Wednesday, March 2

Fakta @ Auta : Sebab Perempuan Jadi Pengkid dan Lesbian


Ya ya ya, aku tahu ini isu sensitif.. Tapi ini cuma pandangan aku berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan2 aku sendiri.. Jika ada yang terasa hati atau mungkin terdapat kesamaan dalam hidup kalian, aku mohon ampun.. Niat hati tidak ingin mengguris hati mana2 pihak tapi sekadar berkongsi idea.. Harap pembaca membuka minda.. Aku tak pernah nak menindas golongan sebegini, namun jauh di sudut hati aku, aku mohon agat terbuka suatu hari nanti akan hati mereka ini.. Teruskan bacaan, sila klik..
[Awas! Entry ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun baik lelaki mahupun perempuan.. Penggunaan nama sekadar untuk hiburan semata-mata]


Si Pengkid : Well, gua memang dari kecik memang dah lasak dan satu team dengan anak-anak jiran yang lelaki.. Petang2 lepas mengaji kitorang akan lepak sama2 mandi sungai ke, pergi mancing ke, main bola ke.. Kadang2 bila musim orang main layang2, dorang mesti ajak gua jugak join sekali.. Paling gua suka main gulilah sebab berbotol gua simpan guli bawah katil.. Kalah menang tak kesah lah sebab geng dengan lelaki best.. Dorang tak mainlah nangis2, cool je.. Tak macam budak pompuan, kalo kalah je nangis, pastu ngadu kat mak.. Sebab tu gua tak suka main dengan budak pompuan ni, lagipun games dorang tak best.. Ade ke guna getah ikat sayur tu untuk main "zero-point".. Pastu lukis petak2 kat tanah untuk main "ting-ting".. Dahlah mainan tu kena loncat2, dorang plak boleh pakai baju gaun.. Kadang2 guna skirt pendek.. Memang nampaklah kan? Malas gua nak bagitau ape benda tu.. Senang cerita, baik gua geng dengan lelaki.. Dorang pun dah layan gua macam lelaki betul2..


Si Pengkid : Gua dari dulu suka berpakaian simple macam laki, guna t-shirt dan jeans je, kadang2 seluar pendek pun ok je.. Kaki tu sarung dengan selipar jepun pun dah boleh hang out.. Rambut gua memang terpacak jelah macam si kembar pemain bola sepak tu, kadang2 nampak lagi hensem dari dorang berdua.. Hahaha.. Kalo tak sempat nak buat rambut, gua amik cap je.. Senang! Tak payah guna tudung pun.. Takde pun orang sekeliling nak terperanjat macam tengok alien kat shopping complex jalan2.. Serius! Tapi kalo pompuan kuar dengan pakaian camtu, akak2, abang2, mak cik, pak cik dan semualah akan pandang.. Dah rasa diri cam Siti Nurhaliza plak bila dipandang dari atas ke bawah.. Sebab tu lebih suka jadi klon lelaki terus.. Habis cerita..


Si Pengkid : Bila dah ubah penampilan ni memang gua nampak cam lelaki lah brader.. Sekali imbas dah macam Nasha Aziz dalam crite Laila Isabella plak.. Tapi lagi hensem kot.. Cuma suara je susah sikit nak kontrol.. Alaaa, macam pondan gaklah susah nak kepit suara bila cakap dengan lelaki.. Padahal memang dah feeling jadi real women.. Hahaha.. Gua memang tak boleh tahan tengok pompuan dalam sedih2 ni, mesti gua control macho nak layan dorang.. Feeling memang dah rasa jantan habislah.. Kadang2 memang ade gak pompuan yang cair dan boleh lah buat bini sementara masih hidup.. Walaupun tak berapa nak cantik dan saiz agak besar tapi gua tetap sayang wok.. Sebab dorang pun terima gua seadanya..


Si Pengkid : Aku dulu cantik memang naluri ni suka laki.. Si Remy Ishak tu, bekas pakwe aku dulu tu.. Tapi bila dia tinggal aku, aku rasa frust sangat.. Aku dah serah segalanya untuk dia.. Tapi dia tinggalkan aku.. Masa tu aku dah decide nak jadi lelaki sebab aku tak mau couple dengan dorang dah..  Dorang ni tak pandai nak jaga hati pompuan dan langsung tak hargai pompuan.. Bermula saat itu, aku potong pendek rambut aku, belah tepi macam Noh Hujan.. Lawa memang lawa macam artis korea.. Lepas tu aku pulak couple dengan pompuan dan aku sangatlah setia.. Pompuan yang lesbian ni jugak adalah yang frust macam aku.. Kecewa dengan sikap lelaki tapi dorang still jadi pompuan, tak ubah personaliti macam aku..

(Nota Hatie : Entry ini pernah disiarkan dalam blog peribadi aku sendiri.. [KLIK SINI] *Terima kasih..

Mengenai Penulis Entri Ini :
d_tieah juga penulis untuk blog d_hatie. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label d_tieah. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Usianya Sudah 59 Tahun.

6 comments:

cik ain said...

tak fikir pnjang ke dorang ni..
Frust bercinta, sepatutnye dektkn diri pada Yang Maha Esa..

zahidah dihaz said...

semua ciri tu ada kat saya...tapi alhamdulillah, saya masih berpegang dengan agama...


New Entry: Termakan ulat? Yurk!

nn said...

ok sangat kelakar reason diorang jadi pengkid. hahahaha

anyss said...

AsSalamualaikum,

Saya pun lasak, siap panjat pokok kelapa lagi. Juga sempoi gila suka pakai sliper jepun...tapi, saya perempuan sejati ---> promot diri ni ;)

“Ngendap SI Ensem Walkwagon Merah”

“Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa”

Jo cerita said...

memang betul ramai pengkid yang dari kecik memang asuhan dia agak lasak. Akhirnya jadi macam jantan. Ramai jugak pengkid wannabe yang aku kenal, rasa hebat bila berlagak jantan (yg ni aku anggap tahap baby dyke). Ada juga yang dah terlalu tegar sampai sekarang ni dah masuk umur 40an pun masih pengkid lagi. Yang kita selalu nampak pengkid yang ramai aweks keliling pinggang, hisap rokok, dan jalan kengkang macam jantan. Suara kasar yang dibuat2. Serius, aku pun menyampah.

Fina Sophie said...

statement2 tu smua staement betul2 ke?