Thursday, March 3

Sharing is caring - Tips pengurusan wang

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk menulis di sini pada minggu ini. Apa khabar kawan-kawan hari ini? Sejak mula bekerja ini rasanya agak sibuk. Balik kerja pun sudah penat dan tidak larat hendak online. Tapi insya Allah, saya akan tetap menggunakan peluang yang saya ada untuk menulis di sini. Minggu lepas saya baru menerima gaji saya yang pertama setelah sebulan saya bekerja. Jadi kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips pengurusan wang.

1. Catat semua perbelanjaan - Sejak dari dahulu lagi saya selalu mencatat setiap perbelanjaan saya. Daripada catatan tersebut, saya akan tahu corak dan amalan perbelanjaan saya sama ada saya seorang yang boros atau pun tidak. Ada kalanya saya boros dan ada kalanya tidak.

2. Nilai setiap perbelanjaan - Setiap kali saya ingin membeli sesuatu, biasanya saya akan menilai sama ada barang tersebut penting atau pun tidak. Contohnya semalam, saya membeli dua pasang kemeja. Ianya adalah keperluan untuk saya pergi bekerja. Sekarang ini saya masih mengidamkan sebuah beg tangan yang baru, tetapi disebabkan itu hanyalah kehendak maka hasrat itu hanya disimpan.

3. Buat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan - Banding harga adalah perkara yang selalu saya buat terutamanya untuk barangan kecantikan. Bagi saya barang itu saya akan perlu beli setiap kali ia habis. Jadi saya perlu mencari kedai yang menawarkan harga yang murah. Kenapa mesti membeli barang yang mahal padahal boleh mendapat barang yang sama dengan harga yang lebih murah?

4. Jejaki ke mana perginya wang - Dengan membuat catatan (1), saya akan tahu ke mana wang saya dibelanjakan. Sebab kadang kala kita merasa kita kurang berbelanja tetapi duit dalam simpanan pula sudah berkurangan. Rupa-rupanya duit itu habis dengan makanan. Itulah pentingnya kita menjejaki ke mana perginya wang kita.

5. Bahagikan wang mengikut keperluan - Ini adalah petua daripada Puan Hajah. Katanya supaya kita mempunyai duit yang cukup untuk perkara yang penting. Asingkan duit mengikut keperluan ke dalam sampul yang berbeza. Insya allah, cara ini akan berkesan.

Contohnya: 
RM200 untuk minyak
RM200 untuk makan
RM50 untuk broadband
RM50 untuk parking
RM200 untuk PTPTN
Selebihnya untuk lain-lain

Broadband, parking dan PTPTN memang akan dibayar setiap bulan. Tetapi minyak dan makan dikira setiap minggu. Jadi duit untuk minyak dan makan akan diasingkan ke dalam sampulnya sendiri. Sekiranya hendak membeli minyak, hanya gunakan duit yang telah diperuntukkan untuk minyak SAHAJA. Begitu juga untuk makan. Sekiranya ada lebihan duit dari minyak dan makan bolehlah dibuat simpanan.

Saya mengubah sedikit kaedah yang dikongsikan oleh Puan Hajah dengan mengasingkan duit untuk simpanan. Duit lebih untuk makan barulah akan digunakan untuk bershopping ataupun disimpan untuk keperluan yang pada masa lain.

Rasanya cukuplah setakat ini petua untuk dikongsikan pada hari ini. Semoga ini membantu kawan-kawan dalam pengurusan kewangan dengan cara yang lebih berhemah.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Termakan ulat? Yurk!

7 comments:

Cik Aien said...

good2!
pandai manage duit belanja..
sediakan 1 buku, untuk pengurusan wang tiap bulan.. hehe

chenta said...

bagusnye kalau sy boleh buat macam ni...heheh

Fyzal said...

mengurus wang memang bukan sesuatu yang mudah. ia perlukan kesungguhan dan konsistensi.

nn said...

number 1-3 dah buat. 4-5 belum lagi. haih. tapi still tak dapat nak betul-betul manage duit.

anyss said...

AsSalamualaikum,
Baguslah amalkan begitu tiap bulan. nanti boleh setkan target nak beli apa, macam kereta ka, rumah ka,...kumpul duit sikit2. Dah cukup untuk dwpayment, boleh beli. Plan masa muda ...untuk kemudahan haru tua (kalau sempat tua)


“Ngendap SI Ensem Walkwagon Merah”

“Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”

syaftome said...

eh...samelah kite...
memang slalu buat perkara2 tue sumer...
tp kalau catat kat dlm PC agak susah ckit...
selalu terlupa...
so, penyelesaianya..
pakai hp yg ada aplikasi utk rekod perbelanjaan...
so, takkan terlupa lah...hehe... :)

ps: simpan 10% daripada jumlah gaji, ikut praktis kata-kata org bisnes...

Fina Sophie said...

mesti start secara serius utk masa dpn. taking notes!