Friday, March 4

Mamee, Pendekar Laut dan Sendaloka Bersama Singer

gif animation creator

Salam. Berkurun rasanya gua tak lepak sini. The last time I posted an entry was last year on December. So here I am, pretending I'm alive. Bersalah rasanya kerana meninggalkan lu olls semua gara-gara sifat tipikal gua yang femes dengan menaip sambil lewa dan tidak komited dalam menjalankan tugas dalam keluarga seratus writers. Bos besar dah ratus ratus kali roger gua supaya berubah demi masa depan gua sebagai blogger yang tegar.



"Hoi KeCiK, lu komited ke tak ni?"
"Komited apa bos? Gua belum berfamili lagi"
"Lu jangan beat around the bush dengan gua. Lu bila nak pablish entri?"
"Oh dat one, sorry bos. Lately gua bizi dengan kerja sekolah. Lecturer kuku besi, autokratik sangat. Bagi esemen tak hengat"
"By hook or by crook, end of this month I want you to pablish at least an entry !"
"Ok bos. Your wish is my command"

This conversation ended with a positive-looking-smiley from me. Dengan harapan bos besar kembali sayang kepada gua.

Pay no attention to that conversation. Gua macam biasa suka reka benda-benda yang exaggerated for the sake of stimulating fun while reading. Gua tak pandai bagi nasihat macam guru pendidikan moral mahupun sivik sebab gua sendiri pon kurang yakin akan attitude gua yang sangat ehem ehem.

Enuf with my rants and raves. Pardon me for my non-academic sense of humor. Kali ni gua kembali dengan sesuatu yang gua rasa sangat authentic bagi sesiapa yang mampu berfikir secara independent semasa tahun 90an. I was born on 198* and during 90's, I endured hectic years as a kid and a teenager. Behold, do enjoy while reading another cheap entry from a weirdo like me.

Mari mulakan dengan makanan. Gua bukan nak sembang tentang makanan ruji seperti nasi, telur dadar mahupun ayam golek. Gua nak kongsi pengalaman gua sebagai kanak-kanak yang sangat junkie dengan junk food. Junk food a.k.a cekedis. Orang selalu cakap cekedis is not good for your health. I know that and I don't care. Sebagai kanak-kanak bawah umur, gua tak ada filter untuk otak gua. Otak gua hanya bertindak balas untuk sesuatu yang sedap tanpa mengira kesan sampingan.

As a result, gua lagi prefer makan cekedis dari makan nasi. Bagi gua cekedis sepanjang zaman adalah mamee. It looks like a instant noodle. Tapi tak payah susah-susah jerang air untuk masak. Lu bayar duit, lu bukak, lu terus makan. Setel. Orang cakap serbuk perasa tu hazardous, not good for your health. Gua apa kisah, menatang MSG tu banyak kali gua pertikaikan keburukannya. Gua siap tabur atas tangan dan jilat sampai kering. Gua yakin lu olls semua pernah buat benda tak senonoh ni kan? Until now, gua still makan mamee. Rasa dia sangat influential dan menggamit memori. Dulu ada satu perasa je, sekarang gua rasa dah macam macam rasa ada.

Cekedis sepanjang zaman. Gua pernah tipu member gua yang kalau dia nasib baik, ada mainan jongkang-jongket kat dalam.

Done with junk food. Move on to the next topic. Gua sebenarnya lupa bila gua sudah mula membaca. Gua rasa masa zaman kencing dalam seluar lagi gua dah pandai membaca. Antara bahan bacaan gua pada waktu itu adalah buku bergambar, meja tulis yang ada abjad A-Z bersama gambar-gambar yang mengasyikkan. Selain bahan ilmiah, gua amat gemar membaca komik. Bagi gua komik lebih bermakna dari membaca buku-buku teks sekolah rendah yang sememangnya tebal gila, berat dan berbau. Gua lefthanded. Gua rasa lu olls semua tahu apa yang lefthanded selalu buat. Gua takkan bagi lu olls jawab sebab gua yang jawab dulu. Gua pandai melukis. Masa sekolah rendah dulu gua siap pablish gua punya komik. Habis semua buku latihan gua convert jadi kanvas untuk lukisan gua. In fact, masa sekolah rendah dulu, gua johan keseluruhan untuk pertandingan melukis maskot sukan komanvel. Gua dapat hadiah pensel kaler LUNA saiz bagak berserta duit 10 hengget.

Selain dari itu, gua manfaatkan anugerah yang Tuhan bagi ni untuk tunjuk terer depan budak perempuan. Gua paling suka waktu Pendidikan Seni, time tu lah ramai gadis-gadis mengerumuni gua bagi meminta pertolongan. Ada yang mintak lukis gambar buah, gambar kereta dan ada juga gambar sailormoon. Semua permintaan gua penuhi dengan harapan ada yang sangkut. Rupa-rupanya gua hanya bertepuk sebelah tangan. Cis. When it comes to academic books, besides text books, I prefer to read Kuntum, Rakan Sains, Dewan Pelajar, Kawan, Tunas Sains and Buku Cerita Bergambar. Tapi gua rasa gua lagi extreme-reader when it comes to comic books. Dewata Raya, Raja Wira, Jejak Wira, Pendekar Laut, Juara Jalanan, Ujang, Gila-Gila, Megaman, Johan Bolasepak and Slam Dunk are just a bit of it. Banyak gila. Siapa sini kenal Hang Lekuk, Jaki Jipang, Gestapo Anjing, Tinju Maut Pendekar Laut 1 000 000 HP (Thanks Pert, lu ingatkan gua akan hikmat terulung ni) dan Aura Laga Hitam boleh kenalkan diri. Gua nak add lu olls kat fesbuk, leh jadi teman sembang gua, lawan knowledge.

