Friday, March 11

Replace "OK" with "Insha Allah"


Assalamualaikum semua.Alhamdulilah, dapat juga saya menulis di sini, setelah beberapa minggu melaui minggu-minggu yang agak kritikal dalam menggalas amanahNya.

Apa kata, kita mulakan satu habit baru, daripada kita berkata "OK", kita gantikannya dengan "Insha Allah.".Tetapi harus diingat, lafazkan perkataan Insha Allah dengan sepenuh hati, bukan sekadar janji-janji kosong tau.


Baru-baru ini, saya meletakkan status ini di FB.Antara-antara isu-isu yang timbul adalah "How To Tell Non -Muslim Insha Allah?"

Hmm...Jawapan saya?Kita harus tunjukkan nilai sebagai seorang Muslim yang berkualiti.Dan kita ini hanya insan biasa tak punya kuasa melakukan apa-apa melainkan dengan izin Allah.Ramai yang sering salah sangka dan menganggap "Insha Allah" itu sebagai bukan janji.Sedangkan perkataan itu jika dilafazkan secara ikhlas dan 100% sebagai seorang Muslim, ia membawa makna yang sangat besar iaitu, kita tidak punya apa-apa, melainkan dengan ikhtiar, doa dan tawakal!

Ada juga kata-kata yang menarik perhatian saya, iaitu "kita memang tidak boleh lari daripada takdir dan ketetapaNnya, tetapi kita boleh berusaha mengubahnya dengan meninggalkan jalan yang salah dan pilih jalan yang benar dan jangan jadikan takdir itu sebagai alasan atas segala ujian yang datang kalau tiada istilah BERUSAHA dalam diri"

Renung-renungkan yek..


Mengenai Penulis Entri Ini :

Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat . Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Satu Panggilan Perangkap Kad ATM

2 comments:

anyss said...

AsSalamualaikum,
Setuju!
Ramai malu nak cakap InsyaAllah...terutama depan non muslim. Padahal, itu antara cara berdakwah.
Tapi, kalau memang dah niat nak mungkir janji, nak menipu, nak buat jahat..tak payahlah guna nama Allah ----> cukup anti dengan orang yang selalu gunakan islam dan nama Allah untuk manipulasi orang lain


“Cara Orang Bujang Ngelat Cukai”

koshary said...

insyaAllah, akan sentiasa ingat. =)

satu lagi yang kita kena cuba biasakan adalah, bila jawab telefon, kita gantikan "hello, aloo, elloh, yo" dengan assalamualaikum, dengan nada ceria.

confirm yang menelefon tu ceria, walaupun hanya operator dominos sekalipun :D