Thursday, March 10

Menara Berkembar Petronas mampu bertahan sehingga 500 tahun


Ini bukanlah omong-omong kosong. Malah, media dan pengkaji barat mengiktiraf bahawa Menara Berkembar Petronas mampu untuk bertahan sehingga 500 tahun walaupun selepas ketiadaan manusia di dunia ini untuk membuat maintenance pada bangunan ini. Malah, walaupun 500 tahun selepas kepupusan manusia, Menara Berkembar Petronas akan terus kekal berdiri sebagai satu-satunya bangunan binaan manusia yang tertinggi di dunia yang tinggal menanti rebah. Fakta ini dipetik dari rancangan produksi History Channel yang mendokumentasikan apakah yang akan berlaku selepas kepupusan manusia.



Ini bukan propaganda kosong, ini adalah bukti kejuruteraan. Walaupun pernah dikritik semasa awal pembinaannya, namun Malaysia dan Menara Berkembar Petronas akan terus bertahan dan gagah berdiri sehingga 500 tahun selepas kepupusan manusia!

*****
Nota kaki:
1. Aku rumuskan bahawa daya pemikiran Tun Dr. Mahathir bukanlah hanya setakat 50 tahun ke hadapan, tetapi sehingga 500 tahun selepas kepupusan manusia!
2. Dari fakta kejuruteraan, memanglah akan bertahan selama itu, tetapi mampukah boleh bertahan sekiranya orang yang hanya kemaruk kuasa memerintah Malaysia? Mungkin tidak, apabila bangunan dijual kepada proksi-proksi Israel untuk berkuasa.
3. Nak berjaya seperti ini, jangan ambil orang suka 'main tikam belakang'.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fadzrul Hisyam juga penulis untuk blog Fadzrulhisyam. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fadzrul Hisyam. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pelancaran buku biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad.

3 comments:

anyss said...

AsSalamualaikum,
u diaaaaaaaa
Kita ni nak kena tunggu Barat iktiraf baru nak percaya kan? Mentaliti!

Yaaaa betul sangat, jangan dekat dengan orang yang suka main-main belakang, tikam belakang, keluar @ masuk ikut pintu belakang...apa2 ajelah yg belakang. Kena ikut depan ya...sila ingat!


“Cara Orang Bujang Ngelat Cukai”

“Ngelat Cukai? Pusat Khidmat Pelanggan LZS no 1”

koshary said...

menarik isu yang history channel bawak ni, sekarang ni pun tengah baca buku 'the world without us', apa jadi kalau tiba tiba hari ni manusia lesap dan tinggal segala bangunan, nuklear, empangan.

Malaysia dah ada satu institusi yang kukuh, hasil usaha perdana menteri yang lalu. Tun Abdul Razak, dan Tun Mahathir terutamanya. Cuma sekarang terpulang pada kita nak tentukan hala tuju yang baru pula,

tak nak lah kalau ada kerajaan corrupt macam rejim mubarak, lepastu kita kena berhimpun dekat padang merdeka pulak tuntut kerajaan baru.

Fadzrul Hisyam said...

@Anyss
Waalaikumsalam.

Itulah masalah dengan masyarakat kita ni. Setiap usaha dan kejayaan kita semuanya diperlekehkan dan suka dibandingkan dengan kejayaan dan teknologi luar yg 10x lbh unggul dari kita yg masih mengejar kemajuan ni. Bila Barat dah iktiraf, mula terpinga-pinga cari idea baru nak burukkan negara. Mentaliti.

@koshary
Betul, harap sesiapa jadi kerajaan pun biarlah mentadbir dengan telus. Jangan nak jadi kerajaan semata-mata inginkan kuasa Perdana Menteri sahaja.

Kepimpinan sebelum ini dah menunjukkan bukti kemajuan mereka masing-masing walaupun mereka sedar yang mereka masih banyak yg belum tercapai akibat kelemahan masing-masing. Kita pun kenalah ingat. Mereka ini semua manusia dan bukan malaikat hatta tuhan sekalipun yang pasti takkan membuat silap.

Kita sebagai manusia harus sentiasa ingat mengingati terutama sesama rakyat dan kerajaan supaya negara terjaga.