Thursday, March 17

A Journey to Istanbul~


Assalamualaikum!  

Dah lama tak post kat sini walaupun Kimmy cuti emergency selama 4 minggu. Maklumlah ramai sangat yang booking nak date dengan ai kan. Bulan Februari lepas Kimmy pergi bercuti ke Turki dan Greece ketika berlaku kejadian rusuhan di Mesir. 

3 February 2011

Aku bertolak ke Terminal 3 Cairo International Airport. Bercadang kalau rusuhan yang berlaku di tengah bandar merebak ke lapangan terbang akan menyukarkan lagi keadaan. Jadi, aku memilih untuk tidur di lantai airport.

4 February 2011

Flight dijangka pukul 3.50 petang ni. Aku masih sabar menunggu. Tepat pukul 1, tiada list flight yang bakal aku naiki. Aku ke kaunter pertanyaan Egypt Air.

"Sorry miss, this flight is cancelled. It may be postponed to tomorrow in the early morning."

Argh! Terpaksa menunggu lagi! Aku terpaksa akur. Nak je aku tawarkan diri jadi pilot untuk terbang petang tu jugak. Sabar...



5 February 2011

Pukul 6.30 pagi.

Peristiwa yang sama berulang, flight kami cancel lagi dan postpone ke hari esok. Pada masa tu aku dah mula berfikir untuk balik terus ke Malaysia. Ops Piramid masih belum berakhir jadi aku masih berpeluang untuk mendaftarkan diri untuk kembali ke Malaysia bersama ribuan lagi pelajar yang masih terkandas di Terminal 1, pusat pengumpulan pelajar dan penerbangan untuk Ops Piramid. Aku yang keletihan menanti dan menahan kemarahan yang membara di hati terus tertidur.

Pukul 12.00 tengah hari.

Aku terbangun. Aku bersihkan diri di tandas dan kemudian kembali ke tempat duduk kami. Sahabatku naik ke tingkat atas, departure hall dengan harapan akan ada flight yang berlepas ke istanbul petang itu. Kemudian dia kembali dan memberitahu bahawa ada flight yang akan ke istanbul petang ini pukul 3.50 pm. Tanpa berlengah aku tolak troli bagasi laju-laju ke tingkat atas. Aku ke kaunter pertanyaan.

"Sir, can you put us in the waiting list for the flight to Istanbul 3.50 pm?"

Lelaki yang berada di kaunter terus mengambil itinerary yang berada di tanganku lalu mengangkat gagang telefon dan bercakap dalam bahasa arab yang mana aku kurang pasti apa maksudnya. Di dalam hati aku berdoa panjang semoga ada kekosongan untuk petang ni. Lepas bercakap di telefon, lelaki tadi berkata, "Please go to the security now." sambil menulis sesuatu di atas itinerary tadi.

Dengan pantas aku menuju masuk ke security check dan menghulurkan kertas itinerary. Alhamdulillah, kami berjaya melepasi security dan juga menerima boarding pass. Aku sangat bersyukur kerana tak perlu terkandas di sini untuk sehari lagi. Penantian yang sangat meyeksakan. Sambil aku berjalan menuju ke pintu kapal terbang, aku berkata, "Goodbye Egypt!" Sungguh, aku tak pasti adakah aku akan kembali memijak tanah berdebu dan bersejarah ini lagi. Sehinggakan disaat aku memakai tali pinggang keselamatan di dalam kapal terbang, aku masih tak percaya yang aku akan meninggalkan bumi Mesir ni dalam beberapa minit lagi.



terima kasih Egypt Air, kerana membenarkan kami keluar dari Egypt. Haha.

Pukul 5.30

Touch down at Atartuk International Airport, Istanbul. Setelah mengambil bagasi dan mengeluarkan wang, aku ke kaunter booking hotel. Setelah menerima sekeping map dan resit hotel, kami menuju ke hotel dengan menaiki shuttle car yang disediakan oleh ejen. Jalan raya di sini lebih kurang dengan Malaysia, cuma bezanya driver di sebelah kiri. Bandarnya besar seperti bandar Kuala Lumpur, dipenuhi bangunan pencakar langit. Suhu : 8 degree celcius. Sejuk!

Tiba di hotel, aku bersihkan diri, dan merangka jadual untuk esok berdasarkan peta yang ada. Masa untuk malam ni masih ada, jadi aku berkeputusan untuk ke Taksim Square. Ianya lebih kurang macam jalan Abbas 'Aqad di Mesir. Di Malaysia aku tak pasti, mungkin macam Jalan Bukit Bintang kot. Ish, ye ke? Tak pasti lah gua bukan orang KL. Jalan-jalan dulu, survey apa yang ada. Banyak kedai yang dah tutup. Masa tu dah pukul 11 pm. Rupa-rupanya musim sejuk diorang tutup awal sebab malam awal. Masa kami sampai pukul 5 pm tadi pun dah gelap. Balik hotel, terus pengsan kepenatan yang teramat sangat.


