Thursday, March 17

Review: Aktiviti minggu lepas

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.

Apa khbar kawan-kawan?Semoga sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh-Nya. Minggu lepas saya tak sempat menulis entry di sini. Kesibukan yang berpanjangan. Walaupun sibuk saya sebenarnya memang akan cuba juga untuk mencari peluang menulis di sini pada setiap minggu. Tapi minggu lepas entah macam mana saya terlupa. Jom tengok aktiviti saya minggu lepas.

Hari Isnin, Selasa dan Rabu bekerja seperti biasa. Tapi pada hari Khamis saya menghadiri seminar AutoCAD di Pullman Hotel. Balik dari seminar sambung buat kerja sampai over time malam tu. Balik kerja sudah lewat jadi kepenatan.

Sampai sahaja di rumah, selepas mandi dan makan terus masuk tidur. Penat kepala memikir design. Bila kepala penat badan pun memang penat. Jadi terlepas untuk menulis entry pada hari tesebut.

Hari Sabtu pula saya kena bekerja lagi. Malamnya ada gathering dengan Sarawak Blogger sempena 1st Anniversary. Sangat seronok. Daripada gathering seperti itu dapat menambah senarai kenalan baru. Saya berharap semoga suatu hari nanti dapat bertemu lagi dengan rakan-rakan blogger yang lain.




Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Cepatnya masa berlalu

No comments: