega). Jadi, terbuktilah bahawa gempa bumi dan tsunami di Jepun dan New Zealand itu bukan disebabkan oleh Supermoon ini kan?

Byrd : Yes of course! Chill dear! Jangan terlalu percaya dengan spekulasi mengarut dari insan yang tidak berapa pakar dalam bidang astronomi ini ok.

Begitulah edisi temuramah bersama ahli astronomi terkenal, Deborah Byrd. Puas hati? Masih belum? Baiklah. Itu menurut ahli astronomi. Apa kata kita mengikuti kata-kata ringkas dari seorang ahli geologi, John Bellini.

"Menyalahkan SuperMoon sebagai penyebab gempa bumi, seakan cuba mengharap sesuatu yang takkan terjadi. Analoginya, seperti sebuah rumah yang terbakar, dan seseorang telah dituduh sebagai pembakar rumah tiu. Sedangkan pembakar sebenar sudah melarikan diri."

Sudah terang lagi bersuluh, SuperMoon memang sah tiada kena mengena dengan bencana yang berlaku di Jepun dan New Zealand.

*Terima kasih buat KR kerana mengilhamkan saya untuk menghasilkan entry begini. Macam buat assignment rasanya. Hahaha. Dan jawapan dari KR juga..

Credit to SINI dan SINI.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah SuperMoon Punca Bencana di Jepun dan NZ?.

3 comments:

nn said...

a very informative post. with a fun-filled twist. hehe.

BTW, perkataan supermoon tu memang mengingatkan kepada sailormoon.

Led said...

nk tgk sailormoon la kat youtube pas ni...

Led said...

ni effect kat ganu gak ke?