Thursday, March 24

Keputusan SPM bukan pengakhiran segalanya

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan untuk minggu ini? Semoga sentiasa sihat dan bahagia selalu. Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi di ruangan ini. Sekarang ini Sarawak sedang sibuk dengan pembubaran parlimen, penamaan calon dan bakal berlangsung berkempen dan mengundi. Tarikh penamaan calon pada 6 April dan tarikh mengundi bagi negeri Sarawak pada 16 April. Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Jalankanlah kewajipan anda sebagai pengundi.



Untuk adik-adik yang baru mengambil keputusan SPM semalam, walau apa jua keputusan yang diperolehi jangan berputus asa dan jangan cepat berpuas hati kerana perjalanan masih jauh di hadapan. Masih banyak lagi cabaran dan dugaan lain yang menunggu. Jadi teruskanlah usaha untuk mencapai impian masing-masing.

Bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang, jangan cepat berpuas hati kerana masih ada lagi peringkat pendidikan di hadapan yang menanti seperti diploma, ijazah, master dan phd. Walaupun kamu mendapat keputusan yang cemerlang, tingkatkan usaha untuk mengekalkan prestasi sebagai pelajar yang cemerlang. Jika cepat berpuas hati, takut nanti akan kecundang.

Untuk mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, janganlah berputus asa dan menganggap ini pengakhiran bagi kamu. Teruskan berusaha dengan gigih kerana siapa sangka mungkin di peringkat yang lain kamu akan menjadi pelajar yang cemerlang.

Berdasarkan pemerhatian sebagai contoh:

Pelajar A merupakan pelajar terbaik semasa di peringkat sekolah menengah. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Matrikulasi dan masih mendapat keputusan yang cemerlang. Keputusannya merosot semasa dia melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Biasanya kita akan sukar mengekalkan prestasi yang cemerlang apabila berada di peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Pelajar B pula merupakan pelajar yang sederhana di peringkat sekolah menengah. Keputusan SPMnya juga tidak melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dan Diploma di Universiti tetapi layak untuk memohon Diploma di Politeknik. Sepanjang menjadi pelajar di Politeknik dia mampu menjadi pelajar yang cemerlang dengan mendapat anugerah pada setiap semester.

Walau apa pun keputusan SPM yang diperolehi, tingkatkan usaha, banyakkan berdoa supaya kita dapat mengekalkan prestasi yang baik dan meningkatkan kepada yang terbaik.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tarikh mengundi bagi Negeri Sarawak

1 comment:

nn said...

betul tu. kengkadang result ok, masuk U lalai and then repeat. and yang rasa result tak bagus pulak, masuk U dgn azam baru, dapat course yang sesuai dgn kemahiran and minat, score Dean's List and dapat scholar best-best.

senang kata, sentiasa berusaha untuk yang lebih baik.