Tuesday, March 8

Malu Mengaku Kerana Gementar. Boleh Percaya Ke?


Ini kisah sekuel daripada entri INI. Sila baca INI terlebih dahulu. Terima kasih.


Baru-baru ini aku diminta untuk jadi  bidan terjun berlakon untuk sebuah sketsa sempena majlis makan malam akhir tahun salah sebuah kolej kediaman di UKM. Selang di antara sesi latihan lakonan, makan-makan bersama teman-teman teater, hisap rokok dan umpat nista berbakul-bakul terhadap orang tertentu, aku berkesempatan untuk bertemu dengan rakan baikku Si Gadis yang singgah menjengukku ketika dia dalam perjalanan ke PTSL. Oh, perempuan gigih betapa aku mencemburui dirimu! Membidik dekan lagi semester ini, mungkin? Mudah-mudahan…

Kami duduk di tepi parit di luar dewan latihan, mulut masing-masing tergayut Choki-Choki. Dia mula bicara dalam selang menyedut coklat dalam tiub yang uber-lazat itu. Oh, dialog asal aku tak berapa ingat. Makanya aku improvisasi dan ad-lib mana-mana yang aku rasa patut. Gelak comel.

“Kau nak tahu tak kisah Si X tu?”

“Mende?”

“Dia call aku kelmarin. Cakap sorry pasal that so-called incident the other day.”

“Haha. Fereal?”

“Yep. Dia kata sebenarnya dia nervous. Sebabnya, the last time dia jumpa member-member dia tu, dia ada cakap yang dia dah ada girlfriend baru.”

“Habis nape plak ko jadik mangsa.”

“Member chuak kot. Entahlah. Mangkuk betul si X tu. BTW, dia ada exhibition fotografi mende ntah kat uni dia minggu ni. Jom ushar. Aku kan awek dia!”

(Ketawa mengekek-ngekek)

“Bodoh ar si X tu.”

(Ada teks masuk ke dalam telefon bimbit Si Gadis)

“Ha, panjang pun umur dia. Weh, training ko abes kul brape? Jom ngeteh kat Shah Alam. X nak kenalkan ko dengan kawan-kawan photogs dia.”

… bersambung.

Sedikit Cuplikan Tentang Makhluk Aneh Ini:
shandye juga kerap menceceh tidak tentu hala di Monyet Merah Jambu Menulis. Setiap Selasa makhluk aneh ini mesti mahu membebel di 100p. Dia juga rajin melepaskan burung-burung biru di Twitter. Klik label shandye untuk membaca semua bebelan makhluk aneh ini di 100p. Terkini, makhluk aneh ini telah menulis S'petang Bersama Kamu | Bab: 21.
Kthnxbai!

1 comment:

nn said...

takut ego tercalar lah tu. tak memasal orang lain yang kena. haha