Wednesday, March 23

mimpi tidur ke mimpi berangan?



mimpi... semua orang pernah bermimpi kan? macam mustahil pula kalau ada yang kata tak pernah bermimpi semasa tidur.. heh.. ada yang kata mimpi itu permainan tidur.. minda di bawah sedar. namun, ada juga yang mengatakan bahawa mimpi itu memberi seribu makna dalam hidup mereka. ya, aku pernah jumpa individu dari kedua-dua pandangan ini.


ada orang yang menggunakan mimpi sebagai panduan hidup mereka. maknanya, mereka percaya bahawa peranan mimpi itu sememangnya wujud. sebagai contoh, jika bermimpi melihat kutu hinggap di mana-mana sahaja anggota badan kita, nescaya kita akan ditimpa kecelakaan atau bahaya. jika setiap kali bermimpi (melihat kutu) perkara yang sama dan berlaku pula kejadian yang dianggap sebagai bahaya, mahu tidak mahu, seseorang itu pasti akan terpengaruh dengan keakuran mimpi tersebut. ini adalah lumrah. bila kita disogokkan dengan perkara yang sama, sedikit sebanyak, pendirian kita yang tidak mahu percayakan perkara-perkara sebegini pasti akan terusik juga.

kesimpulannya, eh? tetiba ada kesimpulan? haha.. ok, akhir kata, mimpi mungkin permainan tidur dan mungkin juga boleh dijadikan panduan, siapalah kita yang mahu menidakkan kehebatan yang maha berkuasa.. tapi kalau masa nak tidur tu kau terus tergolek tidur buntang, jangan ko mimpilah tuhan nak bagi kau petunjuk dan hidayah.

sekian, terima kasih!

tinta jemari :)) hari ini ada temuduga~ doakan aku ya, kawan-kawan!




Mengenai Penulis Entri Ini :
gomok9endek juga penulis untuk blog GP. Anda boleh mengikuti beliau di
sini pada setiap Rabu dan di gomok9endek. Untuk membaca semua hasil
penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label gomok9endek. Entry
terbaru di blog beliau ketika ini ialah tak tau nak letak tajuk apa...

No comments: