Tuesday, March 22

Gay-For-Pay - fenomena [bukan] luar biasa.





AMARAN: Entri ini mungkin kurang disenangi lelaki/perempuan normal dan juga sesiapa sahaja yang homofobik. Anda telahpun diberi peringatan.

Guys are like subways. You miss one, another one comes in like 10 minutes.

Aku suka petikan kata-kata daripada Robin dalam How I Met Your Mother itu. Memang berketepatan dengan apa yang aku sedang alami sekarang. Secara jujurnya aku ingin menyuarakan betapa sukarnya hendak menjadi seorang lelaki bujang yang sedang mencari cinta. Perasaan luktratif itu sering wujud tetapi jasadnya tiada, cuma rohnya saja terawang-awang meresap sekejap dalam diriku sebelum menghilang macam asap nikotina yang sering kuhela dan kuhembus kuat-kuat.

Hari itu Abg Nazs datang bermesyuarat di Kuala Lumpur, makanya sempatlah aku teman dia supper di McDonald’s. Minum kopi, hisap rokok dan kunyah kentang goreng sejuk. Masuk hari itu sudah berbulan-bulan (oh, aku sudah malas kira sebenarnya!) jugalah Abg Nazs secara rasminya seorang ‘janda’ setelah berpisah dengan Abg Daniel. Pada mulanya agak canggung juga aku tersepit di antara dua lelaki ini. Aku kawan kepada kedua-duanya dan memang rasa sangat aneh apabila tidak lagi boleh lepak bersama, mesti lepak dengan hanya salah seorang, dan tidak boleh cakap tentang hal-hal yang satu lagi di hadapan yang satu itu. Memang susah.

“Even gay guys these days find it hard to meet and date a decent and honest guy.”

Aku tanya kenapa. Abg Nazs hanya mendengus dan capai sebatang rokok lagi. Dia tidak hidupkan, sebaliknya hanya kepit di bibirnya sambil jari-jarinya sibuk membalas e-mel di BlackBerry bersalut sarung getah macam kondom warna kuningnya itu. Setelah selesai baru dia capai pula lighter dan bersandar, merokok tanpa rasa bersalah ada budak kecil duduk di sebelah. Apa motif mak dan ayah budak tu bawa dia ke McDonald’s pada jam tiga pagi hari itu aku pun tak tahu.

Entah macam mana isu ‘Gay-For-Pay’ (GFP) pula terkeluar pada pagi itu. Dalam konteks pornografi, GFP selalunya merujuk kepada lelaki yang mengaku ‘lurus’ tetapi berlakon dalam adegan homoseksual. Namun apa yang Abg Nazs ketengahkan pada pagi itu adalah situasi di mana semakin ramai lelaki-lelaki yang mengaku ‘lurus’ berpura-pura homoseksual semata-mata untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki gay dengan bermotivasikan wang dan kemewahan, fenomena yang tidak lagi asing dalam dunia PLU sebenarnya.

Satu fakta: remaja lelaki yang masih menuntut di universiti atau kolej memang sentiasa ketiadaan wang (melainkan kalau kamu belajar di LKW atau kolej-kolej swasta yang yuran per semesternya sama mahal dengan pendahuluan sebuah Mercedez). 

Dan hakikatnya kebanyakan pelajar (terutama sekali mereka di UiTM) akan gelap mata saban awal semester tatkala angka dalam akaun bank masing-masing mencecah empat digit, terima kasih kepada ‘along’ berlesen bernama PTPTN. Maka ber’Topman’, ber’Levis’, ber’Guess’ dan ber-entah apa-apa lagilah mereka yang tiba-tiba jadi OKB ini. Namun selepas itu, tidak sampai setengah semester, masing-masing terlopong makan maggi separuh kembang. Itu memang hakikat, suatu realiti di mana-mana universiti (cuma aku fikir di UiTM memang nampak terang-terangan).

