Monday, March 21

Padamkan Nombor Itu


Periksa telefon bimbit anda.
Ada tak nombor telefon yang jarang anda hubungi?
Ada tak nombor telefon yang tidak patut berada di dalam senarai nombor telefon anda?
Atau, ada tak nombor telefon yang tidak akan anda hubungi lagi? Buat selama-lamanya?

Aku pasti kamu semua mempunyai nombor-nombor seperti yang aku nyatakan tadi.
Kerana aku, juga seperti anda semua.
Menyimpan semua nombor itu, walaupun aku tahu aku tidak menggunakannya lagi.
Yang peliknya, butang delete itu begitu mudah untuk dicapai dan hanya di hujung jari.
Tetapi, untuk menekannya dan menghapuskannya terus dari telefonku tidak semudah yang disangka.


Sejujurnya aku, masih mempunyai banyak nombor-nombor lama yang tidak akan aku gunakan semula. Termasuklah nombor bekas kekasihku, yang sudah tidak beroperasi lagi. Namun begitu, aku masih menyimpannya. Kekal di dalam memori telefonku. Tetapi kenapa? Kenapa aku buat begitu? Sebabnya mudah. Kerana ia mengingatkan aku tentang diriku dulu. Mengingatkan aku tentang siapa diri aku suatu ketika dulu. Tentang kesilapan yang pernahku buat dahulu. Dan tentang pengajaran yang berguna dalam hidupku.

Tetapi, untuk memadam nombor itu semua di dalam memori telefonku, bukan hanya sekadar menghapuskan angka dan nombor. Ia ibarat memadam sebahagian memori dalam hidupku. Ia ibarat aku ingin melupakan semua yang telah berlalu, semua pengalaman yang telah aku perolehi dulu. Ia ibarat aku ingin mengabaikan perkara-perkara lepas, dan mengakui bahawa semuanya telah hilang, buat selama-lamanya. Ia ibarat perkara itu semua tidak pernah berlaku dalam hidupku, tetapi hakikatnya, ia kekal sepanjang hayat di dalam memoriku.

Nombor itu, bukan hanya sekadar nombor dan angka . Ia lebih daripada apa yang kita sangka. Kerana, percaya atau tidak, ianya sebahagian daripada hidup kita. Dan pasti, ia menunjukkan perubahan dalam diri kita. Dan juga, ia mengingatkan kita. Tentang mereka-mereka yang pernah muncul dalam hidup kita. Memberi inspirasi ataupun bantuan kepada kita. Disamping menambah pengalaman yang berguna. Tidak kira suka ataupun duka. Dan kerana itulah, ianya bukan sekadar nombor dan angka.

Kesimpulannya disini. Nombor itu mungkin jarang dihubungi. Tetapi kita mungkin memerlukannya suatu hari nanti. Berhubung ataupun berjumpa tatkala hati terasa sepi, ataupun memerlukan seseorang di sisi. Mengenang kembali pengalaman manis dan pahit yang tersimpan di dalam memori. Yang tidak mungkin akan luput dimamah zaman, bila sudah berusia nanti.

syaftome
"tidak mungkin kita akan dapat memadam memori di dalam kepala"


Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Lesson #26 ~ Always Backup.

6 comments:

amalmeor said...

Setuju!
Banyak nombor yang memang dah tak guna tapi sampai sekarang masih simpan.Banyak kenangan dengan nombor itu.

dyg said...

ya..nombor jugak dapat mengubah hidup seseorang..sama ada suka atau duka..

Fina Sophie said...

i can feel you :)

♥ siti nur izzati bt shuib ♥ said...

agree with u. satu hari nanti, mungkin kita akan perlukannya. siapa tahu :)

syaftome said...

thanks fina

syaftome said...

Amalmeor: semua nombor tue memang bnyk membawa kenangan.

Dyg: btol tue...tak kiralah ke arah kebaikan atau keburukan.

Siti nur izzati: itu memang btol, kalau dh xde nnti, tercari2 plak nnti.