Thursday, March 24

Ku Tinggalkan Dikau Di Sini


Ketika entri ini kalian baca, saya sudah berada di awan. Hah? Awannnnn? Jadi angkasawan apa!

Hu hu hu saya dalam Airasia sedang membelah langit biru, meninggalkan mentari…mencari salji yang akan mencair di kaki…ha ha ha boleh blah tak ayat tu?

Kali ini saya akan ke Eropah. Singgah menatap Kota Cinta yang penuh warna wangi…menikmati warna malam dalam kerlipan lampu-lampu di Menara Eifel. Dalam getar suhu walaupun sekadar 10 darjah, masihkah ada upaya kalau ke Cameron Higlands pun dah menggigil gelutup gigi?


 
Seterusnya, mencari kincir aingin di tengah ladang biri-biri saujana sesayup mata memandang. Akan tercapaikan impian untuk mengejar biri-biri putih nan gemok sambil bergolek-golek di lereng pergunungan, mengalunkan juga lagu Kaho Na Pyar Hai…errrr Khirtik Roshan ada sama tak?

Lengkapkan lagi langkahan kaki ke Frankrut yang sangat tinggi kadar jenayahnya di Negara Eropah itu, sebelum merasa pengalaman naik keretapi PELURU ke Kota Cinta semula. Sempat tak singgah Switz barang sehari? Doa-doakanlah!

Moga-moga perjalanan ini selamat. Moga-moga pengalaman akan bertambah. Moga-moga selamat jua kembali menapak di bumi Malaysia semula yang sentiasa di hati; dulu, kini dan selamanya. Duhai Malaysia, hati ini tak akan berubah untuk terus mencintaimu! Biarpun menikmati cheese dan spaghetti itu pengalaman indah, mana mungkin kulupa sambal belacan dan tempoyak. Apalagi sos bilis yang menjadi pooooojaaan hatiku sejak lahir. Mana mungkin!

Kutinggalkan kalian dengan satu lagu indah yang sentiasa menyanyi di sudut hati, biarpun kerap juga bibir mengulang-ulang Kaho Na Pyar Hai. Jom ramai-ramai dengar lagu dikir barat Aku Hanya Nak Ke Seberang;

Puisi ini sebenarnya tulisan Prof. Dr. Hashim Yaacob

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


Pernah tak dengar dalam versi Dikir Barat? Ni dia....



Aku sering tinggalkan lagu dikir ini di blog tiap kali nak ke seberang. Tap percaya? Silalah percaya agar anda dapat tidur lena.

Yup! Aku hanya nak ke seberang. Hanya 11 hari. Jadinya, minggu depan entri akan aku usahakan juga sebab koleksi entri aku banyak dihabiskan untuk tampal di Saat kau Sentuh hatiku. Fuhhhhhhhhhhhhh! Sangat menderita ruang fikir ini kala ini...

Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tutuplah Lampu Biarpun Ku Tidak Di Sini .