Wednesday, March 16

Sedarlah..Adakah Kita Benar Sayangkan Ibubapa kita??


Salam...
        Setelah mencuri sedikit masa dari masa "kesibukan" yang  datang ni..akhirnya siap jugak entri ni..4 hari menaip..aduh! Faham - faham sajalah bila dah di pertengahan sem ni, asssingment "tersayang" mulalah mengejar ajak dating kan :-D.  Untuk pengetahuan semua, SkY adalah "orang baru" didalam keluarga 100 penulis dan diharap moga penulisan SkY disini dapat diterima dengan baik dan jika ada salah silap silalah menegur ye..:-D...Salam Kenal dari SkY buat pembaca banglo 100 penulis ni..hehe.

         Apa pun..Sebelum SkY membebel lebih panjang..SkY nak jelaskan tentang tajuk entri ini. Mungkin ada yang tidak berapa suka, tapi ini adalah kenyataan...malah SkY sendiri tersentak dan tertanya sendiri SEJAUH MANAKAH KASIH SAYANG KITA TERHADAP MEREKA YANG MELAHIRKAN DAN MENJAGA KITA??? Idea yang terhasil dari perbincangan agama di dalam kelas ini (terima kasih kepada ustaz yang mengajar dan mengeluarkan beberapa persoalan dari kepala SkY). Rasanya tidak perlu SkY keluarkan segala macam dalil hadis dan AL-Quran kerana sememangnya, semua tahu (tapi ada juga yang tidak ambil peduli!) dengan perkara ini.

       
       SkY tersentak dengan kata - kata ini.."Jalan ke syurga yang paling mudah di dunia tapi paling susah nak dapat adalah keredhaan ibu bapa!" Mudah kerana? Ya! sudah tentu mudah kerana siapa yang tidak sayangkan ibu bapa bukan? (dan ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak kan (yang hilang akal membuang anak dan membunuh anak sendiri tuh tidak tergolong dalam MANUSIA rasanya) susah kerana? hanya SEDIKIT kesilapan yang kadang - kadang kita tak sedar, boleh mendatangkan KEMURKAAN ALLAH kerana membuatkan hati ibu bapa tersentuh! Fikirkanlah, jika tersentuh pun sudah mampu mengundang kunci neraka.....apatah lagi jika mereka menangis?? marah dengan perbuatan kita?? Sikap tanpa sedar inilah yang agak bahaya..kerana fitrah manusia  memang menyayangi ibu bapa, tetapi kerana HATI, itu boleh berubah..

       Ingin dijelaskan disini, mungkin ada perbuatan kita yang mereka tidak ketahui, kerana tidak nampak dek mata tua mereka...tapi ALLAH MAHA mengetahui. Contohnya bayangkan kita baru sahaja planning nak buat special event dengan rakan, atau dengan orang tersayang hujung minggu ni, tiba - tiba telefon berdering. "Salam man...Mak ni..hujung minggu ni, mak datang rumah man ye..lama tak jenguk anak mak ni" Apakah yang berdetik di hati kita? sejujurnya....mungkin kita akan mengeluh..alah..time nak cuti ni la, mak datang atau mungkin jawapan lebih berhemah dikeluarkan.." Maaf Mak..Man ada kerja hujung minggu ni, nanti man balik jenguk mak ye" Bagus! kerana mungkin dapat meredakan hati tua mereka..tapi berbohong pulak?

        Tatkala enak sedang berehat..kita mendengar suara memangil, dalam hati kecil, "ni mesti nak suruh buat kerja la ni" ya! memang kita tidak bersuara..tapi hati kita menyuarakannnya! Apa yang SkY nak sampaikan adalah hati kita juga perlu dijaga..kerana kelak lama kelamaan, ianya akan merebak melalui perbuatan dan perkataan! Kita lahir didunia, segala najis dan makan minum kita djaga rapi, nyamuk gigit?? nyamuk yang dimarahnya!..tapi pabila besar...mendengar suara bapa atau "potpet" emak, kita sudah merungut??? berapa ramai lelaki yang sanggup memeluk dan mencium pipi ibunya di khalayak ramai? takut hilang macho katanya..Jika ada, ANDA MEMANG TERBAIK!  berapa ramai pula perempuan yang lebih suka membawa ibunya keluar bershopping dari keluar dengan rakan - rakan? Jika ada, ANDA MEMANG TERBAIK!