Maka ketika inilah golongan-golongan terpencil lelaki-lelaki GFP ini muncul. Mereka sebenarnya ‘lurus’, berteman wanita, tetapi mungkin disebabkan ketiadaan wang sanggup menjadi gay. Itu hanya satu teori. Abg Nazs seperti bersetuju dengan teori tersebut; berdasarkan pengalaman peribadi mungkin. Selepas sekitar sebulan berpisah secara rasminya dengan Abg Daniel (secara rasmi bermaksud Abg Daniel telahpun berpindah rumah ke tempat lain dan memfailkan arahan kepada mahkamah untuk menuntut haknya dalam belian sepunya apartment yang pernah mereka diami bersama) Abg Nazs mula menjinak-jinakkan diri untuk berpacaran semula.

Dia mula membina profil di Facebook dan mula berkenal-kenalan dengan rakan-rakan terhampir. Tidak lama selepas itu dia berkenalan dengan Encik H, seorang pelajar jurusan arkitektur di sebuah universiti tempatan di selatan semenanjung. Mereka lekas mesra atas landasan Encik H mengenali Abg Iz, bukan secara personal, tetapi saling mengenali kerana Abg Iz merupakan salah seorang bekas pelajar yang agak terkenal di fakulti. Dipendekkan cerita, Abg NAzs dan Encik H seterusnya semakin serius dan Abg Nazs (a sucker for serious relationship) segera mahukan sesuatu yang permanen.

Tanpa pengetahuannya, sebenarnya Encik H sudahpun mempunyai seorang teman wanita seuniversiti. Makanya, adakah Encik H seorang biseksual atau seorang yang normal? Sebenarnya, persoalan itu sendiri amat sukar untuk ditafsir. Menurut seorang lelaki ‘lurus’ yang mengaku seorang GFP (hanya mahu dikenali sebagai Sham, dia turut serta ke McDonald’s bersama kami sekitar setengah jam setelah kami tiba):

“Alah, lubang mana-mana pun sama. Depan, belakang. Janji puas dan makan minum aku beres. Seronok couple olok-olok dengan PLU ni. Tambah pulak dapat yang kaya-kaya. Memang aku pawhabis-habisanlah. Dapat merasa benda-benda branded. Lagipun sekarang zaman gawat, sapu je apa yang ada. Hujung minggu dapat belanja awek aku sebab balak gay aku tu tiap-tiap minggu masukkan duit. So semua masalah boleh settle.”

Aku dan Abg Nazs terdiam. Mungkin ada betulnya Sham dalam ayatnya itu. Sekarang zaman ekonomi tidak stabil, makanya tidak hairan ada lelaki lurus yang tergamak berbuat sebegitu. Sham menyambung ada seorang wanita rakan sekerja dia dan Abg Nazs juga pernah turut mengadu apabila mendapati bahawa teman lelakinya seorang GFP.

“Mulanya dia ingat BF dia tu gay. Tapi bila dia confront dan bawa bincang elok-elok sebenarnya bekas balak dia tu kena bela dengan seorang gay ni. Aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan. Aku sebenarnya tak sexually or emotionally attracted kepada lelaki, tetapi boleh je nak fuck kalau lelaki tu ajak. I mean, a fuck is a fuck, right?”

Kali ini aku setuju dengan Sham. Secara hipotesisnya kalau seorang lelaki itu dipakaikan penutup mata dan kemudiannya dia menerima seks oral daripada seorang lelaki, adakah dia boleh dikategorikan sebagai homoseksual? Dan kalau dia kemudiannya menerima seks oral daripada seorang wanita pula, adakah dia dimasukkan ke dalam kategori biseksual pula?

Aku difahamkan ada juga sebilangan GFP ini sanggup melepak di kelab-kelab malam khusus untuk golongan gay, berpakaian ala-ala fesyen ikutan golongan gay dan juga bergaul dengan kebanyakan gay semata-mata untuk mendapatkan kenalan dan seterusnya ‘memerangkap’ mangsa mereka yang selalunya terdiri daripada mereka yang sudah berkerjaya (kerana jelasnya merekan ini hanya mahukan kemewahan). Selalunya golonga GFP ini yang bersifat ‘memberi’ dan jarang sekali rela menjadi Saiful Bukhari ‘penerima’.