Bagi gua, angan-angan untuk memiliki belang tarung adalah wajib untuk kanak-kanak normal.

Dulu mana ada stesen telebesyen berbayar. Gua ingat last time sapa yang mampu mesti pasang MegaTV. Sapa ada menatang ni mesti boleh tengok Discovery Channel, AXN mahupun ESPN. Ah peduli apa itu semua, masa tu gua rasa tv1, tv2 dan tv3 dah cukup osem bagi gua. Antara program faveret gua tak lain tak bukan, Sendaloka bersama Singer. Siapa tak pernah dengar for sure lu olls bukan dari era gua kecik-kecik. Antara gameshow yang paling gua bersemangat bila tengok. Masa dulu yang fight dengan gameshow ni pon gua rasa gameshow Pop Kuiz yang sangat fofuler dengan Aznil Hj Nawawi. In Sendaloka bersama Singer, the participants are required to wear same color for a family. It differs from other family. Tak silap gua ada tiga family yang bertanding per show. Berbaju sukan dan berseluar trek beb! Bila pengacara panggil that particular family, mereka kena buat-buat excited dan bersemangat untuk menyahut cabaran. Hadiah for sure from Singer lah. Gua rasa paling best dapat mesin jahit super-kool dari Singer. Automatik woi, mak gua tak perlu hayun kaki laju-laju kat mesin jahit old skool jika gua dapat masuk rancangan ni dan menang mesin jahit tersebut.

Selain game show ni, gua juga suka game show Perdana Ria kat tv1. At the end of the show, one lucky contestant akan dapat satu kunci. Kunci tu lah yang akan lead korang untuk dapat hadiah. Gameshow yang sangat well known dengan hadiah seperti set penjagaan kulit Ginvera dan jam tangan Licorne. Ekcelly ada banyak TV show yang gua nak share. Gua belum lagi cerita pasal More Jutaria (Wheel of Fortune versi Malaysia), Saved By The Bell, Sabrina The Teenage Witch, Tomatoman, Along (Siti Sifir sekarang buat apa?), ABC (Ana, Bidi & Ciko), Di Mana Joe Jambul, Pintar Pintas (sekolah lawan sekolah), Kelab Kanak Kanak Angkasapuri dan last skali, faveret gua; Keris Hitam Bersepuh Emas.

Satu hari gua pernah terbaca kat majalah ni, instead of "Singer, menawan keluarga ada!", diorang pakai "Singa, memakan keluarga anda!" gua terus LOL kuat-kuat.

Konklusi?

Cekedis terbaek - Mamee (Dulu sampai sekarang rasa dia macam tu)
Komik paling kool - Pendekar Laut (Mushashi III faveret gua, tak kuat mana pon tapi kool gila)
Best game show - Sendaloka Bersama Singer (Sungguh autentik, eksaited bila tengok famili kena panggil dengan pengacara)

p/s: Yours?

Mengenai Penulis Entri Ini :
KeCiK juga tukang taip untuk belog KeCiK SUKa MaiN BoLa. Lu olls boleh buang masa berharga lu olls di sini pada setiap Jumaatday dan di Twitter. Untuk membaca semua karya picisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label KeCiK. Entry picisan terbaru di belog beliau ketika ini ialah Conteng Conteng Tujuh.

16 comments:

anyss said...

AsSalamualaikum,
Hu hu hu Pendekar Baja Hitam tak de ek?
Mamee cakedes tu memang pooooojaan hatiku, ...dulu, kini dan selamanya la la la


“Ngendap SI Ensem Walkwagon Merah”

“Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”

100penulis said...

haha perbualan rekaan. tinggi imaginasi sungguh. gua tak segarang tu okeyyy..

saved by the bell? teringat pulak waktu kecik2 dok folo siri beverly hills 90210, fresh prince of bel air..

sNoe~ said...

tgk iklan mamee kat TV, ingat masa kecik2 dulu.. skarang dah besor pun suke makan mamee.. pilihan sepanjang zaman.. :)
GameshOw Singer mmg da best!

Aida Ismail said...

kecik kecik! haha. okeyy. tapi mamee tu memang superb habis laa. hehehe =D

risa said...

sakit hati je dengo singerrrr menawan keluarga bahgiaaaaaa...wekkssss

zahidah dihaz said...

mamee..nyum2...suka juga makan..tapi sekarang ni lebih kepada soyumi...hehehehe

New Entry: Selamat berhujung minggu

KeCiK said...