      Kita perlu ingat yang setiap dosa dan perlakuan kita ini, kelak ibu bapa juga yang akan menerima bahagiannya di akhirat. Ya memang apabila baligh...setiap orang dipertanggungjawabkan dengan amalan masing - masing, tapi bahagian ibu bapa tetap ada! Kita seronok mengumpul dosa, tapi ibu bapa menangis diazab kerana kita! ISTILAH KUBUR MASING-MASING semakin popular..sebab itu kita tidak sedar akan hal ini!..Kerana itu didalam alquran..telah diajar adab doa iaitu, dengan mendoakan sekali "AHLI KELUARGA KITA" di dalam setiap doa. Ahli keluarga? yang ada istilah IBU, AYAH dan adik beradik lah dengan kita. Hubungan ini, tidak akan putus sehingga akhirat, walaupun diputuskan dengan kita, tapi dipandangan ALLAH hubungan ini tetap wujud! dan nasab keturunan inilah yang perlu dijaga kita! Jaga macam mana? banyak cara boleh dilakukan, mencegah dan menasihati adik beradik dari melakukan dosa juga adalah salah satu cara memelihara keturunan! kerana apa? kerana IBU BAPA SENDIRI juga yang mendapat labanya. Mencela adik sendiri? umpama meludah ke muka sendiri lah..(seperti satu kes yang berlaku sekarang..siapa tidak tahu kes popular ini?saman 100 juta? wow!)


      Jadi jika ibu bapa, terseksa disana kerana kita, adakah kita layak lagi dipanggil anak yang soleh dan solehah? Sekadar memberi duit, mengucapkan sayang dan mengerjakan suruhan mereka mereka tanpa ikhlas tidak layak lagi digelar anak soleh. Memang tabiat semulajadi manusia untuk menyayangi zuriat mereka. Sebab itu IBU BAPA tidak akan mudah luntur kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Mereka akan mengorbankan apa saja yang termampu demi anak-anak. Akan tetapi di sebelah pihak anak-anak pula, mereka cepat lupa akan kasih sayang dan pengorbanan kedua IBU BAPA. Mungkin inilah di antara hikmatnya Allah Taala memperuntukkan di dalam Al-Qur’an secara tegas akan kewajipan berbuat baik kepada IBU BAPA supaya anak tidak mudah mengabaikan kewajipannya kepada kedua IBU BAPA. Sebaliknya di pihak IBU BAPA pula tidak lagi perlu diperingatkan untuk sentiasa menyayangi anak-anak mereka, kerana sifat semulajadi sudah cukup untuk mendorong mereka berbuat demikian.Sebagai renungan kita perhatikan sebuah hadits Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang maksudnya: 

“Berbuat baiklah kepada BAPA-BAPA kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu” (Hadits riwayat Ath-Thabarani dengan sanad yang baik)
.

    Susah bukan mencapai salah satu jalan syurga ini? Ya..sesuatu yang susah, jika kita berjaya...kemanisannya tidak dapat dibandingkan. Penulisan ini adalah teguran untuk diri sendiri dan juga para pembaca semua yang kadang kala terlupa  hal yang dianggap kecil ini..Ingatlah KEREDHAAN ALLAH terletak pada KEREDHAAN IBU BAPA..walaupun di mulut mereka memaafkan, di hati ibu bapa? itulah yang kita kena padamkan dari hati mereka..biar semuanya baik sahaja...Rajin - rajinlah tangan menaip sms, menaip nombor telefon mereka (biar cemburukekasih kita!)..sehari 5 kali pun tidak mengapa..anak mak? ah!..biarkan..dah memang betul kita memang anak seorang ibu bukan? =_=..Oklah, sampai disini saja, jika dipanjangkan umur SkY akan menulis lagi. Maaf jika ada kesilapan bahasa..salam sayang dari tuan pondok...


Alif diatas kata "A"-yah, yakni BAPA
Alif dibawah kata "I"-BU
Alih keatas terlihat LANGIT
Alih kebawah terlihat BUMI

BAPA kandung ROH kita
IBU kandung NYAWA kita
LANGIT kandung ROH & NYAWA sejak azali
BUMI pula akan kandung JASAD setelah mati

bila telah bersatu BAPA & IBU
BAPA memberi IBU menerima rahsia ilahi
sebagaimana LANGIT memberi BUMI menerima air hujan
tumbuhlah JASAD bersatulah ROH & NYAWA dalam kandungan IBU

tanpa BAPA tanpa IBU tiadalah kita (anak)
tanpa LANGIT tanpa BUMI tiadalah juga kita (makluk)
BAPA itu umpama LANGIT, IBU pula umpama BUMI
BAPA & IBU cuma satu, begitulah LANGIT & BUMI asalnya satu !!!

jadi SIAPA BAPAMU SIAPA IBUMU?

Great minds discus idea 
Middle minds discuss events 
AND SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Mr.TN_SkY juga penulis untuk blog Story PondOk KeciL. Anda boleh mengikuti beliau  disini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog  100penulis.com, anda boleh klik label TNSkY. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Sedih? Marah?Geram?Fobia?MAna Satu ni!.http://guessthisisacityofthesky.blogspot.com/

No comments: