Tuesday, March 22

Kasih Seorang Ibu.

Setiap insan didunia ini semestinya mempunyai seorang ibu yang menjadi semangat dalam apa saja yang mereka lakukan. Kali ini, aku ingin berkongsi rasa bangga aku terhadap semua ibu-ibu didunia terutamanya ibu aku. Bagi aku, Ibu adalah seorang yang paling teristimewa. Lahirnya kita daripada perut seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu tiada tolak banding dengan sesiapa sahaja diatas dunia ini. Melahirkan kita ibarat mempertaruhkan nyawa mereka sendiri…tetapi sedarkah kita tentang semua itu?? Apabila dewasa, kadangkala kita sibuk dengan urusan seharian..tanpa kita sedari ,dalam masa yang sama..kita mengabaikan ibu kita. Sedihnya..pilunya hati ibu, mereka sukar untuk mengungkapkan pada kita. Baginya kebahagiaan kita adalah kegembiraan baginya. Tetapi jauh disudut hati mereka, tentunya mereka sentiasa menginginkan kita selalu ada dengan mereka.
Aku sebagai anak, kamu juga sebagai anak tentunya juga pernah leka untuk mengambil tahu aktiviti seharian ibu kita. Janganlah begitu lagi..kalau boleh kita elakkan benda ini terjadi..SMS awek/pakwe tiap2 hari boleh je kita lakukan malah kita boleh je call mereka tanpa risaukan topup tetapi untuk bertanyakan perihal ibu kita???tepuk dada tanya selera..(peringatan untuk diri aku juga).
Ketahuilah sebesar mana kemarahan ibu terhadap anaknya, dalam hatinya sentiasa merindui anaknya. Bak bait2 sebuah lagu “marah bukan kebencian tapi tanda sayang”. Dan wahai anak-anak..janganlah menyakiti ibu. Fikirlah pengorbanan mereka sejak kita kecil hingga dewasa. Semasa kecil, andai kita terluka sedikit, tercalar dimana-mana, ibu menangis takut kehilangan kita. Apabila kita dewasa, dan berjaya..Ibu menangis kegembiraan..malah pada masa yang sama dia sanggup bersesak-sesak dan berpanas hujan untuk melihat konvokesyen kita..besarnya kasih ibu tanpa hiraukan kesihatan dirinya. Ya Allah..sungguh besar kasih ibu. Apabila kita sudah mampu membina kehidupan sendiri..ibu memerlukan perhatian anaknya pula. Dan pada masa ini janganlah kita membuat Ibu mengalirkan airmata dengan kelalaian kita.
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat al-Hakim). Jadi, semoga kita semua menjadi anak yang sentiasa menyejukkan hati ibu, dan sentiasa mengutamakan mereka dalam apa jua urusan. Keberkatan kita bergantung pada doa seorang ibu yang amat menyayangi anak mereka.
Ingatlah wahai kawan-kawan…Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Aku,Dia dan Impian (Part 5).

No comments: