Tuesday, March 22

Kenapa biar masa berlalu pergi?




Kelas pagi itu berjalan seperti biasa. Kelihatan masih ramai yang berjalan lambat-lambat masuk ke kelas walaupun masing-masing sedar, jam kuliah sudah bermula. Pensyarah pula hanya berbuat biasa, seperti sudah tiada kuasa untuk menegur.

"Kita sambung ke topik seterusnya yer. Minggu lepas, kita berhenti di mana yer?," Prof. Zaini memulakan bicaranya pagi itu. Aku seperti biasa, memandang ke arahnya dengan penuh minat. Setiap butir bicaranya ada maksud tersurat jua tersirat. Raut wajahnya sungguh tenang. Ditambah dengan gigi taringnya yang membuatnya sungguh manis. Ah, aku mengelamun sendirian.


"Jangan lupa tugasan kamu ye. Jangan tangguh lama-lama sangat, nanti berhabuk pula," Prof. Zaini mengakhirkan kelasnya. Seperti angin lalu, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tiada yang melekat di kepala aku tentang kuliah tadi. Apa yang aku fikirkan? Aku sendiri tak mengerti.

Kenapa kita bazirkan masa kita? Kadang yang di depan mata kita buat endah tak endah sahaja. Sedangkan ilmu itu berlegar, hanya perlu ditangkap, disimpan dan diguna. Tapi kita biar ia berlalu seperti hembusan bayu. Difikir semula, banyak rupanya masa kita tak diguna secara bermanfaat. Itu mungkin baru secebis kisah di satu kelas. Bayangkan kalau sehari ada tiga kelas. Kenapa masih tak sedar?

Kita tak kan pernah sedar dan tersentak akan ketiadaan masa sehingga pada satu masa, kita benar-benar membutuhkannya. Pernah satu saat, due date assignment hanya tinggal beberapa jam. Ketika itu, baru kita sedar betapa masa sungguh berharga. Itu untuk perkara yang terlalu rutin dan biasa. Seringkali kita dengar dan alami. Bagaimana pula bila masa kita menghadap-Nya akan tiba? Kerana kita tak pernah tahu bila ia akan tiba, maka, banyaklah masa yang dipersia-sia.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bersyukurkah aku?.

No comments: