Thursday, March 31

Kenapa Suka Merayau?


Ketika anda baca entri ini, tuan punya entri tengah merayau entah ke dunia mana. Kenapa aku suka merayau?

1. Nak tengok tempat orang
Orang kata, jauh berjalan banyak pemandangan. Boleh tengok maca-macam benda yang pelik dan cantik. Masa aku ke Beijing sebelum mereka anjurkan sukan apa tah dulu...aku tengok masyarakat mereka sangat rajin berkerja. Walaupun masa tu China baru amalkan dasar buka pintu dan ramai masyarakat mereka tak pandai sepatah harampun bahasa Inggeris, namun mereka mampu jual banyak barang kepada orang Malaysia yang gila sakan membeli dan membelah.

Masa kat sinilah aku sangat kagum dengan teknologi mereka sejak lama dahulu, paling mudah tengok je Tembok besar yang gagah dan kukuh tu. Mereka juga orang yang kekalkan budaya setempat. Di luar beijing sikit, kita boleh tengok rumah-rumah dan suasana yang betul-betul klasik. Macam masuk dalam filem kungfu pulak. Masa ni juga, alam di China sangat asli. Sekarang? Mmmm nanti aku pergi semula ya hu hu hu


 
2. Kenal sejarah dan pelbagai kisah
Aku suka ambil peduli tentang sejarah, kisah, latar budaya, masyarakat dan kesenian orang lain. Kemudian, bandingkan keistimewaan orang lain. Bila pergi Aceh, banyak yang aku belajar. Tentang masyarakatnya. Makanannya. Budayanya. Nilai islamnya. Kisah duka dan tangisannya. Kebanggaannya. Akhir sekali, mengadun semua itu agar lebih menginsafkan. Tawaduk diri seketika, insaf sesaat dua dan mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Alangkah, banyak saatnya kita jadi manusia yang pelupa!

3. Pengalaman yang berbeza
Setiap tempat yang kita pergi menyediakan pengalaman yang berbeza. Contohnya, walaupun kita makan asam pedas, setiap tempat itu rasa asam pedasnya tak sama. Budaya juga tak sama walaupun sama-sama orang Malaysia. Apalagi kalau negaranya berbeza. Cara berfikir masyarakat tempatan juga tak sama. Jadi, benda-benda yang berbeza inilah buatkan aku teruja untuk tengok, kenal, lihat, alami dan rasainya sendiri.

4. Suka berangan
Aku memang suka berangan. Angan-angan aku yang paling tak boleh blah adalah keliling dunia macam orang puteh yang back packer tu. Aku selalu bayangkan betapa indahnya kalau masa merantau dan kembara itu, tetiba sampai ke satu tempat yang bergunung ganang. Saujana pandangan luas boleh tengok padang rumput yang terhampar. Langit pula membiru bersih dengan tompok awam memutih gebu bergumpal-gumpal. Suhunya dingin. Errrr ada macam rupa Tibet tak? Macam switzland juga...atau paling tidak Scotland...huh! demand punya tinggi!

Biri-biri gemuk dengan bulunya yang tebal berkeliaran berkawan di tengah padang ragut berbukit itu. Dan aku pula boleh berlari-lari riang bak kanak-kanak ribena, berguling jatuh tergolek-golek, kemudian nyanyi lagu hindustan. Bayangkanlah kalau tiba-tiba Khirtik Roshan muncul, bawakan sekuntum bunga rumput warna kuning (tak de nak demand mawar merah punya kat tengah gunung tu!) kemudian nyanyi lagu Kaho Na Pyar Hai sambil kejar biri-biri gemok. Boleh bayangkan? Sila tengok filem hindi banyak-banyak untuk asah imaginasi anda hu hu hu

1. Kongsi dengan orang lain
Semua pengalaman; apa yang aku alami, tengok, rasa...segala pahit manis dan pengalaman itu aku suka kongsi dengan orang lain. Kongsi ya, bukan menunjuk-nunjuk. Bukan nak berlagak. Bukan nak perkecilkan orang lain. Jadi, kalau sesiapa nak kongsi pengalaman, boleh sahaja bertanya sebab aku bukanlah jenis manusia yang akan dengan BANGGAnya memashurkan kepada orang lain tanpa sebab.

Semua pemgalaman itu aku akan ceritakan secara lisan, akan tulis dan tampal di blog agar diketahui oleh orang lain yang akan melakukan hal yang sama pada masa hadapan. Kalau boleh, pengalaman itu aku tak nak mati bersama jasad, sebaliknya dimanfaatkan. Kalau aku pernah buat silap perhitungan tentang sesuatu perkara, aku tak mahu orang lain juga turut buat hal yang sama. Sebolehnya kesilapan itu usah diulangi oleh orang lain.

Aku juga suka kongsikan kisah-kisah yang pelbagai itu agar pengalaman itu menjadi pengetahuan bagi orang lain. Maknanya, walaupun orang tu tak ada niatpun nak pergi ke tempat itu semula, sekurang-kurangnya maklumat tentang tempat itu ada dalam pengetahuannya.

Banyak sebab lain lagi sebenarnya. Namun cukuplah lima sahaja aku kongsikan. Doakan aku selamat sepanjang kembara ini ya...

Sebab suka jalan, banyak entri aku di blog tentang tempat-tempat yang aku pergi. Acheh sahaja aku jelajah sampai dua kali dengan deretan entri tentangnya;


Dan banyak lagi. Lenguhlah nak tampal semua. Sendreyyyy mau carilah!

Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tutuplah Lampu Biarpun Ku Tidak Di Sini .

No comments: