Thursday, March 31

Pemandu Lelaki VS Pemandu Wanita

Powered by BannerFans.com

Assalamualikum.
Apa khabar kawan-kawan? Sihat hari ini? Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk hidup sehingga hari ini. Menurut kajian pemandu lelaki lebih ramai terlibat dengan kemalangan jalan raya iaitu 20% - 40% berbanding pemandu wanita tetapi pemandu wanita dikatakan memandu dalam keadaan yang bahaya. Berdasarkan tajuk, pemandu lelaki VS pemandu wanita, pada pendapat kawan-kawan siapakah yang memandu dengan bahaya? Apakah perbuatan yang selalu menyumbangkan kepada kemalangan? Jom check it out.

1. Tidak memberi signal kiri/kanan
Selalu berlaku semasa hendak menukar lorong sama ada dari lorong laju ke lorong perlahan atau sebaliknya.

2. Tidak melihat kiri/kanan semasa keluar simpang/bulatan
Yang selalu membuat saya bengang bila benda ini berlaku di bulatan. Diaorang tak tengok ke kita dah bagi signal nak masuk simpang di hadapan tetapi masih meluru keluar. Kadang-kadang memang ada juga yang kena hon.

3. Memandu terlalu perlahan/laju
Kedua-duanya mengundang bahaya. Pandulah mengikut had laju yang telah ditetapkan. Takkanlah di highway hendak memandu 40km/h sedangkan had laju di highway adalah 90km/h hingga 110km/h.

4. Memandu perlahan di lorong laju
Ini satu lagi yang selalu membuatkan saya bengang. Ingat jalan ni macam jalan di overseas ke? Lorong kanan untuk memandu perlahan dan memotong di lorong kiri?

5. Makan jalan
Tahu tak istilah makan jalan? Nak kata lane kiri tidak, lane kanan pun tidak. Dia memandu di tengah-tengah garisan pembahagi lane. Yang ini pun memang bikin panas juga. Macam tak nak bagi orang overtake dia.

Siapa yang selalu melakukan perkara di atas? Pemandu wanita ataupun lelaki? Bagi saya, kedua-duanya adalah sama. Pendapat kawan-kawan pula macam mana?




Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pemandu Lelaki lebih ramai terlibat dalam kemalangan

2 comments:

chenta said...

dedua sama je..hehehe

humbleyat said...

pantang betul kalau org tak bagi signal..huhu