Monday, March 28

Fun With TV Advertisements


Tiap hari, while mengasuh budak kecik gigi tujuh di rumah, masa banyak depan tivi. Nak baca buku takleh, nanti kena koyak. Layan je la sinetron Alisa petang2 takpun Upik Abu Laura kol 1 pagi (tapi kecewa semalam TV3 ganti siri baru! 8481x tul aku baru ja terikut addict cerita bodoh tu). (edited : sebenarnya entri ni dah lama nak publish tapi terlupa.. so outdated skit la)


Dan tivi akan sentiasa terpasang dan stuck di TV3. Nak bukak channel lain tak buleh, siaran xclear. Mana umah chek ada estro weiii. Dari satu siri drama melayu pelemah minda ke satu siri lagi, aku ikut camtu2 ja la. Nak kata sampai meraung terlepas episod takdak la pulak.


Just that aku perlukan sesuatu yang fun untuk menajamkan kembali otak (bukan menjahanamkan ye). So bila lagi aku nak melatih diri untuk mengkritik kalau bukan waktu iklan tv? Yes.



Misalnya iklan febris. Tentu hangpa notice kan febris keluaqkan banyak versi iklan sekaligus. Dari yang mulut lain suara lain sampailah ke iklan kalut suami isteri kemas rumah sebab mak depa nak mai. Aku suka sangat kutuk iklan-iklan ni.


Yang part jiran A angkut tilam berat, jiran B mai tolong, jiran A tanya awak tak jemur tilam, jiran B jawab 'saya guna febris'. Mau mampus kena lempang kalau aku dapat jiran macam tu. Dah penat2 angkat tilam sampai tercabut pinggang br hang nak sajes aku guna spray?


Or yang aku kata tadi : laki bini kalut spray rumah utk menerima kunjungan dari mak depa. Mak depa mai, hidu sini, hidu sana, spotcheck sini, spotcheck sana. Adoi. Gila! Merapu apa pegi rumah orang nak spotcheck semua tu. Bukannya anak hang tu kecik lagi, dah berbini la weh.


Paling tipikal dalam semua iklan depa ni ialah watak yang risau dengan bau2 xbest tiba2 teringat rumah depa ada ''aah! febris!". Bodonya. Haha takkan hang tak tau rumah hg ada benda tu? Dah la nak bukak mulut pun cam susah je.. Mumumu.. hhaha


Aku tau cara mengkritik ni tidak serius. Like I said, just for fun. Aku kurang keluaq rumah dan kurang bermasyarakat (kawan semua tak sudi jumpa aku), so ni je la cara aku nk merapu pun.


Tiba2 lak aku teringat ngan iklan sabun Boom - Meletup. Hah tiap kali iklan ni keluaq aku mesti bising kat somi aku. Kan makcik dalam tu sebut "Lihat, tiada kesan kotoran" sambil menggedik2kan badan dan kepala. Like, bodonya makcik, takkan la hang pakai tudung kotoq nak keluaq p supermarket kot?


Hmm how about iklan bayo oil yang tunjuk sorang pompan turun kereta pastu ada keluaq logo dan suara "bayo oil membantu menghilangkan parut dan regangan kulit". Hahah. One of my favourites. Iklan takde lagu, tak tunjuk produk, hanya bunyik cengkerik sebagai latar belakang. Aku rasa tertipu gila.


Iklan Cor-P Janda jangan sebut la. Tiap kali keluaq tivi, aku mesti komplen lagi. Yes, the singing voice is very annoying.


Selalu jugak la, iklan 1 jpeg jadi sasaran aku dan encik somi. Asal keluaq jenis2 iklan jpeg kami mesti nak diskas pasal bajet si pengiklan. Sep gila! (Dah macam aktiviti kekeluargaan lak bincang2 ni)


Last but not least, iklan suara lain mulut lain. Shampu pentin dan dua wanita pelik. Sorang dengan masalah rambut gugur di "kepalu" (waktu suara kata kepala, mulut dia cam sebut kepalu), sorang lagi fesyen kemban (iklan already edited, awal2 dulu pelik jugak depa nak fokus kat rambut ke atau kat dada pompan tu) dan "cacaca" (sambil gaya gunting rambut dengan jari panjang). Dan iklan serbuk Nor Pasti Sedap dengan 4 orang wanita kontrol lawa and one of them seems to be saying "Nyenye" saja. Pelik gila!


Ok dah panjang aku merapu ni. Please don't assume yang bukan-bukan. Ini cuma cara aku melatih diri agar tak terus jadi lembut. Jiwa aku kacau, yes. Cuba hangpa terai jugak. Fun apa.. haha. Ok senang2 jenguk la blog aku ye : @hatitupai



Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Penyalahgunaan Balkoni Dan Koridor.

No comments: