Tuesday, March 1

Malu Hendak Mengaku Bahawa Si Dia Hanya Kawanmu?


Pertama sekali, aku ingin meminta maaf kesekali lagi gagal untuk mengemaskini entri di 100p. Sibuk sungguh dua minggu kebelakangan ini. Dengan mini-tesis, pembentangan demi pembentangan, projek perniagaan untuk subjek Keusahawanan Dalam Pendidikan (yang teramatlah membebankan!) dan juga persembahan teater untuk Pekan Teater UKM 2011. Sungguh, aku hampir tidak percaya yang aku berjaya laksanakan kesemua tugasan tersebut walaupun aku akui eksekusinya tidak sesempurna dan selancar yang aku harapkan.

Ah, kita manusia tidak terlepas daripada kesilapan. Tak gitu?


Apa-apapun ini kisah untuk kali ini. Aku berkesempatan untuk duduk semeja menikmati teh tarik bersama salah seorang daripada rakan perempuanku yang kebetulan sekolej kediaman denganku. Dek kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing, kami jadi jarang berjumpa. Makanya masa yang ada ini kami laburkan untuk kemaskini tentang diri masing-masing.

Dia mula ceritakan tentang apa yang berlaku ke atasnya hujung minggu sudah. Salah seorang daripada rakan lelakinya, biarlah aku namakan sebagai X saja, datang meminta pertolongan. Sebagai seorang sahabat, rakanku ini tidak keberatan menolong selagi termampu. Pertolongannya pula gampang amat: hantar si X itu ke Bandar Tasik Selatan kerana si X mahu ke tempat lain. Kebetulan pula rakanku ini punya mobil dan memang mahu ke MidValley. Makanya dengan senang hati dia tumpangkan.

Komplikasi mula timbul apabila si X meminta dia menemani dirinya sehinggalah rakan-rakan si X itu tiba di stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Rakanku sekali lagi tidak keberatan. Tidak lama selepas itu rakan-rakan si X datang dalam sebuah kereta. Mereka keluar dan si X memperkenalkan rakanku sebagai teman wanitanya.

Mengejutkan, bukan?

Rakanku tercengang namun cepat-cepat mengawal komposurnya. Dia tidak mahu tampak canggung. Namun dia hairan, malu sangatkah seorang lelaki untuk memperkenalkan rakan perempuannya sebagai hanya seorang kawan?

Kelakar pula aku dengar. Sebelum ini ada juga terdengar kisah seorang lelaki yang enggan mengaku seorang wanita itu teman wanitanya di hadapan rakan-rakan lelakinya kerana takut diketawakan. Tetapi lain pula yang terjadi dengan rakanku seorang ini.

Aku akui rakanku yang seorang ini agak cantik. Kurus tinggi dan sudah beberapa kali dipanggil untuk menjadi model ketika dia masih lagi menuntut di UiTM tidak lama dulu. Entahlah. Manusia punya pelbagai ragam, sukar untuk mengekpaktasikan apa yang bakal berlaku.


Apa kata kalian?

Mengenai Penulis Entri Ini :
shandye juga penulis untuk blog Monyet Merah Jambu Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label shandye. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah S'petang Bersama Kamu - Bab: 20.

7 comments:

Aida Ismail said...

kalau jumpa si X tu, cikda nak lepuk lepuk kepala. apa dia ingat harga maruah seorang perempuan ni murah sangat ke?

tiba-tiba emooo =D

zahidah dihaz said...

almaklumlah orng tu cantik, mengakulah makwe dia..kalau betul makwe yang tak cantik dikata kawan pula....macam2...


New Entry: Termakan ulat? Yurk!

syaftome said...

hmmm...i wonder why he did that...
mungkin die ade sebabnya yg tersendiri...

teringin nak dengar cerita versi lelaki tue plak...

ps: in every story, there's always two side of it...

chenta said...

mungkin lelaki tu ada beating dgn kwn2 dia kot...hehehe

nn said...

aneh. selalu dengar lelaki tak mengaku perempuan yang dengan dia tu girlfriend dia je.

anyss said...

AsSalamualaikum,
macam dia kena paksa tunjuk mak we je dengan kawan2 hu huhu kalau tak, tak kan suh tunggu kawan2 dia sampai lak


“Ngendap SI Ensem Walkwagon Merah”

“Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”

Fina Sophie said...

rasanya cerita tak hbs lagi ni. ada bnda tak dibongkar lagi. kikiki