Thursday, March 17

Kiamat semakin hampir


Hari kiamat sebenarnya semakin hampir mendekati kita. Apabila berlakunya malapetaka dari timer ke barat, itu lah antara tanda-tanda besar kiamatLihatlah sendiri Tsunami yang melanda Jepun. Dalam sekelip mata sahaja bandar tokyo ditenggelami air. Rumah rumah ditenggalamkan, kereta-kereta juga hanyut bersama-sama dengannya. Sekarang ni dah lebih dari 3000 mayat ditemui, dan 800 lebih lagi masih dilaporkan hilang. 

Terbaca pada note yang di share di facebook. Sungguh, rasa takut. Takut nak menghadapi kenyatan yang diri sendiri bakal bertemu dengan Pencipta, Allah S.W.T. Di toleh kanan, terfikir "cukup ke amalan aku?", di toleh kiri "banyaknya dosa". Astaghfirullah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu, dan aku mohon moga hidup dan matiku sentiasa berada di dalam iman. Semoga segala amalan dan ibadahku tidak mempunyai noktah sehinggalah ajal menjemputku.

Tak perlu berceloteh panjang, cukuplah kalau cikda share tanda-tanda kiamat kecil yang telah pun berlaku. 

"Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:  "

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Rasulullah SAW bersabda:

"Dan tinggal lah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar(keldai), maka pada zaman mereka inilah kiamat datang" --- Hadis Riwayat Sahih Muslim




Peringatan bersama, semoga kita dijauhkan dari zina dan maksiat. Dan jangan pernah berhenti berdoa untuk sentiasa dibawah perlindungan Yang Esa.

p/s: cikda pejam mata sambil beristighfar panjang. Tak sanggup nak tengok bayi yang dibuang, dan janin yang terbiar.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "ESL? Buat apa?".

2 comments:

syaftome said...

i just read something about a planet called nibiru...
when it align between sun and earth...
the polarity of the earth...
will be totally in reverse...
and thus...
the sun shines from the west...
isn't possible...

ps: just wanted to share

Anonymous said...

maka renungkanlah tanda-tanda kiamat itu pada diri sendiri terutama pada tanda-tanda 5,6,7