Wednesday, March 30

Kerja, Hobi dan...Phhhhffttt!

hai.

kalau kau masih study, please PLEASE PLEASE jangan berangan nak ada life bila dah kerja nanti. dan sekarang baru aku faham kenapa semua orang kata waktu study ialah waktu terbest dalam hayat kau.

anyway aku pun harus syukur juga sebenarnya. orang lain sibuk cari kerja, aku pula kerja datang digolek depan mata. hehe. cuma unsangkarable saja dapat kerja tiba-tiba. ambil waktu untuk adjust dengan persekitaran baru. yelah dah beberapa bulan jadi Sleeping Beauty.




hobi menulis aku pula selalu saja terbantut. tuntutan kerja? sebenarnya boleh je nak bahagikan masa tapi...adoiyai. pergi pagi balik malam. what can I say. career woman katakan. heh! berlambak projek penulisan yang terbantut. harus susun masa semula macam ni.

ohh stress sungguh. dengan tidur tak cukup, datang stress dan sembelit. huhu. kadang-kadang sedang menaip boleh terlelap. ahah. cover la sikit kan :p



oh oh! terasa macam nak belajar full time semula. hehe. aku dah usha-usha Open University. mahu register untuk Bach (Hons) Psychology. semua orang kata aku senget sebab nak ambil degree. AGAIN. aku abaikan mereka. aku rasa mereka tak ada visi dan misi dalam hidup. aku tak rasa mereka tu adventurous enough. kamon. it's not about the job potential, it's about the sake of learning. kan?

aku harap impian aku tercapai.
aku doakan impian kau semua juga tercapai.

so long. (:


Mengenai Penulis Entri Ini :
Clarky Afif juga penulis untuk blog Naked Eccentricity. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Clarky Afif. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Malam Hujung Minggu Gaya Loser

5 comments:

chenta said...

setuju!kerja ni mcm takde life je..setiap hari buat rutin sama..bosan!

100penulis said...

tapi kerja ada gaji pe.. duit gaji ble simpan utk plan sambung stadi tu

Clarky Afif said...

chenta: ye betul itu!

100penulis: betul. sedang menabung ni bos. huhu T___T

zahidah dihaz said...

dalam dilema, terasa nak sambung study lagi pun ada juga, nak stay kerja pun ada juga....buntu..huhuu



New Entry: Pemandu Lelaki lebih ramai terlibat dalam kemalangan

chenta said...

tapi bos, bila gaji, bayar itu ini termasuk hutang semasa belajar, terus zero duit..sedeynye..huuu