Tuesday, March 15

Nak menari pun susah ker?







Assalamualaikum semua. Anda sihat? Masing-masing menganggukkan kepala tanda sihat. Bagus. Kita kenalah sentiasa sihat dan ceria. Macam poyo pulak intro kali nie.

Bukan apa. Nak kongsi satu benda nie. Pendapat korang lah kan, susah sangat ke nak menari? Bukan susah sangat pun. Kaki tue gerak depan belakang, tangan pusing-pusing sikit, badan lentik-lentik sikit. Ha, boleh lah tue. Macamlah aku tak tahu. Bukan korang tak pernah poyo-poyo bangga depan cermin, menari ikut suka (konon dalam hati menari ikut irama). Mesti ada kan. Tengok, berapa orang dah malu tue. :P


Aku post entri nie bukan apa. Malam nie aku ada latihan tarian untuk pesta konvo. Tema pulak tarian satu Malaysia ataupun peredaran era. Kalau nak ikut tema sangat pun tak boleh juga, sebab majoriti yang menari tue, melayu. Celah bedah mana pulak nak terror tarian bangsa lain kalau suruh menari zapin bunga asas pun berpeluh satu badan macam kena hujan. Adoi, bukan susah sangat pun sebenarnya. Nak dengan tak nak saja. Bila suruh menari, malu-malu pula. Pelik sungguh lah. Yang pergi tick kat kotak tarian tue kenapa kalau rasa bakat terpendam jadi model saja? Berdiri kat tepi-tepi dinding, sorok muka. Bila panggil, jalan dengan lenggang-lenggok dan lemah gemalai. Tak ker, gaya model tue? Fening-fening.

Memang tak semua ada bakat semulajadi. Bukan tak banyak kat dunia nie benda yang tak semulajadi ada. Betul tak? Fikir paling senang dan semua nampak. Berapa ramai lelaki buat pembedahan di 'situ' untuk menjadi wanita. Semulajadikah? Kadang-kadang, kita pun kena toleh empat belas kali, untuk pastikan, "Hok jate ko tino nie??" (pinjam loghat kelantan kejap yer .. :) aku orang Malaysia )

So, kesimpulannya, sebenarnya senang sahaja menari tue. Kalau tak percaya, pergi layan lagi senggol-senggolan. Tengok boleh menari ke tak ikut rentak muzik. Tak cuba tak tahu.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Separuh Jiwaku Pergi.

4 comments:

d_tieah said...

Menari? Kena ade bakat jugaklah.. Kalo tak memang susahlah kan.. Ngee :) Tapi pernah gak dipaksa menari masa form 4 untuk sambutan hari jadi tyt.. Huhh!



Entry Terbaru : Loji Nuklear Jepun Meletup Lagi Dan Malaysia Hujan Asid?

cikpia said...

aku??? menari??? ha ha.......... memang kayu!!!

Fina Sophie said...

hehe.. sbnrnya nak bljr mnari ni ada dua. 1st, ada bakat so sng nak dpt step. 2nd, kurang berbakat tapi ada keinginan nak bljr, pun bleh jd menari juga. paling pnting training byk2. practice makes perfect ;)

chenta said...

sy suke tengok orang menari tapi sy tak reti!heheheheh