Sebenarnya bagi aku preferensi seksual baik seorang lelaki atau wanita agak kabur dan sukar untuk diletakkan satu label khusus. Seorang gay juga kalau menerima seks oral daripada seorang wanita sudah tentu boleh menikmatinya, namun apa yang divisualisasikan di dalam otaknya saja yang bakal benar-benar menentukan preferensi seksualnya. Benar, bukan?

Kembali kepada permasalahan antara Encik H dan Abg Nazs. Tidak lama selepas mereka membuat deklarasi mahu serius dalam hubungan mereka, rahsia bahawa Encik H ada mempunyai seorang teman wanita terbongkar (setelah suatu ketika Abg Nazs meminjam BlackBerry Encik H untuk dipakai beberapa jam sepanjang dia di KL kerana telefonnya ketiadaan bateri, teman wanita Encik H menghantar SMS dan secara tidak sengaja dibaca oleh Abg Nazs). Penemuan rahsia itu membuat Abg Nazs gelap mata untuk seketika. Dia seperti sukar untuk menerima hakikat bahawa Encik H berkemungkinan besar seorang biseksual.

“I would not mind if he is a bi. I can always dump him for being a greedy asshole bastard idiot. Tapi I betul-betul tak boleh terima kalau dia seorang Gay-For-Pay. Its gross, you know? It is like a mockery to all heterosexuals and homosexuals around. Kalau dah straight tu buat la cara straight. Takpun, cari je sugar-mummy. Eeww.”

Nasib baik hubungan mereka berdua tidak melarat sebegitu lama sebelum terbongkarnya rahsia Encik H itu. Tetapi dalam tempoh sesingkat dua-tiga bulan itu juga sempat juga Encik H mengaut ratusan ringgit pakaian berjenama, bil telefon yang siap dilangsaikan, melaram Honda City Abg Nazs ke hulu ke hilir, wang poket mingguan dan macam-macam lagi. Bak kata terminologi ‘adik-adik’: spedo.

Entahlah. Aku sendiri tidak pernah bertemu dengan mana-mana GFP. Makanya, awaslah para gadis yang sedang berpacaran, atau yang hendak mencari teman lelaki. Pastikan mereka ini bukan seorang GFP. Mereka mungkin nampak dan berketerampilan normal, tetapi apa yang mereka sanggup lakukan di luar pengetahuan anda tidaklah dapat anda jangkakan.

Sebagai penutup, renung-renungkanlah persoalan di bawah dan tinggalkan pendapat kalian di ruangan komen. Terima kasih.


bacaan tambahan:

Sedikit Cuplikan Tentang Makhluk Aneh Ini:
shandye juga kerap menceceh tidak tentu hala di Monyet Merah Jambu Menulis. Setiap Selasa makhluk aneh ini mesti mahu membebel di 100p. Dia juga rajin melepaskan burung-burung biru di Twitter. Klik label shandye untuk membaca semua bebelan makhluk aneh ini di 100p. Terkini, makhluk aneh ini telah menulis S'petang Bersama Kamu | Bab: 22.
Kthnxbai!

3 comments:

nas said...

salam
entri yg terbaik n berbeza dr entri2 yg memikir pemasalahan gol songsang ni
hehehhee
likes one :)

p/s: kerna wang...jgn lacurkan maruah diri...


latest entri:

facebook page yg pelik2 dan ade artis add aku!

nas said...

salam
entri yg terbaik n berbeza dr entri2 yg memikir pemasalahan gol songsang ni
hehehhee
likes one :)

p/s: kerna wang...jgn lacurkan maruah diri...


latest entri:

facebook page yg pelik2 dan ade artis add aku!

cikpia said...

wow!!! isu yang sangat berat tapi very informative......

aku LIKE.