6 Februari 2011

Akibat kepenatan yang amat, aku terbangun lambat. Nasib baik belum pukul 10, kalau tak, terlepas lah breakfast ku. Lepas breakfast, terus keluar berbekalkan sekeping peta dan D90 mencari Blue Mosque. Tak sampai 10 minit, kami bertemu juga dengan Blue Mosque. Cuaca sejuk walaupun matahari riang mengeluarkan sinarnya. Disebelah Blue Mosque kulihat beberapa wanita tua menghulurkan piring yang dipenuhi makanan burung merpati kepada pengunjung. Aku juga tak melepaskan peluang. Seperti yang aku jangkakan, Blue Mosque ni sangat cantik dan besar. Juga ramai pelancong datang dari seluruh dunia. Di sebelah masjid ni terdapat Makam Sultan Ahmet dan kerabatnya. Kami singgah solat di Blue Mosque.


Sultanahmet Mosque (Blue Mosque)


sempat memikat burung merpati di Istanbul...

Kemudian kami ke Basilica Cistern. Ruangan bawah tanah terdiri dari tiang2 yang tersusun rapi, dan kolam di bahagian bawah. Serius cantik!


Underground Basilica Cistern

Lokasi seterusnya Hagia Sophia, tinggalan yang dahulunya gereja telah dijadikan masjid. Sekarang ni completely dijadikan muzium. Aku sangat teruja dengan binaan masjid ni. Terasa seperti kembali ke zaman empayar Ottoman.


inside of Aya Sophia/Hagia Sophia




perhatikan di bawah ada mimbar, dan diatas ada Mary dan Jesus.


wishing column - kononnya your wish will come true lah. ;)


from second floor

Kemudian aku ke Topkapi Palace. Ruangan istananya yang sangat luas, dihiasi taman yang cantik serta pokok2 yang tinggi. Suasana petang tu sangat tenang dan nyaman. Bagi yang suka berjalan dikelilingi pokok dan bunyi burung2, this place is the most suitable for you!


topkapi palace



pemandangan lautan Bhosphorus dari topkapi palace. 



Lepas keluar dari pagar istana, kami berjalan ke taman di sebelah istana pula. Walaupun penat, tapi bagi aku, rasa sangat rugi kalau tak meneruskan perjalanan. Tanpa dijangka, kami tiba di pelabuhan feri berhampiran kawasan Eminonu. Wah, tak sangka aku dah jauh berjalan. Kami decide untuk membeli tiket feri untuk ke Bursa keesokan hari. Aku bertanya beberapa orang tempatan, tapi mereka tak faham bahasa inggeris.

Tiba-tiba datang seorang lelaki tempatan berumur lewat 40-an menegur kami dalam bahasa inggeris. Beliau cam kami orang Malaysia. Beliau pernah bekerja di Perak tak lama dulu. Beliau sangat suka orang Malaysia kerana suka membantu orang. Bangga sekejap aku. Beliau kemudian membawa kami ke pelabuhan feri Yenikapi dan membantu kami membeli tiket. Oh, terasa sangat terhutang budi dengan beliau. Ya, di kala aku kesusahan, pasti ada orang yang akan membantu. Alhamdulillah~ Setelah mendapat tiket, kami berpisah dengan lelaki tersebut di Eminonu, dan kami menuju ke Taksim Square buat kali kedua. Kami terserempak dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang belajar di Jordan di dalam train menuju ke Taksim. Aku sempat menangkap sepasang winter coat untuk main salji esok dan satu backpack Adidas. Hooyeah~

Cerita pasal main salji ni.. hmm.. next entry plak la ye? Hehehehe~

Oh ye, di saat entri ni keluar, Kimmy Ai sudah berada di KLIA untuk pulang kembali ke medan perjuangan nun jauh di Mesir. Asada Ryutaro sudah pun tiba di Mesir awal pagi semalam. Koshary..emm, aaa, emm, xde contact beliau lah.. aishh. Doakan yang terbaik buat kami semua ye? ;)

Ja ne!


Mengenai Penulis Entri Ini :
Kimmy Ai juga penulis untuk blog Rottkappchen's. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Kimmy Ai. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Istanbul part 1.

1 comment:

Led said...

wish to be at the blue mosque soon..