@anyss
Bukan Kesatria Baja Hitam a.k.a Kamen Rider ke? Haha. Dat one is my faveret too. Gua paling suka motor belalang dia yg boleh cakap, pastu lampu kelip kelip. Tali pinggang dia kool gila.

@bos
Sori bos, for the sake of stimulating fun. Xpe kan. Dah zmn universiti baru tau Save By The Bell tu idiom rupanya. Ingatkan just mere phrase. Cis. Ok, beverly hills mmg best sebab awek-awek dia hot gila.

@salji
Yeah! Pastu iklan mamee tu best bila part mamee monster tu cakap "Mameee..." dengan suara garau.

@cikda
told ya, mamee mmg FTW. dulu leh kumpul sticker dia yg kilat-kilat pastu tepek kat file. Then tayang kat sekolah saja nak show off.

@risa
aha, lu mesti sakit hati sebab application lu utk masuk gameshow ni kena reject kan? sama la wei.

@zahidah
errr...soyumi tu cekedis yg mana? Sayumi from Morning Musume tu tau lah.

Oh penat. Exhausted. TQ for the comments regarding mamee and others.

:)

r.k said...

Mamee FTW la , Rota , Bika , cekedis perisa Durian pun tak boleh lawan yo !

Pendekar Laut panjang sangat cerita dia , beratus-ratus episod . tak larat ghua nak layan .. XD

Singer ? keh keh , masa tu RTM , TV3 , TV4 memang FTW .. sekarang ni dah lah ada saingan tivi telestrial , rancangan pulak makin hampesss ... cis !!

KeCiK said...

A-ha, Bika bebeh. Ada satu lagi keropok Toki, rasa tomato. Jajan yg bulat-bulat berserbuk tomato, ada rasa masam-masin. Pergh, yg tu celah jari pon gua jilat kasi licin.

Lu layan bawang putih bawang merah ratus ratus pon boleh takkan Pendekar Laut yg osem ni tak layan. BTW, Pedang Setiawan is still kicking dan baru gua tau, Penduga Arus dah tak ada. Antara villain yg paling kurang perkemanusiaan. Phew.

Fina Sophie said...

rancangan realiti tv yg ada time tu juga sinaran pasport kegemilangan. layan jugak show tu. hahah. sabrina the teenage witch, tomatoman, mjlh gil-gila etc.. wow siyes lama tak dgr kikiki. membesar dgn bnda2 mcm tu. born on 198* juga.. :)

btw, apa yg lefthanded selalu buat?

chenta said...

mamee?sampai sekarang masih makan mamee..siap ada stok kat almari opis ni..hahahaha

game show singer tu mmg tgk! masa tu masih sekolah rendah rasanya..yela..i pun lahir thn 198*..hekhekhek

di mana joe jambul, sabrina the teenage witch, pintar pintas, semuanya la i tengok..dulu kecik2 mana nak ada komputer ke ape kan.nak main kat luar pun mak marah..so tengok tv je la..hehehe

komik?owh..kck2 kurg bce komik..dh besar baru baca..hahaha

Cik Aien said...

mamee.. ain dh xmkn. hehe sbb ade cikedis baru :p makanan ikut peredaran zaman kahkan..

game show.. eden nak tmbah 1 lagi.. HUGO. pernh dgr game show ni? hehe

KeCiK said...

@Fina
Sinaran Paspot Kegemilangan! Kool! Dat one yang dia ada bintang resembles the money they got rite? Lepas tu diorang buat-buat kutip bintang masuk dlm poket. Tiap kali nak start contestant mesti introduce sekali dengan no diorang.."nama saya ***** yg memegang no paspot ******"

BTW, lefthanded susah nak pakai gunting, pisau, main gitar, besball etc. Kesian kami di anak tirikan :(

@chenta
Pintarrrrrrrr Pintas (part PINTAR sebut lama-lama then bila PINTAS cakap laju-laju).

@cik aien
Dimana HUGOOOOOOOO !!! Best. Antara gameshow yang paling gua jaki dengan peserta. Game punya senang pon tak boleh buat,tak boleh score. Tapi hadiah dia bapak ah, melodi pon tak brani bagi hadiah kool gila macam gameshow HUGO nih.

Fina Sophie said...

ohh yg tu. betul2. you mean, KITA. not kami. sy lefthanded juge. hahah.

nn said...

Cekedis terbaek - Super Ring

-Mamee rasa sama tapi dah makin sikit.

Komik paling kool - Dewata Raya. ni pinjam anak baby sitter punya je haha


Best game show - Perdana Ria. hahaa. ni memang old skool. masih ingat lagi camane contestants dok bukak-bukak kotak berkunci. BEST!

Mummy Nana said...

Baru nak komen.... ahaks.... Mmmm.. Mamee my peberet tookalau balik mesia mesti beli Mamee and twisties... best giller... confirmlah jilat2 MSG tu... org kata makan leh botak.. tapi ok jek... hahahaha... Suka jugak baca komik2 tu... tapi cilok abang nya jek.. xbeli pun... Rancangan Asia Bagus pun best jugak... hehehe Dah tua dah Kris Dayanti ngan AMy Mastura tu...