Wednesday, March 30

Gangguan seksual di dalam komuter: adakah Ladies Coach satu jalan penyelesaian?


Sebagai seorang yang tak memiliki kenderaan sendiri dan tak berani nak drive walaupun dah ada lesen tanpa P, public transport sentiasa menjadi pilihan utama. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi mengalami apa-apa situasi yang tak berapa best semasa menggunakan perkhidmatan awam ni. Tapi lain pula ceritanya untuk seorang kawan lama, Z.

Ada one time tu, tempat duduk penuh tetapi banyak ruang kosong untuk berdiri. Entah kenapa, lelaki yang satu ini memilih berdiri dekat dengan Z. Rupa-rupanya lelaki tersebut sengaja menggesel-geselkan anunya pada bahu Z. (euwwwwwwwwwwww!) Selepas dua tiga stesen, train beransur lengang. Z beralih tempat duduk tapi lelaki yang satu ini tak penat, sanggup beralih tempat berdekatan dengan Z. Bila Z dah turun train, lelaki tersebut keluar dari train untuk tukar gerabak lain sebab gerabak yang Z duduk tu dah tak ada perempuan. Creepy!

Apa perasaan korang kalau berada di tempat Z?




Mungkin disebabkan pengalaman macam ni, Z agak fobia untuk menggunakan public transport. Ada yang cakap bila dah wujud Ladies Coach boleh lah elak daripada gangguan seksual. Masalahnya, ada juga lelaki-lelaki yang naik Ladies Coach. Tak semua train/stesen menyediakan pengawal/polis (or whatever you want to call them) untuk make sure hanya perempuan yang naik Ladies Coach.


Korang pernah tak tengok video Stop Motion Project Video#2: Segregate the Zombies!? Kalau tak pernah silalah tonton. Baru-baru ni video Stop Motion Project ditayangkan dekat The Actors Studio dalam satu event organized by We Are Malaysian Made. I went to the event and sempatlah juga dengar penjelasan pasal video ni. Basically, apa yang video ni cuba sampaikan adalah, memang lah pegguna Ladies Coach rasa lebih selamat dan terhindar daripada gangguan seksual, TAPI, maybe pemisahan antara lelaki dan perempuan dalam train dan seterusnya dalam bas (RapidKL Ladies Bus service) akan menyebabkan perempuan tak tahu nak interract dengan lelaki and seterusnya makin bertambah lah kes gangguan seksual. (read – KTM Pink Coach: Yay or Nay)

Tak tau sejauhmana kebenaran andaian tersebut tapi, benda tu tak mustahil. Macam dalam video kat atas ni, memang lah dalam Ladies Coach tu tak ada lelaki-lelaki pervert yang horny dan psycho. Bila keluar daripada train, lelaki-lelaki macam tu still wujud dan still menganggu.

Apa pulak pendapat korang pasal Ladies Coach? Untuk readers yang perempuan, korang sekarang ni memang naik Ladies Coach je ke? Personally, hanya akan naik Ladies Coach kalau Ladies Coach tak penuh sahaja. Selain tu, selalu naik gerabak yang biasa.

p/s: Gerabak biasa tu bukan Gentlemen's Coach ok?! Pernah kena sound sebab naik gerabak biasa. Ada ke patut Pakcik tu cakap gerabak tu lelaki punya. Aisy!


Mengenai Penulis Entri Ini :
nn juga pemilik blog nn meows!, nn spends! dan nn sells!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nn. Entri terbaru di blog beliau ketika ini ialah the affairs inside my mouth might gross you out.

7 comments:

syafiqsulaiman said...

tibe2 rase marah plak ble bace entri ni.. klo aku jadi kawan ko..
aku jerit je..

lelaki mcm tu x bleh bg peluang..
gatal nak mampus.. gile..!
biar org dlm train tu dtg tumbuk trus lealki tu..

macam aku dkt bus stand klang dulu..
kat situ ramai bangla.. tbe2 raba sorg perempuan mse nak naik bas..
perempuan tu jerit.. abes kene tumbuk bertalu2 dgn lelaki yg ade dkat situ..

siap kene tangkap dgn org ramai..
trus bwk balai.. padan muke.!

virus auto click di FB..! Langkah mengelak jadi mangsa..

eiela said...

saya bengang dulu-dulu je la bila naik komuter, orang ramai tapi yang muda tak reti bangun bagi orang tua duduk. geram je.

Latest Entri :
Mutiara Kata Yang Indah

nn said...

@syafiq


member aku time tu cam terkejut kot. kengkadang perempuan ni dia cam tak tau camane nak react tau sebab terlalu takut. cemtu lah jadinya...

nn said...

@eiela

tu lagi satu. kengkadang saja dia buat-buat tido padahal orang tua bertongkat depan mata. macam nak kena sepak.

chenta said...

kat melaka takde komuter..heheh..setakat ni naik komuter, takde pengalaman mcm tu..selebihnya memandu kenderaan sendiri

nn said...

Alhamdulillah. mintak-mintak dijauhkan.

chenta said...

amin...